Tuesday, March 4, 2014

Bila Tiba Masanya


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, 
Agar aku dapat menjaga diri.


Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Amiin..Ya Rabbi...

Saturday, July 6, 2013

SIPINTAR

Assalamualaikum.

Simposium Penyelidikan Tahun Akhir (SIPINTAR) anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia yang diadakan pada 2 Julai 2013. Simposium ini di adakan sebagai pembentangan kajian ilmiah bagi pelajar tahun akhir kejuruteraan awam.

Utube. - video antara pembentang. me at 1.20. ehhehe


AHMAD SHAZALI BIN MHD SHAH
A130793
"KEBERKESANAN IRON REMOVAL MEDIA DAN TUMBUHAN THE CATTAIL TYPHA ANGUSTIFOLIA DALAM MERAWAT AIR SISA DOBI"



SEDIKIT PENGHARGAAN BUAT DIRI INI

P/S - Alhamdulillah. terima kasih kepada-Mu Ya Allah kerana dengan izin dari-Mu, berjaya juga thesis dan pembentangan ini dijalankan dengan jayanya. Terima kasih juga buar Dr. Siti Fatin Mohd Razali, penyelia projek kerana banyak membantu dan memberi nasihat sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. terima kasih juga kepada para pensyarah dan rakan-rakan yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung. buat jackass friend, Muhammad Aminurlah Jamin, Muhammad Jaykhan Ahlan, Raja Izzul Hazwan Raja Ezar Ishamuddin, insyaAllah terima kasih banyak dalam semua pertolongan yang diberikan sepanjang tempoh 4 tahun ini.


Saturday, June 29, 2013

FINAL PIALA FA 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pertembungan dua pasukan.

KELANTAN THE RED WARRIOR (TRW) vs JOHOR DARUL TAKZIM (JDT)


perlawanan berlangsung di BUKIT JALIL ini menyaksikan kemenangan milik TRW dengan kemenangan 1-0. Gol tunggal dan juga merupakan gol kemenangan dijaringkan oleh NorFARHAN pada minit ke-15. pemain berjersi no 10 ini tenang menyudahkan hantaran kemas oleh Badrul Razi (piya). PIYA turut dinobatkah sebagai pemain terbaik perlawanan. TAHNIAH KELANTAN. GOMO KELATE GOMO


p/s -  TAK KISAH LA SIAPA MENANG, GOMO KELATE GOMO ke, LUASKAN KUASAMU ke, TAK KISAH POWN, SEBAB BUKAN TEAM FAV AKU. KEH KEH 
NOW, MASA MENUNGGU UNTUK MENONTON CHELSEA AND BARCELONA. NI POWN BUKAN MY FAV TEAM. HEHEHE

Friday, June 7, 2013

Siapa Sebenarnya Perompak?

Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank: 

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "
Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "
Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "
inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "
berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil "
Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "
sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?



credit - unknown

Saturday, May 18, 2013

Tribute to DAVID BECKHAM



David Robert Joseph Beckham
2 May 1975

England Football Player.
Play for Manchester United, Real Madrid, LA Galaxy, AC Milan, and Paris Saint German.
Shirt Number - 7, 23 and 32

Image :









Summary :





last game 18 May 2013.
 



p/s -  Good Bye David Beckham. Trully Legend. #Respect. My inspire football since i learn how to kick the ball. will miss u. :)

Wednesday, May 8, 2013

newspaper

ASSALAMUALAIKUM

aku di akhbar Malaysia

UTUSAN MALAYSIA 29 NOVEMBER 2012


BERITA HARIAN 21 APRIL 2012

 





MAJALAH ASPIRASI UKM 2012



P/S -PERGHHH POWER SEYH. GUA PERNAH KELUAR SURAT KHABAR. HAHAHA!!!



8 May 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

apa yang menarik pasal 8 May 2013 ni??

bukan nak bercerita pasal HARI KEBANGKITAN RAKYAT


tapi nak bercerita pasal legend. The Legend of Man Utd.


SIR ALEX FERGUSON (SAF)





P/S - thanks you so much SAF for 26 years of miracle and wonderful moment for Manchester United.

#ggmu #respect