Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Friday, November 9, 2012

zina ku bermula dari facebook


Ya Rabb, Inilah pengakuanku.
Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatanMU….

Ya Allah…. Dadaku berdetak.
Tangan dan tubuhku menggeletar.
Menantikan pengadilan di hadapanMU.

Akhirnya malaikat itu datang.
Membawa catatan amalanku di dunia.

Dibukanya layar….
Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku.
Apa yang dilihat, sangat membuatkanku menyesal….

Ya Rabb, kenapa mulutku tidak dapat berbicara?
“Aku dulu selalu melihat wajah tampan lelaki bukan muhrim!” Ku dengar mata berbicara lantang.

Lalu terlihat di layar, aku sedang menatap wajah-wajah tampan teman chatting, teman facebook, dan semua teman lelakiku.

Malunya aku, Rabb…
“Aku dulu selalu mendengar kalimat mesra dari seorang lelaki yang haram bagiku!” Kali ini telingaku bicara.

Ya, semasa di dunia aku hanya sibuk bergayut dengan kekasihku. Dia memanggil aku ‘sayang’, aku pun sama…

Rabb… Kenapa semua aktiviti aku penuh maksiat?
Kenapa kegiatanku hanya berkapel?
Kenapa hari-hariku hanya disibukkan dengan nafsu syahwat semata?

Layar itu masih memancarkan kegiatan harianku.
Yang paling sering muncul adalah wajah seorang lelaki, yang sampai sekarang belum pernah aku temui.
Walaupun sehingga ajalku menjemput,
Aku sedang bergayut telefon dengan dia dan bersayang-sayangan dengannya.

Lelaki itu..
wajahnya sungguh menarik hatiku.
Dialah salah satu teman facebook, laman itu yang paling terkenal dan rancak digunakan…

Komunikasi di facebook, berlanjutan ke sms, lalu telefon.
Sekadar mengingatkan untuk sarapan dan makan. Setelah itu, semakin intim hubungan kami.
Tengah malam selalu menjadi waktu paling menyenangkan bagi kami. “Sayang, aku mencintaimu…”

Ya Tuhan.. Sia-siakah hariku?

Tiap detik aku menghabiskan waktuku hanya untuk menghubungi dia.
Tiap minit aku hanya memikirkannya.
Bahkan pada waktu menghadapMU… aku tak mengalunkan ayat-ayatMU, apalah lagi qiamullail..

Rabbi… Malam itu dia menghubungiku. Malam kematianku.
Seperti biasa, dia menanyakan khabarku, bertanya tentang kuliahku, bertanya tentang keluargaku.
Dan hal yang selalu kami lakukan…

Dia memanggilku ‘sayang’ dan akupun demikian….

Aku sungguh menaruh hati padanya. Aku pun mencintai dia, seorang lelaki yang belum pernah aku temui.

Allah… Aku mengaku salah.
Aku berkapel dengannya, walaupun kami tak pernah bertemu.
Aku berzina! Lidahku berzina mengucap sayang padanya tanpa didasari ikatan pernikahan.
Telingaku berzina mendengarkan pujian sayang dan kalimat mesranya padaku. Mataku berzina melihat foto-fotonya. Hatiku berzina kerana selalu merindukannya.

Allah… Aku sudah menghadapMU, dalam su’ul khatimah.

Ku mohon, sedarkan lelaki itu Ya Allah.

Jangan biarkan dia mati dalam keadaan seperti itu. Sedarkan dia ya Rabb…
Facebook, semuanya bermula. Allah, aku berzina. Seberapapun kecil pun, aku sudah berzina.

Mataku, telingaku, lidahku, hatiku…..
Menitis air mata ini. Andai aku dapat kembali ke dunia lagi….

Tuesday, October 9, 2012

Cintaku Untuk Kamu


1. Aku mencintaimu bkn kerana kecantikanmu, aku mencintaimu bkn kerana kehangatan cintamu, aku mencintaimu bkn kerana cintamu, aku mencintaimu kerana cinta itu kamu

2. Aku membencimu kerana mencintaiku dan kamu mencintaiku kerana aku membencimu, kini aku sedar yang aku tidak boleh membencimu jika aku tidak mencintaimu..

3. Kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak cantik? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak pandai? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku gemuk? tetapi lebih teruk lagi kenapa aku juga boleh mencintaimu?

4. Seluruh dunia aku pergi tetapi hanya kau seorang sahaja yang ku temui berjaya menawan hatiku. tidak ada 2 dan 3 biarpun kamu hanya manusia biasa..

5. Kehadiranmu menyinari hidupku, kehangatan cintamu mengubati sepiku, kelembutanmu mengubati lukaku, kemanjaanmu adalah penawar resahku..

6. Jauh itu ada ruang yang memisah, jauh itu ada 2 hati yang terpisah.. apabila jauh itu ada rasa yang resah, apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah, apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah..



sumber: here

Sunday, April 29, 2012

Ulasan HMA 13

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
topik entry hari ini berkisarkan jawapan aku kepada entry org yang aku sayang.
lets it begin




okey..
kali ni takde pape.
happy anvsry b.. 13 kan?
wlaupun b tak wish.. hukhuk



yes..13 bulan kita bersama 14 bulan kita kawan..
tempoh yang cukup kejap dan singkat
and i wanna say sorry bcoz tak wish honey
b dalam modd unstable, so xdapat nak cakap wish pown time tu..


firstly, hny memang mintak maaf
hny memang takde niat.
'maaf' tu memang senang je kan ckp.. huhuu.
hurm..
hny memang dah pikir..
cukup la hny pikir dari semalam hingga la harini. :)
so, hny dah ade jwpn.. 


maaf, memang itu ungkapan yang senang bila diucapkan..
ikhlas atau tidak dalam memohon maaf,
hanya orang yang meminta dan tuhan saja yang tahu.
apa-apa pown, b mmg sentiasa maafkan honey.


utk reason nape hny terima die semula..
sebabnya dia kwn hney.
masa hny susah dulu2 before hny kenal b,
die yg ada.. n sebab tu hny pertimbangkan balik.



okey hny.. ini petikan kata-kata honey
"Ak hope hbgn kite sebagai bestfriend dah takde. N I'm really mean it. Sory 4 evrythng n thnkz la utk ape3 aje. Kali ni ak crius."
"lebih baik ak takde bestfrnd dr bestfrnd sendiri sakitkan hati aku."
"ko pun tau, kalau ak da nekad buat keputusan tu, memang ak ikut keputusan ak."
kali ini aku serius - tapi honey tak serius
memang aku ikut keputusan aku - tapi keputusan boleh berubah2.
apa yang b nak cakap senang, jangan jilat balik apa yg kita dah ludah.
adakah bermaksud, if hny dah clash dgn b, then sampai satu ketika, b juz anta msg, mengaku b salah, honey akan kembali bersama dengan b??? (hanya persoalan)


kalau b nak tanye siapa lagi penting..
of coz la b jwpn hney sekarang.
sebab b yg ade dgn hny sekarang.
n b tu pakwe hny. 
tp hny sgt yakin hny memg cerita semua kat b.
tp bukan secara detail.



okey yang ini b faham..
tapi kerana situasi b bersama hny skrg ni..
mungkin b terlupa yang honey pernah cerita, so b minta maaf la oke.
tapi seingat b memang tiada cerita tentang mamat dungu ni..
sorry kalo hny marah b ckp mcm tu..


hurm.. hny memang takde niat n tak pasang niat pun nak main2 dengan b..
saya sgt serius okey bila berpacaran dengan boss.
b yg last.. insyaAllah
n hney memang takde pape rahsia dgn b..
n kejadian semlm memangg bg pengajaran pd hney.



