Tuesday, August 28, 2012

bangkit

Assalamualaikum..
Teruja dan menarik melihat video lagu bangkit ni.
Memaparkan tulisan jawi. Lama rasanya tak melihat anak muda generasi sekarang mengguna pakai tulisan jawi.
Selamat menonton. Enjoy it :)


Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

Siap gerak gempur
Siap rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur

Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segorombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan ada yang berlobang

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Sabit kau umpama cahaya
Yang menyinari bumi
Kau umpama Hang Jebat
Yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata
Yang melindungi tanah
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa

Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman

Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langakah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak

Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit
Sebelum layar bahtera mari kita

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian
Kemudian

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit.. bangunlah semula
Bangkit.. tawanlah semula
Bangkit.. umpama cahaya


Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, August 20, 2012

raya weiii!!!

Assalamualaikum

Kenangan di 1 Syawal..

SELAMAT HARI RAYA

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum ..
Salam Lebaran Aidilfitri..

Saya dengan rasa rendah diri mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat.
Ribuan ampun maaf saya pohon. Sepuluh jari disusun mengharapkan keampunan.

Ahmad Shazali nama diberi,
orangnya segak tinggi bertenaga,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
Maaf zahir batin dari saya sekeluarga.

TEGUH SETIA BERSATU

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 15, 2012

Diam tak bermakna mengalah

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan semua

sudah lama rasanya tidak menulis di blog sendiri ini.
almaklumlah kesibukan tahap tinggi kian melanda,
hari tu sibuk menghadapi peperiksaan akhir,
dan sekarang sibuk dengan latihan industri

namun, dalam kesibukan ini,
aku masih mencari ruang dan masa dalam
memantapkan lagi pergerakan nanti.
memang aku lama mendiam, tiada khabar berita
namun diamku bukan bererti aku berundur
bukan bermakna aku menyerah kalah.

pada aku, lebih baik kita diam,
daripada kita melalak, kita menyalak
tapi satu kerja pown tak jalan
"cakap lebih, habuk pown tarak"

so, insyaAllah kemenangan akan bersama kita semula
Teguhkan kembali perjuangan
Satukan kembali ikatan persaudaraan
Bersama kita memastikan kemenagan ini milik kita

Teguh Setia Bersatu