Wednesday, December 28, 2011

Hai Bangsaku

Bismillahirrahmanirrahim
Hai bangsaku aku tahukan asalmu
Ribuan tahun punya hak dan pertuanan di sini
Punya kekuatan punya peradaban
Punya kebenaran punya keagungan
Punya ketuhanan punya kebudayaan

Hai bangsaku aku tahukan asalmu
Akar jiwamu memegang darahku
Batang hatimu menjadi tubuhku
Daun aqalmu melitup zat dan sifatku,
Bangsaku jangan mengubah rupa
Bangsaku jangan meleka sambil melewa
Biarlah utuh diujian sepanjang masa

Hai bangsaku,
Seribu lupa selaksa sedar
Tawarlah segala yang lupa
Dari hikmatan kebendaan dan kepuraan
Dari hikmatan peniruan dan kesesatan
Tawar sekali dari bisa onar dan kemusnahan,
Jika bisa pada jiwa tawar pada hati
Bisa pada aqal tawar pada aqal
Tawarlah pada segala wujud keperibadian kita
Pulang pulih seperti keadaan asal

Hai bangsaku aku tahu usulmu
Jatuh di segala ceruk rantau alam ini
Jatuh di utara jatuh di selatan
Jatuh di timur jatuh di barat,
Janganlah pula duduk tunggu, jaga mengilas siku.

Hai bangsaku,
Aku mintamu pindah balik segala kekuatan
Segala peradaban, segala kebenaran
Segala keagungan dan segala-galanya
Memulia dan meneruskan kegemilangan

Biarlah utuh diuji zaman-berzaman
Itulah asalmu tapakmu bersenang
Masa kini dan akan datang,
Aku hendak minta kepadamu
Pulang pulih seperti keadaan asal
Sebab, belum cukup belum genap belum sampai ajal
Bukan kuasa aku tp dengan kuasa Allah
Berkat kita kata: Lailaha illallah Muhammadar Rasulullah

hasil nurkilan :a aziz deraman

Punca kerosakan akhlak remaja sekarang

Cinderella balik lewat malam..


Pinocchio menipu memanjang..

Aladdin suka mencuri..


Batman memandu 320 km/j..


Superman pakai underwear kat luar..


Sleeping Beauty pemalas asyik tidur..


Snow White tinggal serumah dgn 7 lelaki..



Mcm mana budak2 sekarang tak terpengaruh dgn perbuatan2 tak bermoral macam ni.

Monday, December 26, 2011

Konsep Rumah

sebuah rumah memerlukan tapak (negara)
tanpa tapak, tidak akan terbina rumah diawangan. 
kemudian, tiang (bangsa) yang kukuh dan utuh untuk mendirikan rumah.
 tanpa tiang, tapak tidak bererti, rumah tidak akan terbina.
 kemudian diikuti pula dengan bumbung (agama) yang memayungi rumah yang bakal sempurna.
 dimana, segalanya berlindung di bawah bumbung daripada segala malapetaka bencana. 
tanpa bumbung, isinya panas dan terdedah segala macam bahaya malam dan siang. 
yang terakhir isinya (diri sendiri).
 kita sebagai manusia/rakyat/individu tetap menjunjung agama (bumbung) yg dikukuhkan dgn bangsa (tiang) di atas sebuah tapak (negara)! 

*walaubagaimanapun, segalanya saling memerlukan* ;)

Sunday, December 25, 2011

Tahun 3

Salam Perjuangan

tanggal 5 Januari 2012 akan bermula detik sukar bagi aku..
Peperiksaan Akhir bagi semester 1 tahun ketiga.
sedar tak sedar aku sudah berada di penghujung semester 1.
pejam celik pejam celik aku dah di tahun 3..

5 paper yang akan dijawab
dan tiada satu input pun yang ada..

kenangan sewaktu aku di tahun 1,



kenangan sewaktu di tahun 2


sekarang di tahun 3, aku terasa kekurangan
terasa jauh diri ini daripada dunia ilmu sebenarnya

minggu 'study week' minggu di mana kebiasaannya aku menghabiskan masa mentelaah segala nota yang ada namun kini aku masih leka terdiam. kaku tidak bergerak.