b tak cakp hny ada niat, tp b ckp jgn sekali2 bermain dengan b,
jangan cabar b, sekali b tercabar, memang b akan buat..
and i hope so, hope we will remain together forever.
hmmm pengajaran macam mana tu?? (i got confused) 


jap2, smlm macam mana b boleh jumpa hny kt tiang2 tu ek?
heeee.
hny bukan tinggalkan b, cuma hny nak stable kan...
takde niat pun nak tinggalkan b.
hny akan jumpe b lepas 30 minit. mybe 1130 ke..
huhu.. tp nampknya tak..



macama mana b jumpa? setelah b jadi tunggul selama berapa minit b tak tahu,
dikerumuni manusia2 yg bingit, b bangun mencari honey,
b cari dekat area toilet, n nampak honey ada dekat sana,
hny nk stable pown, please do inform me.
im not rock, tree or desk, yg boleh ditinggalkan macam tu je.


so thats all for me,
i hope, the same situation, the same problem, 
will not occurs again after this.
what i need is just a love from u,
yeah I really LOVE u..
deeply from my heart.


and last from me,
i wish, if u are not make for me,
i hope you will find someone who is better than me.

Wednesday, February 1, 2012

L0V3

Dia dulu nya pantang di hantar mesej, pasti akan di balasnya secepat mungkin... Ada saja berita yang ingin dikongsikan.. tersenyum tatkala diri mendapat khabar beritanya..

Tapi dia yang sekarang ni, jauh berbeza..jauh berubah. berkali-kali mesej dihantar, namun satu pun tiada di balas.. bILA ditanya alasan, katanya sibuk, kredit habis.. dan bla bla bla.. Mungkin sekali boleh ku terima,tapi bila dh berkali2, bagaimana mahu aku pujuk diri utk menerima alasanmu itu?

Sedangkan FB ada sebagai jalinan perhubungan kita, namun, setiap kali kau online, tidak pernah untuk kau menyapaku..

Terasa makin hari kau makin jauh dariku... Aku kah yang bersalah? atau....??
Terasa aku pula yang terhegeh-hegeh nak hubungi kau....

Sedih... kecewa... terkilan... semuanya ada.. dulu pernah kita mengikat janji, kita lah sahabat dunia akhirat... benarlah, Allah lah sebaik2 perancang..

Lalu aku bangkit diri dari lena yang seketika, aku muhasabah diri, mungkin aku bukan sahabat yang terbaik buatmu. Bertemu dan berpisah kita atas izinNya yang SATU. Kerana DIA kita BERSATU, dan Kerana DIA juga kita BERPISAH.. ku redha, ku rela kau pergi dari hidupku.. Doaku sentiasa mengiringi sebagai sahabatmu.. Moga kejayaan dan kebahagian milikmu sekeluarga.. mugkin bukan di sini, tapi di 'sana' bakal kita satukan kasih sayang antara kita....

andai kau membaca bait ni, aku tak salahkan klau kau nak terus menghindari aku.. kALAu aku yang salah, aku mohon maaf untuk segalanya...

*saya sayang semua sahabat2 saya walau ada yang membenci saya... kerana CINTA dan SAYANG yang hadir tu telah saya pupuk kerana DIA, dan tak kan saya benci dia, kerana CINTA dan SAYANG yang hadir dr DIA cinta yang tulus..insyaAllah...

>>> BELAJARLAH untuk melepaskan ia pergi, jika tidak..kamu tidak tahu ke mana arahnya TAKDIR..memang tidak mudah tetapi IKHLASLAH kerana sesungguhnya ikhlas itu melegakan..♥♥

Monday, January 30, 2012

Melangkah Pergi

Awak.


Awak ingat lagi tak masa saya melamar awak dahulu?

