Showing posts with label melayu. Show all posts
Showing posts with label melayu. Show all posts

Wednesday, May 30, 2012

Kenapa Ada Hindraf


Kenapa ada Hindraf
kerana Melayu sudah layu
Melayu tidak kenal Melayunya
pokok mula sejarah Melayu telah terburai
terbarai di pintu kebebalan dan kebodohannya
yang tidak mengenali akar ketamadunan Melayu
dari sumpah setia Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun

".....jika ada antara anak cucu bapa kita yang mengkhianati perteguhan ini, maka akan diterbalikkan kakinya (tiang) ke atas, dan bumbung (kedaulatan) yang memayunginya akan rebah ke bumi"

Itulah sumpah setia waad teguh janji
antara yang memerintah dan pendukung sebuah pemerintahan

Akar kedaulatan Melayu
adalah ketuanan Melayu
terhadap negara Melayunya
yang bernama Tanah Melayu

Bahasa Melayu
budaya Melayu
tidak pernah dituankan, didaulatkan
oleh pemimpin Melayu yang telah berpaling dari Melayunya
maka benih petualang mula berani
memijak-mijak dan bersorak gempita
kerana Melayu sudah malu menjadi Melayu

Itulah yang sedang menganak sungai
dalam benak dan jiwa pemimpin
yang masih mengaku sebagai Melayu

biarkan, biarkan, biarkan....biarkan dia mati sendirikalaupun tidak dipanah petir atau halalintar!

(Khalid Salleh-Rumah Pena KL)

Sunday, May 20, 2012

Asal Usul Melayu




Musuh Yahudi yang sebenarnya bukanlah Palestin tetapi Bani Jawi.



Bani Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna.


Telah lama Yahudi Illuminati mencari bani Jawi @ 'kaum yang hilang'.

BANI JAWI @ BANGSA JAWI / MELAYU

Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu

Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu

Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu

Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.

Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah.

Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi.

Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi.

Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.

Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemah lembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati.

Jawi atau Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu & Wi=Tuhan. yakni maksud nya bangsa yg percaya kpda 1 Tuhan (mentauhidkan Tuhan)

Dimanakah negara dihujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu??

Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang.

Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.

Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia.’

kredit to : Mujahid dan Mujahidah Islam.


sumber - FB


untuk lebih info layari - Siapa Melayu

Tuesday, May 1, 2012

Sumpah dan Wasiat Melayu

Assalamualaikum 
entry sambungan semangat MELAYU.
entry sebelum ini - 

SUMPAH MELAYU

KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri. KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam. KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.
KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat.
KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk:
  • Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu;
  • Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu;
  • Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu; dan
  • Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera.

dikarang oleh Dato Onn Jaafar pada tahun 1946 SUMBER



 7 WASIAT RAJA - RAJA MELAYU
  • Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
  • Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
  • Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Wasiat Raja-raja Melayu merujuk kepada 7 wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu semasa menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 . SUMBER

Monday, April 30, 2012

Semangat MELAYU

Assalamualaikum..
hari ini aku terasa perlu kembali menaikkan semangat orang melayu.
entry permulaan, layan gambar dan baca link yang aku sertakan..