Sampai bila? Ya sampai bila SHAZALI? sampai bila hendak jadi begini??

kalau dulu TSB aku laungkan sebagai TEGUH SETIA BERSATU
namun kali ini ku tukar jadi TERUS SENTIASA BERUSAHA

TERUSKAN USAHA UNTUK BELAJAR
SENTIASA CARI MASA UNTUK BELAJAR
BERUSAHA UNTUK MEMAHAMI APA YANG AKU BELAJAR

Monday, December 5, 2011

Ketam

Ketam Melayu dan Ketam Cina

Ada dua baldi,
satu baldi berisi ketam Melayu
dan satu lagi berisi ketam Cina

Baldi ketam Melayu tidak tertutup
tapi baldi ketam Cina ditutup

Maka peliklah mereka yang melihatnya,
lalu ditanyakan mereka kepada pemilik ketam-ketam tersebut.

Jawablah si pemilik tersebut
Ketam Melayu dibiarkan tidak tertutup kerana
1) Ketam Melayu ini tidak sepakat, mereka tidak akan membantu membebaskan diri mereka
2) Ketam Melayu ini bersikap iri hati, apabila ada seekor ketam hampir sahaja keluar, akan ditarik ketam itu supaya jatuh kebawah kembali
3) Ketam Melayu pentingkan diri sendiri, apabila mereka berada di atas, mereka akan menindas yang dibawah dan akan dibiarkan terkontang kanting.

berbeza pulak dengan ketam Cina.
1) ketam Cina sepakat, mereka akan berkerjasama untuk membuka penutup yang menghalang mereka daripada keluar
2) Ketam Cina suka tolong menolong, apabila seekor berada di atas, maka mereka akan membantu yang dibawah untuk naik, dan yang dibawah akan membantu rakan mereka untuk naik

Sunday, December 4, 2011

Luahan Rasa - Perigi Buta

Assalamualaikum..
Entry kali ini bersikap serius dan emosional..
kenapa?
sebab kali ini serius aku terasa,
telah lama aku pendam perkara ini.
Komitmen aku, perjuangan aku telah dipertikaikan.
apa yang mereka iri kan? apa yang mereka mahukan?

Aku tertanya-tanya,
apakah silap aku?
aku masih boleh terima kalau diri ini yang dipersoalkan.
tapi apabila melibatkan orang yang aku sayang, aku tak mampu untuk berdiam lagi
kenapa perlu pertikaikan aku dan dia?

selama aku susah, selama aku dalam masalah.
siapa yang bantu aku, siapa yang dengar luahan aku..
bukan KAU si perigi buta.. bukan KAU
dia yang bantu aku,
kawan aku yang temani aku
keluarga aku yang percayakan aku..
KAU langsung tiada, KAU hanya sekadar perigi buta.

apa yang kau tahu, hanya memburukkan orang.
apa yang kau kejarkan??
nama, pangkat, harta??
semua itu hanya bersifat sementara sahaja.
jika kau bersikap begini, aku yakin dan aku pasti
selepas ini kau tidak akan ke mana.
KAU akan kekal sama sahaja, KAU akan jadi perigi buta.

perjuangan aku tak pernah memaksa aku untuk bersikap seperti kau,
Harta, nama dan pangkat bukan ukuran untuk aku
perjuangan aku berteraskan landasan yang aku ikuti dan aku fahami
semuanya dalam memastikan perjuangan Alif Ba dan Ta terlaksana

kau tahu kenapa Melayu tidak mudah berjaya,?
kau tahu kenapa Melayu tidak akan maju?
semuanya kerana manusia seperti KAU
kau kata kau Melayu, tapi Melayu kau hanya pada nama
kau bersikap menjatuhkan melayu
Kau kata perjuangan kau selari dengan aku?
tapi perjuangan kau hanya kerana mengejar nama, pangkat dan harta.