Masa tu awak tengah tidur

Saya hantar SMS kat awak

Saya kata

Saya nak melamar awak

Melamar untuk menjadi pemaisuri dalam hati saya

Saya tunggu lama msg reply dari awak

Tepat 7.00 pagi

Handset saya berbunyi tanda incoming msg

Saya ambil handset tu dan buka

Saya tengok dalam msg tu awak tulis macam nei

`Awak, saya minta maaf

apa-apapun kita kawan dulu yer`

Hati saya mulai berbunga

Walaupun awak masih belum menerima saya

Saya tunggu dan terus menunggu

Supaya hati awak terbuka untuk menerima saya

Tapi harapan hanya tinggal harapan

Pada 5 September

Awak menghantar SMS kat saya

Awak tulis dalam tu

`Awak, saya minta maaf

saya sudah dimiliki

saya harap awak akan dapat perempuan yang lebih baik daripada saya`

Bila membaca SMS tu

Saya rasa bagaikan hidup saya memang betul-betul dah tak berguna

Saya hantar SMS kat awak

`Tak per, saya tak boleh paksa awak untuk menyintai saya

tak guna kalau hanya saya saja yang bahagia dalam percintaan

saya boleh terima keputusan awak

andai itu kehendak awak`

Walaupun mesej yang saya hantar mengatakan saya mampu menerima

Tapi sebenarnya hati saya hancur ketika itu

Hancur kerana tidak mampu untuk diterima

Namun,

Saya cuba tenangkan hati saya

Saya mula berfikir

Andainya saya betul-betul menyintai awak

kenapa saya perlu kecewa bila awak tidak mampu terima saya?

Kenapa saya perlu bersedih bila awak memilih jalan untuk bahagia?

Layakkah saya untuk bahagiakan hati awak?

Cinta sememangnya memerlukan pengorbanan

Sekurang-kurangnya saya dah cuba bekorban

bekorban untuk kebahagiaan diri awak

Walaupun pedih hati ini menerima

Namun,

Demi kebahagiaan awak di masa hadapan

Mungkin ada baiknya awak memilih jalan awak sendiri

Biarlah diri ini tetap menyayangi awak

Walaupun hanya menyayangi tanpa dibalas

Awak

Saya harap awak bahagia bersama pilihan hati awak

Tentang diri ini

Awak lupakanlah sahaja

Supaya diri ini dapat melangkah pergi

credit - Oh! Umar

Tuesday, January 3, 2012

if the day come..

•❤• 1 hari
Aku akan tinggalkanmu.

•❤• 1 hari
Aku akan lari darimu.
...
•❤• 1 hari
Kau akan menyesal kerana tidak memilikiku.

•❤• 1 hari
Kau akan tahu bahawa akulah segalanya untukmu.

•❤• 1 hari
Apabila kau menyedarinya, kau sudah terlambat untuk memilikiku.

Monday, November 14, 2011

saya sayang AWAK!!!

Awak cakap Awak sukakan hujan, tetapi bila hujan turun Awak keluarkan payung.

Awak cakap Awak sukakan matahari, tetapi jika panas Awak cari tempat berteduh.

Awak cakap Awak sukakan angin, tetapi Awak menutup mata bila angin bertiup.

Dan sebab itulah saya risau jika awak cakap awak sukakan saya..


p/s: saya tak suka awak, saya sayang AWAK!!!

Wednesday, October 26, 2011

Just For You

I've wish to be tear of yours,

so that I born from your eyes,

Scroll down to your cheeks,

And die on your lips,

I've never want you to be tear of mine,

Because I'll lost you each time I cry !

My soul is here to make you happy and feel comfort in my arms,

And my life lays on your smile !

The magic of love always plays
in me when you can hear as my heart beats .

Monday, October 24, 2011

saya ade,,,,

saya ade sebilah
PISAU...

PISAU tu sy guna
utk memotong...

pernah jgk terluka
kerana PISAU tu...
TP x kisah,tak sakit pun :)

PISAU tu dah lame sy guna...
Skrng PISAU tu dah berkarat...

sy x buang...?

sy x buang sbb sayang
nk buang :(

Mcm AWAK jgk !!!

sy ada AWK,sy sayang
AWK dan selalu nk
bersama AWAK...

KAdang2 terluka jgk sbb awk...

Tapi x pe, sy masih syng awk..

1 je yang x same...

AWAK x berkarat,
so, xde sbb sy nak
buang AWAK..

Jadi,sy nk simpan
AWAK sama dgn PISAU tadi...