cerita mengenai ketuanan melayu - click

Sunday, January 15, 2012

untuk melayu

Terkenal dengan budaya malas dan lesu

Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

Saturday, January 14, 2012

Wahai Melayu

Wahai Melayu,
Hadirmu melengkapkan putaran dunia,
Asalmu bukanlah tanah di sini,
Dirimu dikatakan dari asal pelbagai bangsa dunia,
Mengalir darah Cina, India, 'Arab, Inggeris, Jawa, dan sebagainya,
Masih engkau dipanggil Melayu walaupun kacukan,
Asalmu dari seberang, bukan di Tanjung Emas ini (Golden Khersonese)
Engkau dihimpunkan di sini membentuk bangsa Melayu (orang Tanjung Emas)
Asal cara hidupmu bukan seperti kini,
Engkau pegang Hindu, kemudian Buddha,
Tiba Islam menyinari ruang qalbumu,
Sebaik-baik pedoman menuju Allah,
Engkau bertatih membina tamadun,
Hingga berusia 450 tahun sudah,
Ah, singkatnya usia dirimu Melayu,
Saudara bangsamu lain kini telah bangka lagi tua,
Umur mereka ratusan ribuan tahun lamanya,
Pada mereka, engkau hanya anak kecil,
Masih bertatih, belum dapat berlari,
Belum putus menyusu,
Belum kenal ragam rencah dunia,
Walau begitu engkau masih nekad,
Mahu duduk semeja dengan mereka,
Ingin dipandang tinggi oleh mereka,
Walaupun engkau masih kecil,
Apa jasamu selama ini wahai Melayu?
Umur peradabanmu menghampiri Qiyamat,
Tiada banyak yang engkau dapat lakukan,
Baru layak digelar gemilangnya Melayu,
Ingin engkau lakukan seperti saudaramu yang lain,
Tiada engkau mampu,
Mahu mengharungi seperti yang pernah mereka lalui,
Tiada engkau berdaya,
Engkau war-warkan dirimu SATU bangsa bermaruah,
Lihatlah dirimu kini,
Bagaimanakah keadaan maruahmu?
Koyak-rabak laksana kain perca,
Dek kerana bersalahan kefahaman,
Engkau katakan saudaramu bangsa lain yang mengoyaknya,
Bahkan ENGKAULAH yang mengoyakkannya dengan tanganmu,
Engkau anggap dirimu pewaris panji Islam seantero Nusantara,
Cermin dahulu situasi Islammu kini,
Islam dihinjak-hinjak dan dipijak-pijak semahunya,
Ku tahu engkau tidak akan biarkannya berterusan,
Tapi siapakah yang memijak Islam yang engkau pegang itu?
Bangsa lainkah? 
Andai bangsa lain, mengapa demikian?
Mereka tiada tahu apa nilainya Islam itu,
Allah kurniakan khas buatmu Melayu,
Allah Maha Tahu nilai keislamanmu,
Lantas apakah yang menyebabkan Islammu diejek-ejek?
Dihina-hina dan dipermainkan selama ini?
Apa yang salah telah engkau lakukan terhadap Islam?
Engkau masih bermimpi,
Malah bagai orang yang berjalan ketika tidur (jalu),
Tiada sedar apa yang berlaku terhadapmu,
Saudara bangsa lain melihat ENGKAU sendiri memijak Islammu itu,
Mereka mengganggap engkau sudah cukup berani,
Memijak pegangan hidup mati engkau sendiri,
Islam yang engkau junjung di jiwamu,
Kata mereka "Cakap tak selupa bikin"
"Suruh olang buat baik, tapi dia sendili buat jahat"
Mereka memperlekehkan tindakanmu,
Mereka anggap engkau Melayu mudah disuruh apa sahaja,
Disuruh ikut mereka, 
Engkau turut mereka tanpa membantah,
Diminta tinggalkan agama andai mahu bersama mereka,
Bagai dipukau dan disihir engkau lakukannya,
Benarlah sangkaanku,
Melayu mudah lupa apa yang berlaku,
Apakah jati diri Melayu kini?
Bagaimanakah disiplin Melayu?
Apakah dengan membuang dan memijak Islam,
Engkau dimuliakan orang?
Apakah jawabmu nanti di hadapan Allah Maharaja segala Raja-raja,
Di kala perbicaraan yang amat ngeri lagi dahsyat berlaku,
Ketika itu engkau ditanya mengapa engkau membuang Islam, amanah Allah yang mulia?
Apakah kerana mahu disanjung sebagai bangsa yang berani di mata manusia?
Ataukah mahu merebut mata benda habuan dunia yang fana?
Mahukah Allah menyoalmu begitu?
Jangan tunggu saat itu tiba,
Kerana engkau pasti menyesal tiada sudah,
Sebab perbuatanmu di dunia dahulu,
Jawablah sekarang juga wahai Melayu,
Engkau yang tahu apa jawapannya,
Engkau boleh mengubah apa yang telah berlaku kini,
Kerana pabila tamat bicaramu di Yaumul Hisab,
Jawapannya tinggal DUA...
Syurga keredhoan Allah,
Atau,
Neraka kemurkaan Allah yang tidak terhingga ngerinya...
Fikirlah wahai Melayu,
Allah telah kurniakan 'aqal fikiran yang masih waras,
Belum jatuh mereng mahupun gila...  

