Wednesday, August 24, 2011

Sajak Buat Umat Islam di Malaysia


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t
Lihat anak-anak kita
Mereka suci
Tiada dosa

Lihat anak-anak kita
Lihat jauh ke dalam mata mereka
Adakah mata yang bersinar itu
Akan terus bercahaya pada hari esok
Adakah mata mereka akan dipenuhi dengan tangisan
Meratap nasib bangsanya yang dipijak pijak

Lihat anak anak kita
Adakah kita mahu melihat atau mendengar

Keluhan mereka menyalahkan generasi ibu bapa mereka
Mengapa dahulu ibu bapa kami tidak bersatu padu?
Mengapa kami yang menerima kesannya?
Mengapa hak kami diambil oleh golongan yang rakus dan tamak?

Wahai ibubapa kami
Jika kami dilahirkan di generasi 'dunia baru'
Kami mahu jadi sekental Umar Al-Khattab
Berani memperjuangkan nasib agama dan bangsa kita
Dan kami tidak rela dilahirkan dalam bangsa yang berpecah belah
Kerana derita itu ditanggung kami
Ditanggung oleh si kecil yang masih kami gendong

Wahai ibu bapa kami
Tolong tinggalkan kepada kami hak-hak kami

Kami juga bakal
Memberi anak-anak kami sesuap nasi
Kami tidak mahu anak-anak kami derita seperti kami
Dan kami tidak mahu anak-anak kami menyalahkan kami kelak

Wahai generasi ibubapa kami
Kami tidak meminta diberikan seluruh dunia kepada kami
Kami cuma meminta,warisan nenek moyang kamiWarisan yang satu itulah
Untuk kami beri sesuap nasi kepada anak-anak kami
Kerana kami tidak rela,mereka menangis seperti kami

Wahai ibubapa kami
Bersatulah demi Islam
Bersatulah demi akidah anak-anak Islam kemudian hari

credit to - Muhammad Farhan Adnan (Universiti Malaysia Pahang)

Monday, August 22, 2011

Nasihat Kubur

Aku adalah tempat yang paling GELAP maka terangilah aku dengan Solat Tahajjud

Aku adalah tempat yang paling SEMPIT maka luaskanlah aku dengan BerSilaturrahim

Aku adalah tempat yang paling SEPI maka ramaikanlah aku dengan perbanyakkan membaca Al-Quran

Aku adalah tempat BINATAG-BINATANG yang MENJIJIKAN maka racunilah ia dengan Amal Sedekah

Aku adalah tempat MUNKAR dan NAKIR bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan Kalimat "LAILAHAILLALLAH"

Sunday, August 21, 2011

Kanser Payudara

Payudara normal ( . )( . )
Payudara silikon ( + )( + )
Payudara sempurna..ohh (o)(o)
Payudara yang cool (^)(^)
ada juga
Payudara veteran  \./\./
tidak lupa
Payudara besar..pergh (o Y o)
dan
Payudara kecil (.)(.)
dan akhir sekali
Payudara tak simetri (*)(.)
tidak kiralah bagaimana bentuknya,
semua orang sukakan Payudara.!
Sampaikan pesanan ini kepada teman 
dan katakan TIDAK kepada
KANSER PAYUDARA

Novel Doktor Cinta


Sinopsis

Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.


Petikan ayat yang menarik

Cinta itu Bahagia, 50 Cinta 50 Bahagia :)

kalau saya cintakan dia..biarlah dia sendiri yang rasa,bukan sebab kata cinta saya tapi sebab rasa cinta yang datang dari hati dia sendiri

kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, yang mencantikkan kehidupan adalah cinta

Saturday, August 20, 2011

Jawapan Perkahwinan

Jawapan yang SESUAI bila ditanya Tentang Perkahwinan

1) Kenapa Lambat Kahwin?
    Kerana Allah lebih tahu masa yang terbaik untukku.
2) Sudah Berpunya?
    Ya..Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing :)
3) Siapa orangnya?
    Nanti akan diperkenalkan.
4) Bila hendak perkenalkan?
    Bila kami dah diijabkabulkan olehnya, InsyaAllah, jemput datang ke walimatulurusku nanti..:)


Jangan selalu bertanya bila orang itu hendak kahwin kerana semua rahsianya terletak di tangan ALLAH, kita hanya mampu merancang tapi Dia yang sahaja yang menentukan, sampai masa Dia akan membongkarkannya juga.. :)

Thursday, August 18, 2011

Kunci Surga


Ada seorang pemuda arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya. Selain belajar,... ia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, ia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas di dekat sebuah gereja yang terdapat di kampong tersebut. Temannya itu meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula ia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika pendeta masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk.

Di saat itu, si pendeta agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang muslim. Aku harap ia keluar dari sini." Pemuda arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Pendeta tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun ia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya pendeta itu berkata, "Aku minta ia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang pendeta, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim." Pendeta itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian ia beranjak hendak keluar. Namun, pendeta ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Apa Guna

Apa guna jadi lelaki KACAK, kalau baca Quran pun merangkak-rangkak . 