Tapi...PISAU sy simpan dlm laci...
AWAK ???
saya simpan DALAM HATI SAYA ♥ ♥ ♥ !! ~

Saturday, October 22, 2011

Mencintai Dalam Diam


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

Friday, October 21, 2011

sebelum terlambat

Seorng gadis ada penyakit
kanser & cuma ada 30 hari utk
hidup..
dia sukakan seorng lelaki yg
kerja di kedai CD..
... tpi dia x pernah bgtahu lelaki
tu ttg cintanya..
setiap hari dia prgi beli CD
smata2 nk luangkan masa ngan
lelaki tu..
seleps sbulan gdis itu mninggal..
bile lelaki tu prgi mncari gdis
tersbut...
ibu gdis tersbut mmberithu
bhwa anknya dh mninggal
krana kanser..
lalu lelaki itu kebilik anknya ..
kt situ lelaki itu nmpak kesemua CD
yg dibeli oleh gadis itu x bukak
pom & lelaki itu mula
mnangis ..
tau kenape ??
....... sbb...... lelaki itu
letakkan surat cntanya utk gdis
tersbut dlam CD yg gdis itu
beli..
Kedua-duanya sling mncntai tpi x
pernah meluahkan.. that's the
end..

so cepat2lah luahkannya kalau
anda mmpunyai prasaan trhdp
sseorng ~!

Friday, October 7, 2011

Ikhlas Bukan Bersebab!

Lelaki : Awak ! Kenapa awak suke saye ? takde sebb ke ?
Perempuan : A'ah takde sebb , saye suke kerane hati sy kate CINTA !
Lelaki : Tipu lha ! mane mungkin , mesti ade kann ? bgy lha tau :)
Perempuan : Saye suke awak kerane awak handsome , boleh bertutur tanpe gagap2 , boleh mendengar semue luahan saye , boleh melihat saya yg tak lawe ni !
Lelaki : Akhirnya awak jujur jugak kann ! Love you sayang...... ♥

Esok nya dengan takdir Allah si lelaki mengalami accident dan tidak boleh melihat , tidak boleh mendengar , mukany cacat di pipi dan lemah dalam bertutur ..
Di Hospital sedang lelaki terlantar wanite itu datang dan membisikkan ke telinge lelaki itu sambil menangis !

"Awak , saya cintekan awak tanpe sebb kerane .. kalau bersebb sekarang saye tak boleh cintekan awak .... Kerane saya cintekan awak sebb awak handsome , pandai bertutur , boleh mendengar , boleh melihat ! Tapi sekarang dah takde sebb utk saya cintakan awak sebb awak dah takde semua tuh ! SEBB ITU SAYA CINTAKAN AWAK TANPA SEBB ! TAPI AWAK MEMAKSE SAYE UNTUK MEMBERI SEBB ! Maaf sayang , saye sudah tiada sebb untuk cintekan awak :'/"

#cinta dengan hati yg ikhlas bukan BERSEBAB okayy ^^♥♥

Friday, September 23, 2011

Dialog Antara Lelaki dan Perempuan

Dialog 1
Girl: Awak merokok?
Boy: Tak...
Girl: Minum?
Boy: Tak...
Girl: Ada kereta?
Boy: Cuma ada BMW,WOLKSWAGEN,SUBARU,HONDA DENGAN FERRARI...
Girl: [Wah anak orang kaya rupanya] Rumah kat ne?
Boy: Bukit Antarabangsa...
Girl: Wah mesti mahal...
Boy: Tak la...cuma RM 950.000 je...
Girl: Dah pernah pegi haji?
Boy: Umrah baru 3 kali...haji 2 kali..
Girl: Wah...[Calon suami mithali]...kerja apa?
Boy: Pengarah syarikat..
Girl: [Confirm jadi boyfriend aku] HOBI?
Boy: Tipu orang... :P



Dialog 2
Lelaki:sudikah awak jadi isteri saya?
Perempuan:awak ade rumah x?
Lelaki: x ade
Perempuan:awak ade BMW x?
Lelaki: x ade,tapi..........
Perempuan: awak ade gaji x?
Lelaki:x ade
Perempuan:awak ade BMW x?
Lelaki: x ade,tapi........
Perempuan: x de tapi2,awak x de ape-ape,tlg pergi dari sini
Lelaki: ( cakap dalam hati ) aku ade 2 villa,3 kereta ferrari,kenapa perlu beli BMW? aku ade 3 bidang tanah,macam mana aku nk dpt gaji kalau aku sendiri boss?