Wednesday, December 28, 2011

Hai Bangsaku

Bismillahirrahmanirrahim
Hai bangsaku aku tahukan asalmu
Ribuan tahun punya hak dan pertuanan di sini
Punya kekuatan punya peradaban
Punya kebenaran punya keagungan
Punya ketuhanan punya kebudayaan

Hai bangsaku aku tahukan asalmu
Akar jiwamu memegang darahku
Batang hatimu menjadi tubuhku
Daun aqalmu melitup zat dan sifatku,
Bangsaku jangan mengubah rupa
Bangsaku jangan meleka sambil melewa
Biarlah utuh diujian sepanjang masa

Hai bangsaku,
Seribu lupa selaksa sedar
Tawarlah segala yang lupa
Dari hikmatan kebendaan dan kepuraan
Dari hikmatan peniruan dan kesesatan
Tawar sekali dari bisa onar dan kemusnahan,
Jika bisa pada jiwa tawar pada hati
Bisa pada aqal tawar pada aqal
Tawarlah pada segala wujud keperibadian kita
Pulang pulih seperti keadaan asal

Hai bangsaku aku tahu usulmu
Jatuh di segala ceruk rantau alam ini
Jatuh di utara jatuh di selatan
Jatuh di timur jatuh di barat,
Janganlah pula duduk tunggu, jaga mengilas siku.

Hai bangsaku,
Aku mintamu pindah balik segala kekuatan
Segala peradaban, segala kebenaran
Segala keagungan dan segala-galanya
Memulia dan meneruskan kegemilangan

Biarlah utuh diuji zaman-berzaman
Itulah asalmu tapakmu bersenang
Masa kini dan akan datang,
Aku hendak minta kepadamu
Pulang pulih seperti keadaan asal
Sebab, belum cukup belum genap belum sampai ajal
Bukan kuasa aku tp dengan kuasa Allah
Berkat kita kata: Lailaha illallah Muhammadar Rasulullah

hasil nurkilan :a aziz deraman

Monday, December 26, 2011

Konsep Rumah

sebuah rumah memerlukan tapak (negara). 
tanpa tapak, tidak akan terbina rumah diawangan. 
kemudian, tiang (bangsa) yang kukuh dan utuh untuk mendirikan rumah.
 tanpa tiang, tapak tidak bererti, rumah tidak akan terbina.
 kemudian diikuti pula dengan bumbung (agama) yang memayungi rumah yang bakal sempurna.
 dimana, segalanya berlindung di bawah bumbung daripada segala malapetaka bencana. 
tanpa bumbung, isinya panas dan terdedah segala macam bahaya malam dan siang. 
yang terakhir isinya (diri sendiri).
 kita sebagai manusia/rakyat/individu tetap menjunjung agama (bumbung) yg dikukuhkan dgn bangsa (tiang) di atas sebuah tapak (negara)! 

*walaubagaimanapun, segalanya saling memerlukan* ;)

Monday, December 5, 2011

Ketam

Ketam Melayu dan Ketam Cina

Ada dua baldi,
satu baldi berisi ketam Melayu
dan satu lagi berisi ketam Cina

Baldi ketam Melayu tidak tertutup
tapi baldi ketam Cina ditutup

Maka peliklah mereka yang melihatnya,
lalu ditanyakan mereka kepada pemilik ketam-ketam tersebut.

Jawablah si pemilik tersebut
Ketam Melayu dibiarkan tidak tertutup kerana
1) Ketam Melayu ini tidak sepakat, mereka tidak akan membantu membebaskan diri mereka
2) Ketam Melayu ini bersikap iri hati, apabila ada seekor ketam hampir sahaja keluar, akan ditarik ketam itu supaya jatuh kebawah kembali
3) Ketam Melayu pentingkan diri sendiri, apabila mereka berada di atas, mereka akan menindas yang dibawah dan akan dibiarkan terkontang kanting.

berbeza pulak dengan ketam Cina.
1) ketam Cina sepakat, mereka akan berkerjasama untuk membuka penutup yang menghalang mereka daripada keluar
2) Ketam Cina suka tolong menolong, apabila seekor berada di atas, maka mereka akan membantu yang dibawah untuk naik, dan yang dibawah akan membantu rakan mereka untuk naik

Wednesday, November 30, 2011

BERSATULAH MELAYU

Kalau nampak ada retak
Kerana retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah
Bersatulah Melayu

Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita
Bersatulah Melayu

Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju
Bersatulah Melayu

Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakan lagi tempat berlindung
Bersatulah Melayu

Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih
Bersatulah Melayu

Cari dan rangkalah jalan damai
Damai membuka pintu pertemuan
Pertemuan kelak merintis padu
Berpadulah Melayu, berpadu semua.


