Showing posts with label Aspirasi. Show all posts
Showing posts with label Aspirasi. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Huru Hara UKM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam 1Malaysia.

"Kedatangan dinanti, Pemergian dirai"

tanggal 27 Februari 2013, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali lagi telah dimalukan oleh mereka yang tidak dapat dibayangkan tahap IQ mereka. nak kata kurang cerdik, semuanya terpelajar, nak kata cerdik, membuat perkara yang tidak cerdik.

AKSIS, angkatan siswi dinamis antara anak didik Gabungan Mahasiswa UKM. telah mengadakan demonstrasi di hadapan Dewan Canselor Tuanku Abdul Razak semasa kedatangan Datin Seri Rosmah Mansur.

Haziq Asyraf bin Dun, presiden GMUKM mengatakan ramai mahasiswa di dalam hendak keluar bersama mereka berdemo, namun hakikatnya, mereka tidak pun dikurung, malah boleh keluar masuk sahaja. Adakah ini fitnah??? biarlah Haziq yang menjawab.
Penjelasan oleh suadari Tasnim tentang keadaan di dalam DECTAR. tidak sama langsung dengan apa yang dikhabarkan oleh Haziq. Apakah ini tugas leader mengeluarkan kata penipuan???



Haziq sekalilagi mengatakan bahawa, pelajar CESMED dipaksa mendengar ucapan DS Rosmah, sedangkan sebenarnya itu adalah sebahagian daripada kelas CESMED. tahun sebelum ini turut diadakan program sebegini, namun bukan DS Rosmah yang turun, tetapi individu lain yang dijemput oleh pihak UKM sendiri. kenapa Haziq tidak mengajak demo pada tahun sebelum ini????


Alasan Haziq apabila ditanya tujuan demo diadakan.. Alasannya adalah untuk menasihatkan DS Rosmah. Alhamdulillah, ada inisiatif untuk menasihatkan. tapi bagaimana cara nasihat ini?? dengan membentang kain rentang yang tertulis RM 24 juta? tertera tulisan Kami Mahu Rosmah jadi PM?? itu bukan nasihat bro, itu ada agenda politik. 

 

saya selaku mahasiswa tahun akhir, Universiti Kebangsaan Malaysia, menafikan sekeras-kerasnya jika mereka berkata mereka adalah golongan mahasiswa UKM yang menentang agenda kerajaan. di sini ingin saya katakan, hanya 1/4 menyokong kerajaan, 1/4 menyokong pembangkang dan 1/2 masih lagi menjadi pemerhati bebas. pemerhati bebas ini masih lagi menilai dan memerhati setiap pergerakan dan tingkah laku mahasiswa dan juga parti politik di luar. 

Maka, saya memohon hentikan penggunaan nama mahasiswa sekiranya anda ingin membuat huru hara di dalam kampus ataupun di dalam Malaysia. kerana bukan semua mahasiswa bersama anda. hanya sebilangan kecil sahaja sebenarnya. laporan harakah mengatakan 50 orang berdemo, hakikatnya hanya beberapa belas sahaja yang turut serta. tolong jangan campurkan mahasiswa yang lalu lalang,yang berada di dalam DECTAR untuk bersama program DS Rosmah. kalau anda kira itu, memang lebih 100 orang jadinya.

itu belum dihuraikan tentang Pelancaran kelab IPU (Institut Politik Ummah). anda katakan sambutan amat menggalakkan, sedangkan anda hanya berucap di tepi tangga menghadap kawasan Pesta Buku dan PC fair yang diadakan di Pusanika. ramai mahasiswa sibuk membeli barangan dan melihat hasil jualan di pusanika daripada mendengar celoteh anda. HENTIKAN OMONGAN KOSONG.!!




Thursday, April 19, 2012

Mahasiswa ASPIRASI

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan!
Entry kali ini adalah entry memBIRUkan kembali UKM daripada kegelapan UNGU..

Kenapa? kerana kita mahasiswa berpendidikan, mahasiswa pemikiran tahap tinggi. kita bakal pemimpin masa hadapan.

Kalau dahulu kita naikkan nama universiti dengan kejayaan sukan,berlumpur,bertanah,berseret bermati-matian demi mencapai kemenangan..

Kita banggakan nama universiti dengan ciptaan baru yg sangat kreatif dan inovatif,menarik,futuristik,canggih dan berteknologi..

Kita banggakan nama universiti dengan debat pidato,debat ala parlimen,live di tv kerajaan,memaparkan perdebatan universiti,rakan2 bersorak tatkala hujah sarkastik di sampaikan..

Tapi kini?..

Mahasiswa "popular"kan nama universiti dengan aktiviti berdemonstrasi,terpekik terlaung,berkhemah dan berhujan basah,demi sebuah perjuangan yang kabur dan tidak berhala tuju..
Kita memburukkan nama mahasiswa dengan berita2 yg kurang menyenangkan di dada2 akhbar dan berita utama..

