Wednesday, February 27, 2013

Huru Hara UKM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam 1Malaysia.

"Kedatangan dinanti, Pemergian dirai"

tanggal 27 Februari 2013, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali lagi telah dimalukan oleh mereka yang tidak dapat dibayangkan tahap IQ mereka. nak kata kurang cerdik, semuanya terpelajar, nak kata cerdik, membuat perkara yang tidak cerdik.

AKSIS, angkatan siswi dinamis antara anak didik Gabungan Mahasiswa UKM. telah mengadakan demonstrasi di hadapan Dewan Canselor Tuanku Abdul Razak semasa kedatangan Datin Seri Rosmah Mansur.

Haziq Asyraf bin Dun, presiden GMUKM mengatakan ramai mahasiswa di dalam hendak keluar bersama mereka berdemo, namun hakikatnya, mereka tidak pun dikurung, malah boleh keluar masuk sahaja. Adakah ini fitnah??? biarlah Haziq yang menjawab.
Penjelasan oleh suadari Tasnim tentang keadaan di dalam DECTAR. tidak sama langsung dengan apa yang dikhabarkan oleh Haziq. Apakah ini tugas leader mengeluarkan kata penipuan???



Haziq sekalilagi mengatakan bahawa, pelajar CESMED dipaksa mendengar ucapan DS Rosmah, sedangkan sebenarnya itu adalah sebahagian daripada kelas CESMED. tahun sebelum ini turut diadakan program sebegini, namun bukan DS Rosmah yang turun, tetapi individu lain yang dijemput oleh pihak UKM sendiri. kenapa Haziq tidak mengajak demo pada tahun sebelum ini????


Alasan Haziq apabila ditanya tujuan demo diadakan.. Alasannya adalah untuk menasihatkan DS Rosmah. Alhamdulillah, ada inisiatif untuk menasihatkan. tapi bagaimana cara nasihat ini?? dengan membentang kain rentang yang tertulis RM 24 juta? tertera tulisan Kami Mahu Rosmah jadi PM?? itu bukan nasihat bro, itu ada agenda politik. 

 

saya selaku mahasiswa tahun akhir, Universiti Kebangsaan Malaysia, menafikan sekeras-kerasnya jika mereka berkata mereka adalah golongan mahasiswa UKM yang menentang agenda kerajaan. di sini ingin saya katakan, hanya 1/4 menyokong kerajaan, 1/4 menyokong pembangkang dan 1/2 masih lagi menjadi pemerhati bebas. pemerhati bebas ini masih lagi menilai dan memerhati setiap pergerakan dan tingkah laku mahasiswa dan juga parti politik di luar. 

Maka, saya memohon hentikan penggunaan nama mahasiswa sekiranya anda ingin membuat huru hara di dalam kampus ataupun di dalam Malaysia. kerana bukan semua mahasiswa bersama anda. hanya sebilangan kecil sahaja sebenarnya. laporan harakah mengatakan 50 orang berdemo, hakikatnya hanya beberapa belas sahaja yang turut serta. tolong jangan campurkan mahasiswa yang lalu lalang,yang berada di dalam DECTAR untuk bersama program DS Rosmah. kalau anda kira itu, memang lebih 100 orang jadinya.

itu belum dihuraikan tentang Pelancaran kelab IPU (Institut Politik Ummah). anda katakan sambutan amat menggalakkan, sedangkan anda hanya berucap di tepi tangga menghadap kawasan Pesta Buku dan PC fair yang diadakan di Pusanika. ramai mahasiswa sibuk membeli barangan dan melihat hasil jualan di pusanika daripada mendengar celoteh anda. HENTIKAN OMONGAN KOSONG.!!