mesti ramai yang takut dan tak suka dengan perkataan ini. terutama sekali perempuan. keh keh
Dalam antropologi sosial, poligami (dari bahasa Greek, ertinya perkahwinan banyak) merujuk kepada perkahwinan di mana seseorang itu berkahwin dengan beberapa orang sekaligus. Biasanya suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri. Ia merupakan lawan monogami. - sumber wikipedia
Allah Ta'la telah berfirman dalam Surah An Nisa': ayat 3 yang bermaksud: "Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya." tapi aku bukan nak bincang pasal poligami or kahwin lebih ni..just nak kongsi sesuatu yang lucu
TANGGAL 9 DISEMBER 2012, aku bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawan separuh akhir pusingan pertama di antara Malaysia melawan Singapura.
bergerak meredah hujan bersama Asrul, Fendi dan Amar. duduk di kawasan 2N, stadium dipenuhi dengan ramai penyokong memenuhi SNBJ "Ini Kubu KITA". walaupun tamat dengan keputusan seri 1-1. tapi masih rasa puas hati dapat menyaksikan perlawanan ini.
NAMUN, aku sedih apabila gambar diatas aku "upload" di dalam laman sosial Facebook, ada suara-suara sumbang yang menulis sesuatu yang tidak berapa kena dengan gambar tersebut.
ayat dia yang paling aku tak leh terima
puiiii la,,macam ni ke leader??? musykil sungguh aku.. aku ambil balik ayat aku dalam FB.
"aku masih mencari perkaitan diantara gambar ini dengan UMNO..berbaju logo FAM unofficial jersi Malaysia. bermafla GAZA PALESTIN. beg silang converse hitam, bertempat di SNBJ..apa kaitan dengan UMNO???"
satu je pesanan untuk ko, lu leader ke? lu macai ke? lu penjilat bontot ke? lu kaki kencing ke? apa aku peduli!!! aku tak kaco ko, so apa masalah ko? puiiiiiiii
Surat Khabar Utusan Malaysia hari khamis (29 November 2012). Sempena persidangan Agung UMNO 2012. Selaku pemerhati khas perwakilan pemuda UMNO.
Hanya kerana gambar di dalam ini, bertubi sms call bbm whatsapps masuk. Semua cerita pasal gambar ni. Dari sedara sampai la kawan jauh. Huuuu penangan surat khabar
Ya Rabb, Inilah pengakuanku. Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatanMU….
Ya Allah…. Dadaku berdetak. Tangan dan tubuhku menggeletar. Menantikan pengadilan di hadapanMU.
Akhirnya malaikat itu datang. Membawa catatan amalanku di dunia.
Dibukanya layar…. Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku. Apa yang dilihat, sangat membuatkanku menyesal….
Ya Rabb, kenapa mulutku tidak dapat berbicara? “Aku dulu selalu melihat wajah tampan lelaki bukan muhrim!” Ku dengar mata berbicara lantang.
Lalu terlihat di layar, aku sedang menatap wajah-wajah tampan teman chatting, teman facebook, dan semua teman lelakiku.
Malunya aku, Rabb… “Aku dulu selalu mendengar kalimat mesra dari seorang lelaki yang haram bagiku!” Kali ini telingaku bicara.
Ya, semasa di dunia aku hanya sibuk bergayut dengan kekasihku. Dia memanggil aku ‘sayang’, aku pun sama…
Rabb… Kenapa semua aktiviti aku penuh maksiat? Kenapa kegiatanku hanya berkapel? Kenapa hari-hariku hanya disibukkan dengan nafsu syahwat semata?
Layar itu masih memancarkan kegiatan harianku. Yang paling sering muncul adalah wajah seorang lelaki, yang sampai sekarang belum pernah aku temui. Walaupun sehingga ajalku menjemput, Aku sedang bergayut telefon dengan dia dan bersayang-sayangan dengannya.
Lelaki itu.. wajahnya sungguh menarik hatiku. Dialah salah satu teman facebook, laman itu yang paling terkenal dan rancak digunakan…
Komunikasi di facebook, berlanjutan ke sms, lalu telefon. Sekadar mengingatkan untuk sarapan dan makan. Setelah itu, semakin intim hubungan kami. Tengah malam selalu menjadi waktu paling menyenangkan bagi kami. “Sayang, aku mencintaimu…”
Ya Tuhan.. Sia-siakah hariku?