Di mana letaknya kualiti mahasiswa pada hari ini?.. :)
.: Misi selamatkan MAHASISWA,sertai ASPIRASI :. 

Ayuh Bangkit anak muda!






Pemikiran Matang Mahasiswa, Semangat Anak Muda, Pemangkin Generasi Hadapan


TEGUH SETIA BERSATU

Friday, February 24, 2012

Gendang PRK sudah berbunyi..

Assalamualaikum dan salam perjuangan..
Mac 2012 nanti, aku jangkakan akan berlaku peperangan di bumi UKM.
Pilihan raya Kampus (PRK) dijangka akan berlangsung dengan penuh sengit..
laman sosial pilihan ramai seperti blog, facebook dan twitter menjadi medan awal peperangan..
macam-macam isu dan gambar dipertontonkan..


sedikit gambar untuk perkongsian












p/s - peperangan tidak membawa erti kepada golongan atas pagar..mereka mencari mereka yang boleh membantu menyuarakan suara mereka dan menjaga kebajikan mereka..teruskan lah wahai para pejuang ASPIRASI yang disayangi..BIRUkan kembali bumi UKM yang telah mengalami kegelapan UNGU..


"TEGUH SETIA BERSATU"

Friday, January 13, 2012

Front Mahasiswa UKM

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan.


Selalu menjadi tanda tanya kepada semua pihak di UKM ini, siapakah Aspirasi? dan Siapa pulak GMUKM?
Di sini saya lampirkan pengenalan kelab tersebut


Aspirasi UKM


Kelab Aspirasi merupakan sebuah kelab yang bertanggungjawab mewujudkan masyarakat kolej yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah serta memupuk semangat bersatu padu antara semua pelajar tanpa mengira bangsa dan agama. Kelab ini berperanan penting dalam usaha menyemai rasa cintakan universiti kearah merealisasikan aspirasi universiti tidak kira diperingkat kolej,universiti mahupun di peringkat yang lebih tinggi. - Aspirasi Kampus


Aspirasi merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan di atas kesedaran Mahasiswa untuk terus mendokong Aspirasi Universiti. Membawa mahasiswa ke arah Kecemerlangan akademik dan sahsiah diri melalui semangat serta ideologi yang dibawa selaras dengan Misi, Visi dan Matlamat Universiti Kebangsaan Malaysia - MPP aspirasi


Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM)




GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM)merupakan sebuah badan induk utama pro-mahasiswa di UKM kampus Bangi, Cheras dan Kuala Lumpur. Bergerak secara komited memperjuangkan suara mahasiswa sejak awal penubuhannya pada 22 Ogos 2005 dengan menjadikan tiga elemen di bawah sebagai teras perjuangan GMUKM.
(i) Kebajikan mahasiswa
(ii) Keilmuan & Keintelektualan
(iii) Penghayatan Falsafah UKM



TINDAKAN SISWA BERSATU (TSB)



tindakan siswa bersatu adalah satu gerakan pelajar aliran nasionalisme islam yang berjuang demi kebajikan serta perjuangan mahasiswa melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia. gerakan ini telah bermula sejak awal penubuhan UKM iaitu sekitar lewat 70-an- TSB




KAUKUS SISWA MELAYU (KSM)


 Penubuhan Kaukus ini adalah bagi menyatakan pendapat dan pendirian bebas mahasiswa. KSM SANGAT AKTIF DALAM MEMBERIKAN PANDANGAN DAN PENDAPAT MENGENAI PERLUNYA SISWA-SISWI MELAYU BERJUANG DAN BERSAMA-SAMA BAGI MENENTUKAN HALA TUJU MELAYU.



untuk maklumat, ketiga-tiga ini merupakan front utama dikalangan mahasiswa UKM di mana Aspirasi memperjuangkan visi, misi dan falsafah universiti, GMUKM lebih tertumpu kepada gerakan islam-nasional dan TSB pula lebih kepada Nasionalisme Islam. dan pada tahun 2010 2011, telah lahir satu lagi kumpulan kecil yang dipanggil KSM yang lebih tertumpu kepada semangat melayu. Keempat persatuan ini menjadi wakil kepada mahasiswa UKM dalam menjaga kebajikan secara amnya.


p/s - adakah PRK kali ini akan memperlihatkan pertandingan 4 penjuru di kalangan persatuan-persatuan ini?? 


di sini saya sertakan lampiran perbezaan antara Aspirasi dan GMUKM. - sumber




Bersama lah kita mengundi mereka yang boleh memimpin kita, menggunakan nama mahasiswa dan menjayakan nama UKM di mata dunia..


Terus Setia Bersama ASPIRASI dan TSB

TEGUH SETIA BERSATU

Thursday, January 12, 2012

Di "HACK" atau Sengaja "HACK"

Assalamualaikum dan Salam perjuangan..
Menarik isu pada hari ini, 
Facebook milik saudari Aida Rahayu, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (MPP UKM) telah dihack..
Facebook lama beliau (Aida Rahayu) sudah hilang sama sekali..