Karya : Lim Swee Tin

credit - http://caknasiswatimur.blogspot.com

Thursday, November 17, 2011

Sifat Melayu

Ramai Org Melayu yg sedar dirinya Islam tapi kalau mereka bersifat Melayu Islam maka mereka akan jadi insan yg lebih baik kerana sifat Melayu itu sendiri sangat2 rapat dgn Islam.
Menurut Tenas Effendy (2004), nilai-nilai asas kemelayuan terangkum dlm “Pakaian Dua puluh lima” atau “Sifat dua puluh lima”. Nilai-nilai ini meresap dan berakar umbi menjadi sifat masyarakat Melayu. Ini menyebabkan anak Melayu ”menjadi orang” yang sempurna lahiriah dan batiniah. 

Nilai-nilai tersebut adalah seperti berikut:

i.                     Sifat tahu asal mula jadi, tahu berpegang pada Yang Satu.
ii.                   Sifat tahu membalas budi.
iii.                  Sifat hidup bertenggangan, mati berpegangan.
iv.                 Sifat tahukan bodoh diri
v.                   Sifat tahu diri
vi.                 Sifat hidup memegang amanah
vii.                Sifat benang orang
viii.              Sifat tahan menentang matahari
ix.                 Sifat tahu menyimak, pandai menyimpai
x.                   Sifat menang dalam kalah
xi.                 Sifat tahan berkering, mau berbasah
xii.                Sifat tahu unjuk dengan beri, tahu hidup bertenggangan
xiii.              Sifat timbang dengan sukat
xiv.              Sifat tahukan malu
xv.               Sifat berpada-pada
xvi.              Sifat ingat dengan minat
xvii.            Sifat hemat dan cermat
xviii.           Sifat tahu harta berpunya, tahu pinjam memulangkan
xix.              Sifat tahu hidup meninggalkan, tahu mati mewariskan
xx.               Sifat lasak mengekas, tekun mengais.
xxi.              Sifat menggulat air setimba
xxii.            Sifat merendah menjunjung tuah
xxiii.           Sifat lapang terbuka tangan
xxiv.          Sifat berbaik sangka
xxv.            Sifat yang Pucuk

Nilai-nilai murni ini dikuatkan dengan adanya nilai-nilai yang dipantang oleh orang Melayu. Nilai pantang ini dikenali dengan ”Pantangan anak Melayu”.
Nilai ini juga berjumlah dua puluh lima sebagaimana nilai ”Sifat dua puluh lima”. Kerana itu, nilai ini juga dikenali dengan ”Pantangan yang dua puluh lima.”

Pantangan tersebut adalah seperti berikut:

i.                     Membelakangi syarak
ii.                   Durhaka keada orang tua
iii.                  Membuang adat tembaga
iv.                 Bermanja-manja
v.                   Mengada-ada
vi.                 Berlengah-lengah
vii.                Besar kepala
viii.              Buta keta atau mata kayu
ix.                 Bercawat ekor
x.                   Makan menghabiskan
xi.                 Bercabang lidah
xii.                Jilat  menjilat
xiii.              Meminta-minta
xiv.              Menjilat ludah
xv.               Membuang peuah
xvi.              Bermegah-megah
xvii.            Membabi buta
xviii.           Lupakan hutang
xix.              Berburuk sangka
xx.               Muka tebal atau tebal muka
xxi.              Mencampakkan beban di bahu
xxii.            Mengoyak baju di badan
xxiii.           Menggunting dalam lipatan
xxiv.          Menjala angin
xxv.            Kerja tak menyudah

Nilai-nilai kemelayuan yang dibentang di atas menggambarkan jatidiri Melayu yang murni dan mantap. Jatidiri ini menjadi masyarakat Melayu mampu menghadapi sebarang cabaran dan kemungkinan.

Wahai bangsa ku pulanglah ke sifat asal mu...

Dipetik dari...
http://asyzsufi.multiply.com/journal/item/96/Kenali_sifat-sifat_melayu

Monday, September 19, 2011

Melayu Bodoh


Saya terjumpa posting oleh sorang ultra kiasu yang kata "Melayu Bodoh" dalam satu blog lain.

Mulanya nak marah juga. Tapi bila fikir balik, rasanya betul juga melayu nih memang bodoh.

Tak bodoh apa nya kalau ....

