Sunday, June 26, 2011

BERSIH vs PATRIOT


BERSIH
SATU HIMPUNAN YANG INGINKAN PILIHANRAYA YANG BERSIH DAN ADIL
TERDAPAT 8 AGENDA UTAMA DALAM BERSIH

 PERHIMPUNAN AKAN DIADAKAN PADA 9 JULAI 2011
PADA JAM 2.00 PETANG

Wednesday, June 22, 2011

Pemikiran Lelaki






Just For Fun...

Anak Bangsaku

aku malu anak bangsaku jadi begini
maruah diri terbujur sepi
terbuntang pelupuk ibu menagisi
terpalit arang menjadi generasi.

aku malu anak bangsaku jadi begini
pekung dosa dicanang tak berperi
tiada apa yang kau sesali
menanti ajal baru kau tangisi.

aku malu anak bangsaku jadi begini
aku kesal masih ada yang meninggi
aku berdoa agar kau kembali
ke hadrat ILLAHI merebah diri.

malulah kamu empunya diri
tinta orang jangan kau biarkan sepi
laksana ketam membangga diri
mengajar pula jalan ke sisi.

malulah kamu empunya diri
walau kini kau tak sedari
jangan esok kau sesal berperi
sakaratul maut engkau akhiri
tatkala JIBRIL mengepak sayap kiri.

nukilan: shahputra_aero