Tiap detik aku menghabiskan waktuku hanya untuk menghubungi dia. Tiap minit aku hanya memikirkannya. Bahkan pada waktu menghadapMU… aku tak mengalunkan ayat-ayatMU, apalah lagi qiamullail..
Rabbi… Malam itu dia menghubungiku. Malam kematianku. Seperti biasa, dia menanyakan khabarku, bertanya tentang kuliahku, bertanya tentang keluargaku. Dan hal yang selalu kami lakukan…
Dia memanggilku ‘sayang’ dan akupun demikian….
Aku sungguh menaruh hati padanya. Aku pun mencintai dia, seorang lelaki yang belum pernah aku temui.
Allah… Aku mengaku salah. Aku berkapel dengannya, walaupun kami tak pernah bertemu. Aku berzina! Lidahku berzina mengucap sayang padanya tanpa didasari ikatan pernikahan. Telingaku berzina mendengarkan pujian sayang dan kalimat mesranya padaku. Mataku berzina melihat foto-fotonya. Hatiku berzina kerana selalu merindukannya.
Allah… Aku sudah menghadapMU, dalam su’ul khatimah.
Ku mohon, sedarkan lelaki itu Ya Allah.
Jangan biarkan dia mati dalam keadaan seperti itu. Sedarkan dia ya Rabb… Facebook, semuanya bermula. Allah, aku berzina. Seberapapun kecil pun, aku sudah berzina.
Mataku, telingaku, lidahku, hatiku….. Menitis air mata ini. Andai aku dapat kembali ke dunia lagi….
Ada dua orang gadis yang cantik. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik(L). Mereka berdua berjalan pulang melalui jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba mereka perasan ada seseorang sedang mengekori mereka...
M : Awak perasan tak ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti kita kira-kira sejak tiga puluh lapan minit yang lalu? Aku kuatir dia bermaksud jahat.
L : Itu hal yang Logik. Aku rasa dia nak merogol kita la.
M : Alamak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15 minit dia akan berjaya tangkap kita. Adoh hai, apa yang harus kita buat?.
L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat.
M : Itu tidak banyak membantu laa, macammana ni.
L : Tentulah tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan berjalan lebih cepat.
M : Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua minit setengah je lagi...
L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Engkau ikut jalan kiri dan aku ikut jalan kanan.
Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan kawannya.
Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.
M : Oh Syukur ya Allaaaaah.. Kawan aku tiba dengan selamat, Eh macamana cerita engkau kena ikut oleh lelaki tadi?
L : Yelah, Setelah kita berpisah dia terus mengikuti aku.
M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan engkau?
L : Sesuai dengan logik aku, teruslah aku lari sekuat hati dan lelaki itupun lari sekuat tenaga jugak.
M : Dan... dan..
L : Sesuai dengan logik, dia berjaya mendekati aku ditempat yang gelap...
M : Jadik.. Apa yang engkau lakukan?
L : Hanya ada satu logik yang dapat aku lakukan, iaitu mengangkat kain aku tinggi-tinggi sampai nampak seluar dalam.
M : Alamak... jadik apa yang dilakukan lelaki tadi?
L : Sesuai dengan logik... Dia bukak tali pinggang, bukak zip dan londehkan seluarnya...
M : Alamak... jadi apa yang berlaku?
L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat dari pada lelaki yang berlari sambil seluarnya terlondeh, langkah aku besar, tapi dia macam orang yang masuk pertandingan lari dalam guni... So akhirnya aku terlepas dari lelaki itu.
1. Aku mencintaimu bkn kerana kecantikanmu, aku mencintaimu bkn kerana kehangatan cintamu, aku mencintaimu bkn kerana cintamu, aku mencintaimu kerana cinta itu kamu
2. Aku membencimu kerana mencintaiku dan kamu mencintaiku kerana aku membencimu, kini aku sedar yang aku tidak boleh membencimu jika aku tidak mencintaimu..
3. Kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak cantik? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak pandai? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku gemuk? tetapi lebih teruk lagi kenapa aku juga boleh mencintaimu?
4. Seluruh dunia aku pergi tetapi hanya kau seorang sahaja yang ku temui berjaya menawan hatiku. tidak ada 2 dan 3 biarpun kamu hanya manusia biasa..
6. Jauh itu ada ruang yang memisah, jauh itu ada 2 hati yang terpisah.. apabila jauh itu ada rasa yang resah, apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah, apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah.. sumber: here