Apa guna jadi perempuan CANTIK, kalau Pukul 12.00 T.Hari pun tak celik-celik . 


Apa guna umur BESAR PANJANG, kalau Fardhu Ain Asas pun lintang pukang . 


Apa guna Allah bagi HIDAYAH, kalau nak SOLAT pun sikit punya PAYAH . 


Apa guna jadi MANUSIA, kalau umur Allah bagi kita SIA-SIA . 


Apa guna HARTA MELIMPAH, kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun SUSAH. 


Apa guna pangkat BESAR, kubur dah dekat pun masih tak SEDAR.


apa guna hidup STEADY kalau persiapan ke akhirat x READY.




Sizuka Dan Nobita


Di suatu malam depan panggung wayang…
Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..
Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..
Mereka pun menuju ke i-City..
Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..

Apa bezanya sebelum dan selepas merdeka?

Apa bezanya sebelum dan selepas merdeka?
Kilang-kilang semakin maju dan terkenal
Di tepi lebuh raya ku lihat semakin gah tersergam
Supaya mereka kenal apa itu merdeka

Apa bezanya sebelum dan selepas merdeka?
Anak muda mahu tua semakin suka akan mereka
bermalam bersantai berhibur bersama
Barulah hidup di kota diwaktu malam merdeka

Apa bezanya sebelum dan selepas merdeka?
Dengan merdeka mereka lebih berani
Buang sana sini dalam longkang, tanam atau di tong sampah
Apa di kisah, takut malu tak takut dosa?

Apa bezanya sebelum dan selepas merdeka?
Penaik nafsu bermaharajalela Sana sini semua rakyat kenal
Di billboard, di kaca TV, dipanggung wayang pun ada.
Pasti mereka yang tertarik akan mencuba.

Apa bezanya sebelum dan selepas merdeka?

Cinta Sejati


Alkisah di suatu pulau kecil,
tinggallah berbagai macam benda-benda
abstrak: ada Cinta, Kesedihan,
Kekayaan, Kegembiraan dan sebagainya. 
Mereka hidup berdampingan dengan baik. 
Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau
kecil itu dan air laut tiba-tiba naik
dan akan menenggelamkan pulau itu.

Semua penghuni pulau cepat-cepat
berusaha menyelamatkan diri. Cinta
sangat kebingungan sebab ia tidak dapat
berenang dan tak mempunyai perahu.

Ia berdiri di tepi pantai mencuba
mencari pertolongan. Sementara itu air
makin naik membasahi kaki Cinta.

Tak lama Cinta melihat Kekayaan sedang
mengayuh perahu.

"Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku!"
teriak
Cinta.

"Aduh! Maaf, Cinta!" kata Kekayaan,
"perahuku telah penuh dengan harta
bendaku. Aku tak dapat membawamu serta,
nanti perahu ini tenggelam.

Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di
perahuku ini." Lalu Kekayaan cepat-cepat 
mengayuh perahunya pergi.

Wednesday, August 17, 2011

Alhamdulillah

Dian Sastro:
disaat waktu berhenti...kosong
dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

Yassin:
ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Petualang


Petualang
Semalam katanya dia cinta padamu
Hari ini dibiarnya kau bersendirian
Dia tidak pernah cinta padamu

Semalam dia menangis kerana lukamu
Hari ini menggelengkan kepala
Melihat lukamu masih berdarah
Dia tidak pernah simpati padamu

Semalam dia menyabung nyawa
Berdiri disisimu
Hari ini dibiarkan saja
Kau diperkosa

Kerana dia itulah dia
Petualang melulu

oleh Said Zahari (sewaktu dalam tahanan di penjara Changi dibawah pemerintahan rejim Lee Kuan Yew 1967)

Tuesday, August 16, 2011

Pelik ke tidak?


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

crdt to - Nurul Huda Yusof

Thursday, August 11, 2011

Nama Panjang (lawak)


Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.
Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu ?W.TAUFIK WWW?.
Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.
Cikgu Ajoi : ?Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ??.
Taufik : ?Saya Cikgu?? (Taufik menjawab & berdiri).
Cikgu Ajoi : ?Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa??.
Taufik : ?Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..?.
Cikgu Ajoi : ?Takpe-takpe Taufik,cakap jer..?.
Taufik : ?Baik Cikgu , nama penuh saya ialah, Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh??.
Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.
Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.
Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu ?BKBKBDB DIAN?.
Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.
Berdirilah seorang murid dan menjawab ?saya DIAN Cikgu??.
Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.
Cikgu Ajoi : ?Dian ada abang di sekolah ini??.
Dian : ?Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.?
Cikgu Ajoi : ?Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak??.
Dian : ?Baik Cikgu, nama panjang saya ialah?
Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN?

credit to : Ay Namy

Wednesday, August 10, 2011

aku masih bersyukur


Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya

Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan
Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya


Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Monday, August 8, 2011

Beliaku
Negara perlukanmu…
Justeru… Bangunlah dari lenamu…
Sedarlah dari lekamu…
Sedarlah dari lalaimu..
Mari kubimbingmu... Menuju kejayaan!