1. bila ada calon melayu, masih juga mengundi calon bukan melayu.
2. bila ada kedai atau mini market melayu, masih juga berbelanja di kedai bukan melayu.
3. bila sudah ada bengkel membaiki kenderaan yang diusahakan oleh orang melayu, masih juga menghantar kenderaan ke bengkel bukan melayu.
4. bila ada kedai makan melayu, masih juga makan di kedai bukan melayu yang status halal nya di ragui.
5. bila sudah ada produk makanan keluaran orang melayu sendiri, masih juga menggunakan produk makanan keluaran bukan melayu.
6. bila diajak bersatu untuk masa depan politik melayu tak mahu, tapi sanggup bersatu dengan pihak yang memang hendak menjatuh kerajaan yang di pimpin oleh orang melayu sendiri.
7. bila sanggup berpakat dengan dengan parti yang tak pernah bersetuju dengan negara islam dan hukum Hudud untuk menang plihanraya yang kononnya akan melaksanakan islam di negara ini jika berpeluang membentuk kerajaan.
8. bila sanggup mengiktiraf komunis sebagai pejuang kemerdekaan, manakala polis dan tentera yang menentang komunis di katakan pengganas.
9. bila bukan melayu yang mencapai umur 21 tahun berebut2 mendaftar sebagai pengundi, tapi orang melayu yang mencapai umur 21 tahun buat tak kisah sahaja.
10. bila tindakan pihak berkuasa agama hendak menyelamatkan umat islam daripada di murtadkan, tapi ada parti melayu yang mempertikaikan.

Tapi saya bernasib baik kerana nampak "kebodohan melayu" itu lebih awal daripada orang melayu yang lain.

Saya pasti akan marah jika ultra kiasu itu kata saya "melayu bodoh" kerana saya sudah keluar daripada kebodohan itu sejak lama dulu.


SUMBER:
http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/09/

Wednesday, August 24, 2011

Sajak Buat Umat Islam di Malaysia


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t
Lihat anak-anak kita
Mereka suci
Tiada dosa

Lihat anak-anak kita
Lihat jauh ke dalam mata mereka
Adakah mata yang bersinar itu
Akan terus bercahaya pada hari esok
Adakah mata mereka akan dipenuhi dengan tangisan
Meratap nasib bangsanya yang dipijak pijak

Lihat anak anak kita
Adakah kita mahu melihat atau mendengar

Keluhan mereka menyalahkan generasi ibu bapa mereka
Mengapa dahulu ibu bapa kami tidak bersatu padu?
Mengapa kami yang menerima kesannya?
Mengapa hak kami diambil oleh golongan yang rakus dan tamak?

Wahai ibubapa kami
Jika kami dilahirkan di generasi 'dunia baru'
Kami mahu jadi sekental Umar Al-Khattab
Berani memperjuangkan nasib agama dan bangsa kita
Dan kami tidak rela dilahirkan dalam bangsa yang berpecah belah
Kerana derita itu ditanggung kami
Ditanggung oleh si kecil yang masih kami gendong

Wahai ibu bapa kami
Tolong tinggalkan kepada kami hak-hak kami

Kami juga bakal
Memberi anak-anak kami sesuap nasi
Kami tidak mahu anak-anak kami derita seperti kami
Dan kami tidak mahu anak-anak kami menyalahkan kami kelak

Wahai generasi ibubapa kami
Kami tidak meminta diberikan seluruh dunia kepada kami
Kami cuma meminta,warisan nenek moyang kamiWarisan yang satu itulah
Untuk kami beri sesuap nasi kepada anak-anak kami
Kerana kami tidak rela,mereka menangis seperti kami

Wahai ibubapa kami
Bersatulah demi Islam
Bersatulah demi akidah anak-anak Islam kemudian hari

credit to - Muhammad Farhan Adnan (Universiti Malaysia Pahang)

Thursday, August 18, 2011

Apa bezanya sebelum dan selepas merdeka?

Apa bezanya sebelum dan selepas merdeka?
Kilang-kilang semakin maju dan terkenal
Di tepi lebuh raya ku lihat semakin gah tersergam
Supaya mereka kenal apa itu merdeka

Apa bezanya sebelum dan selepas merdeka?
Anak muda mahu tua semakin suka akan mereka
bermalam bersantai berhibur bersama
Barulah hidup di kota diwaktu malam merdeka

Apa bezanya sebelum dan selepas merdeka?
Dengan merdeka mereka lebih berani
Buang sana sini dalam longkang, tanam atau di tong sampah
Apa di kisah, takut malu tak takut dosa?

Apa bezanya sebelum dan selepas merdeka?
Penaik nafsu bermaharajalela Sana sini semua rakyat kenal
Di billboard, di kaca TV, dipanggung wayang pun ada.
Pasti mereka yang tertarik akan mencuba.

Apa bezanya sebelum dan selepas merdeka?