Kau tahu kenapa kau tidak dipilih untuk memimpin?
kau tahu kenapa kau masih hidup terpencil?
kerana kau hanya tahu melalak di belakang.
tapi bila dihadapan kau diam tidak berkata
kau hanya pentingkan diri, tidak pernah kenal dunia luar.
dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan

Kau akan tetap kekal seperti kau yang dahulu
kerana kau katak yang hidup di bawah tempurung.
kau hanyalah sekadar PERIGI BUTA.

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Mantera Beradu - Malique ft M Nasir

Gerakkan Hati... Hati gerakkan...
Pandanglah aku.. aku lah dia..

kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual...
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

pecah tembelang... peta dah hilang...
bangau dah pulang... suara sumbang..

lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang

kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

ramai saudaraku yang baik telah dipijak

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

puisi hati mu... hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

akhirnya sempurna....

Layu - Malique ft Tun Mahathir

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Aku Maafkan Kamu - Malique fr Jamal Abdillah

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Wednesday, November 30, 2011

BERSATULAH MELAYU

Kalau nampak ada retak
Kerana retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah
Bersatulah Melayu

Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita
Bersatulah Melayu

Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju
Bersatulah Melayu

Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakan lagi tempat berlindung
Bersatulah Melayu

Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih
Bersatulah Melayu

Cari dan rangkalah jalan damai
Damai membuka pintu pertemuan
Pertemuan kelak merintis padu
Berpadulah Melayu, berpadu semua.


Karya : Lim Swee Tin

credit - http://caknasiswatimur.blogspot.com

AUKU – AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI

Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam laman blognya (chedet.cc/blog) ada menulis tentang AUKU..Tun merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-4. Beliau memegang tampuk pemerintahan dalam jangkamasa yang panjang iaitu dari 16 Julai 1981 – 31 Oktober 2003. Beliau turut pernah memangku jawatan sebagai Menteri Pendidikan di masa era pemerintahan Tun Abdul Razak. Serba sedikit coretan Tun di dalam laman blognya seperti :



1. Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran.
2. Walaupun kita sudah merdeka lebih 15 tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya di kalangan orang Melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain-lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan maka jumlah penuntut Melayu di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak akan dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperolehi ijazah.
3. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.
4. Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.
5. Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak juga. Mereka boleh ada forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sessi soal jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik berpartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik.
6. Kegiatan seperti ini tidak akan memisah mereka daripada menumpukan masa yang mencukupi untuk menguasai ilmu yang menjadi sebab utama mereka berada di universiti.
7. Harus diingat bahawa pembiayaan bagi tiap-tiap penuntut samada yang dapat biasiswa atau tidak datang daripada duit rakyat. Duit itu disalur dengan rela hati oleh mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut oleh mereka, yang akan menjamin masa depan yang cerah bagi mereka. Rakyat yang sanggup wang ini dibelanjakan untuk penuntut sedia berkorban jika korban mereka mendatangkan hasil yang dikehendaki. Tentulah mereka akan kecewa jika wang mereka disalahguna, dihabiskan untuk kegiatan yang lain. Negara juga akan rugi kerana tidak dapat warga yang berilmu. Dan penuntut itu sendiri akan rugi kerana masa depan mungkin tidak cerah seperti yang diharapkan.
8. Pengorbanan yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama – hanya tiga atau empat tahun sahaja. Setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri.
9. Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik yang lebih baik.
10. Tetapi jika kita sanggup habiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela mengguna duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar, maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita.
11. Penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapat saya ini. Yang amat marah kerana AUKU ialah penuntut Melayu. Saya rela dimarah oleh siapa sahaja tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan AUKU. Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya.
12. Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU.