Sekadar Renungan..Adakah wanita/perempuan/gadis/ladies/girl atau apa sahaja yang sewaktu dengannya bersikap sebegini..Tidak Sama sekali..namun hanya kerana segelintir yang berperangai sebegini, habis semua mereka kena..:)

Doa Pendekat Jodoh


Walau apa pun tindakan kita, setelah kita puas berusaha, akhir sekali kita mestilah bertawakal dan berdoa kepada-Nya yang Maha Esa



Semoga Doa ini dapat mendekatkan dan memberi Jodoh yang terbaik untuk diriku dan sahabat-sahabat di luar sana..

p/s - teringat plak video doa kekasih yang lawak ni..


Wednesday, September 21, 2011

AwaK

•♥• sy xbgs dlm ENGLISH,,tapi sy blh bgtwu yg..I LOVE YOU ♥ !

•♥• sy xbgs dlm GEOGRAFI,,tapi sye boleh tawu awk
tinggal dalam HATI saya ♥ !


•♥• sy xbgs dlm SEJARAH,,tapi sy INGAT FIRST TIME saye kenal awak ♥ !

•♥• sy xbgs dalam KIMIA,,tapi sy blh bgtauTINDAK BALAS sy bila awak senyum ♥ !

•♥• sy TIDAK HEBAT dalam tiap2 subjek,, ♥ !

•♥• tapi sy blh bgtawu awak yg sy hebat dlm semua SUBJEK ,,jika TOPIC nyer ialah AWAK ! ♥ ~~ (o‿-)

Tuesday, September 20, 2011

CINTA

Jika kamu mencintai kerna dia cantik/hensem itu bkn cinta..tetapi nafsu.

Jika kamu mencintai kerna dia pandai,itu bkn cinta..tetapi kagum.

Jika kamu mencintai kerna dia baik,itu bkn cinta..tetapi terpaksa.

Jika kamu mencintai kerna takut dia sakit hati,itu bkn cinta..tetapi kasihan.

Jika kamu mencintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya,itulah cinta yg sesungguhnya!..^_^

Sunday, August 21, 2011

Novel Doktor Cinta


Sinopsis

Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.


Petikan ayat yang menarik

Cinta itu Bahagia, 50 Cinta 50 Bahagia :)

kalau saya cintakan dia..biarlah dia sendiri yang rasa,bukan sebab kata cinta saya tapi sebab rasa cinta yang datang dari hati dia sendiri

kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, yang mencantikkan kehidupan adalah cinta

Saturday, August 20, 2011

Jawapan Perkahwinan

Jawapan yang SESUAI bila ditanya Tentang Perkahwinan

1) Kenapa Lambat Kahwin?
    Kerana Allah lebih tahu masa yang terbaik untukku.
2) Sudah Berpunya?
    Ya..Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing :)
3) Siapa orangnya?
    Nanti akan diperkenalkan.
4) Bila hendak perkenalkan?
    Bila kami dah diijabkabulkan olehnya, InsyaAllah, jemput datang ke walimatulurusku nanti..:)


Jangan selalu bertanya bila orang itu hendak kahwin kerana semua rahsianya terletak di tangan ALLAH, kita hanya mampu merancang tapi Dia yang sahaja yang menentukan, sampai masa Dia akan membongkarkannya juga.. :)

Thursday, August 4, 2011

Doa Kekasih

Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi... 

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.... 

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya... 

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya... 

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala
yang terbaik buat hamba Mu ini... 

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.... 

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. ...