Hasil search menggunakan nama aida.rahayu89

Ini memaksa beliau membuat satu lagi akaun baru..(Aida Rahayu Original)
Hasil daripada hack tersebut, beberapa group telah berubah admin atau admin lama semuanya telah dibuang..
Antara group yang menjadi mangsa kekejaman tersebut adalah PMUKM 2010/2011 dan Sumber Maklumat untuk pelajar baru UKM, (untuk makluman kedua-dua group digunakan sebagai salah satu saluran untuk menyebarkan segala aktiviti dan hebahan di UKM dan akhir-akhir ini group ini menjadi medan perang POLITIK di kalangan mahasiswa UKM)


Okay, kerja siapakah ini??siapa hacker tersebut??
masih lagi menjadi persoalan kerana ianya menggunakan nama samaran iaitu Suhaila Yasmin..
Siapakah dia ini?? wakil ASPIRASI kah?? atau Kroni mereka sendiri (GMUKM).. masih menjadi persoalan..




Saudara Ezuan Saad di dalam laman FB beliau mengeluarkan satu statement ringkas selaku Setiausaha Agung PMUKM..beliau memperihalkan apa yang telah berlaku..


Namun ini semua tidak penting.. Ini lagi penting
Saudari Noraini Jumahir di dalam laman FB telah mengeluarkan satu statement ringkas..Beliau dengan slumber yaya nyer menulis Mengapa PUAK2 ini suka membuat fitnah. Adakah ingin kemenangan dengan fitnah?? menarik bukan..

Semua warga UKM mesti kenal siapa Noraini Jumahir ini. Mantan Timbalan Exco Lajnah Kegiatan Luar Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM)10/11. Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM sesi 10/11... hehehe orang Kuat GABUNGAN MAHASISWA UKM.. so sekiranya dia mengatakan gendang PRK sudah bermula, hanya ada dua parti yang akan bertembung..Samaada ASPIRASI atau GMUKM..

Nah fitnah yang dimainkan oleh mereka yang bergelar alim ulama ini..dengan penuh penghayatan mereka mengatakan ASPIRASI yang menfitnah dan hack mereka.. wah wah wah hebat kan alim ulama sekarang..

Persoalan daripada saya, adakah benar ASPIRASI yang membuat onar tersebut??jika ya, tunjukkan la bukti...atau adakah ini hanya salah satu UNDI SIMPATI yang ingin puak2 GMUKM ini raih sempena Pilihan Raya Kampus kali ini??Adakah pihak GMUKM hendak menang dengan meraih simpati warga UKM?? tidak mungkin itu sahaja "STUDENT POWER" yang boleh dibawa?? 



“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu mushibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”.




“Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: “Ini adalah suatu berita bohong yang nyata”. Juga firman Allah yang artinya, “(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar. Dan mengapa kamu tidak berkata, diwaktu mendengar berita bohong itu: “Sekali-kali tidaklah pantas bagi kita memperkatakan ini. Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), ini adalah dusta yang besar”. [QS. An-Nuur : 15-16]

Monday, January 2, 2012

Mahasiswa dan Rusuhan

Sejak aku menjejaki alam universiti, aku dipanggil mahasiswa..
apa itu mahasiswa??aku sendiri tidak tahu..
aku masuk atas tiket pelajar yang mahu mengikuti pengajian peringkat Ijazah..
dari tahun 1 hingga tahun 3, apabila sebut mahasiswa mesti aku ingat rusuhan..
hahaha
siapa ahli rusuhan? yang pasti ynag menggelarkan diri mereka Pro-M (Pro Mahasiswa)..
kadang-kadang ada SMM, BEBAS, KAMI, ABU, GMUKM, GAMIS, dan yang seangkatan dengannya.
siapa dalangnya?? mereka yang menggelarkan diri mereka PR (pakatan rakyat)
kadang-kadang dalamnya ada PAS, DAP, PKR, BEBAS, PEGUAM dan yang seangkatan..
hahaha PRO -M anak didik PR

Rentetan rusuhan mahasiswa

UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia)





yang ini bukan rusuhan, (ini adalah solat yang diadakan bertempat di sebelah masjid).. kenapa tidak dibuat di dalam masjid??

UPM (Universiti Putra Malaysia)







UIA (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)










UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris)








RUSUHAN PALING HANGAT (BERSIH 2.0)







Masihkah anda ingat dengan rusuhan di UKM?
Masihkah anda ingat rusuhan di UPM?Masihkah anda ingat rusuhan di UIA?Tentu ada masih ingat rusuhan di UPSI? Semuanya melibatkan mahasiswa..
Katakan tidak pada rusuhan..
Mahasiswa anti rusuhan..
We are silent majority

KATAKAN TIDAK PADA PRO-M
 (PRO MAHASISWA JALANAN)
KATAKAN TIDAK PADA PR 
(PEROSAK REMAJA DAN MAHASISWA)