Antara coretan Tun dalam memperihalkan tujuan utama penubuhan AUKU. beliau sayangkan anak belia dan mahasiswa di Malaysia. beliau mahu lihat anak muda menjadi seorang yang berjaya dalam membangunkan Agama Bangsa dan Tanah Air. 
Persoalannya sekarang? adakah mahasiswa di Malaysia ini sudah cukup dewasa dan bertanggungjawab dalam menghadapai dunia masa kini. Mampukah anak muda mengharungi onak dan duri di dalam dunia luar sekarang. bersediakah anak muda dalam menjadikan dirinya seorang yang berani dalam mempertahankan agama, bangsa dan tanah air. Fikirlah sejenak mahasiswa, renungkan pengorbanan yang pernah dilakukan oleh generasi terdahulu dalam memastikan Agama Bangsa dan Tanah Air terus terbela. Jangan hanya kerana politik, kita sanggup menggadaikan segalanya.
"adakah hanya dengan berpolitik mampu mendewasakan dan mematangkan mahasiswa"

Tuesday, November 29, 2011

Demi Perjuangan

Assalamualaikum 

Perjuangan Perjuangan Perjuangan
Kerap kali itu yang aku dengar, yang akan dipesan..
Kita perlu teruskan perjuangan yang telah diusahakan dahulu..

Ya, memang kita perlu teruskan, memang kita perlu mengekalkan mometum perjuangan..
tapi mampukah kita meneruskan perjuangan andainya rakan-rakan lain tunduk diam membisu..
tinggal aku keseorangan bersama beberapa lagi pejuang yang sememangnya zahir dan batinnya telah terisi dengan ilmu perjuangan..

namun mereka yang diharapkan untuk menjadi pejuang, hilang begitu sahaja..
acap kali di laman facebook, blog dan twitter kelihatan mereka mengatakan 
merekalah pejuang sebenar, merekalah pejuang sejati..
namun hakikatnya mereka hanya sekadar menggunakan nama pejuang tapi sewaktu pertempuran 'pejuang' ini hilang entah ke mana..

sudah terlalu banyak kelab, pesatuan dan sekereteriat yang aku masuk..
semuanya demi menambah dan memperkukuhkan ilmu yang sentiasa tidak akan cukup..
persedian awal dalam melahirkan diri sebagai seorang yang berilmu dan tahu akan erti sebenar perjuangan..
namun hati ini cukup sayu, melihat mereka yang dipilih untuk menjadi pejuang memandang remeh akan perjuangan ini..

sekadar cakap kosong, berani di belakang tapi bukan dihadapan, bercerita tentang kehebatan sendiri tapi bacul untuk ke hadapan, memberi idea yang tiada faedah, dan masuk sekadar mengikut kawan..
itulah ciri-ciri pejuang yang ada...

bagaimanakah kita mampu melahirkan pejuang sebenar yang betul-betul fahami erti perjuangan yang dibawa..
laungan Demi Alif Ba dan Ta bukanlah sekadar laungan tapi apakah tindakan yang perlu kita laksanakan.
apakah matlamat dan objektif kita dalam menjadi pejuang sebenarnya,,
bangkitlah pejuang..fahami dan selidiki erti perjuangan dalam diri kamu.

JANGAN BERANI KAMU LAUNGKAN DIRI SEBAGAI PEJUANG ANDAI ERTI DAN MAKSUD PERJUANGAN KAMU TIDAK TAHU
JANGAN KAMU BANGGA SEKIRANYA DIKATAKAN PEJUANG ANDAI PERJUANGAN KAMU MENUJU KE ARAH YANG TIDAK SEPATUTNYA

p/s - aku masih mencari apa perjuangan kalian semua, di manakah tindak tanduk kamu selaku pejuang..
diri ini sendiri terasa terlalu kerdil untuk mengaku selaku pejuang mahupun mereka yang faham akan erti sebenar selaku seorang pejuang dalam meneruskan perjuangan..
masih terlalu banyak yang perlu dipelajari, terlalu ramai orang yang perlu dijumpai, terlalu jauh dari pengalaman untuk menjadikan diri selaku pejuang,.