Jangan ada rasa rendah diri…
Jangan ada rasa kecewa…
Berubahlah demi…
Dirimu… Keluargamu… Negaramu… Pewarismu nanti.

Aku percaya kau boleh berjaya…
Jika semangat kentalmu datang…
Aku menantimu di sini…
Bersama azammu untuk berjaya…
Justeru daftarlah sekarang untuk menjadi ahli belia.
Segalanya akan berubah! Percayalah!
Kerana kau adalah harapan negara!

by : Rahmad Fauzi Mohd Nasir

Saturday, August 6, 2011

APAKAH AKU TELAH BELAJAR ???

Saya belajar,
Bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya,
Saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cintai..

Saya belajar,
Bahawa memerlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya...

Saya belajar,
Bahawa sahabat terbaik bersama saya dapat melakukan banyak hal dan
kami selalu memiliki waktu terbaik.

Saya belajar,
Bahawa orang yang saya kira adalah orang yang jahat,
Justeru adalah orang yang membangkitkan semangat hidup saya kembali
Serta orang yang begitu perihatin pada saya.

Saya belajar,
Bahawa persahabatan sejati sentiasa tumbuh walau dipisahkan oleh jarak yang jauh.
Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati.

Saya belajar,
Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan,
Bukan bererti bahawa dia tidak mencintai saya...

Saya belajar,
Bahawa sebaik-baiknya pasangan itu,
Mereka pasti pernah melukai perasaan saya....
Dan untuk itu saya harus memaafkannya....

Saya belajar,
Bahawa saya harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain...
Kalau tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus menerus...

Saya belajar,
Bahawa lingkungan dapat mempengaruhi peribadi saya,
Tapi saya harus bertanggungjawab untuk apa yang saya telah lakukan...

Saya belajar,
Bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda,
Tapi kekadang dari sudut pandang yang berbeza...

Saya belajar,
Bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki,
Tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya..

Saya belajar,
Bahawa saya harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi
Atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya..

Saya belajar,
Bahawa saya punya hak untuk marah,
Tetapi itu bukan bererti saya harus benci dan berlaku bengis...

Saya belajar,
Bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan
dengan orang yang saya cintai..

Saya belajar,
bahawa orang – orang yang yang saya kasihi,
Sering diambil segera dari kehidupan saya...

Love does’nt make the world go round.
Love is what makes the ride worth while.

Buat diriku yang masih perlu belajar,
Semoga kita lebih mempelajari dan memahami hidup ini..

Kisah Pakwe Makwe

Seorang lelaki telah berkenalan dengan seorang perempuan di fb(facebook). Apabila mereka telah rapat, mereka menjadi gf & bf.Tetapi masalahnya , mereka belum pernah berjumpa...Maklumlah lelaki itu tinggal di KL manakala perempuan itu tinggal di Johor

Pada suatu hari , lelaki itu sudah tidak sabar untuk melihat wajah perempuan itu lalu menghantar msg kepada makwenya....

Lelaki : awak , saya nk jumpa awak... saya x sabar nk lihat rupa awk.

Perempuan : betul ke? jemputlah datang ke rumah saya.

Lelaki : awak tinggal kat mne?

Perempuan : saya tinggal kat Johor........ No46,Jalan Simpang 3,0800000 , Johor

Lelaki : saya akan bertolak esok!

Keesokan harinya , lelaki itupun bertolak ke Johor untuk berjumpa dgn makwenya... Dalam pejalanan , mereka berbalas msg...

Perempuan : awak.... awk x sampai lagi ke? saya boring ni....

Lelaki : saya dlm prjalanan ke rumah awak laa.......

Perempuan : ok saya akan tunggu... Miss u.. :)

Selepas beberapa jam , lelaki itu sampai ke rumah makwenya...Lalu mengetuk pintu rumah makwenya..Bukannya perempuan itu yg membukanya tetapi ayahnya

Lelaki : pak cik..... inikah rumah Fatimah??

Pak cik : ye.. kenapa?

Lelaki : Fatimah ada ke pak cik? saya ni sahabatnya... dtg melawat (sebenarnya dlm hati lelaki itu berkata,, ''Aku ni balak dialah =,=' ''

Pak cik : Fatimah dh lama meninggal dunia.

Lelaki : x mungkinlah pak cik. saya baru msg dia tadi..

Mereka berdua terdiam sebentar..

Bunyi telefon lelaki itu memecah kesunyian....

Perempuan : awak x sampai lagi ke??

Lelaki : saya sudah jumpa dgn bapa awk lpas tu dia kata awk dh meninggal dunia...

Perempuan : mmng lah saya sudah meninggal dunia

Lelaki : habis tu.. mcm mna awak boleh reply msg saya?

Perempuan : Saya guna digi! Digi kan ada di mana2......