Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Friday, June 7, 2013

Siapa Sebenarnya Perompak?

Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank: 

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "
Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "
Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "
inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "
berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil "
Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "
sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?



credit - unknown

Monday, April 22, 2013

CHAMP20N!!! #GGMU #RedDevil #GloryGloryManUTD #ManUTD #ManchesterUnited

ASSALAMUALAIKUM.

3-0 kemenangan Manchester United mengalahkan Aston Villa serta menobatkan Manchester United juara Barclays Premier League buat kali ke 20. Penyerang terbaru Robin Van Persie menjaringkan Hatrick dan seterusnya menamatkan badi kemarau piala buat dirinya.

#GGMU #RedDevil #GloryGloryManUTD #ManUTD #ManchesterUnited



20 - Manchester United Champions: 
1908 1911 1952 1956 1957 1965 1967 1993 1994 1996 1997 1999 2000 
2001 2003 2007 2008 2009 2011 2013



Robin Van Persie. 
"3013 days at Arsenal. 0 PL titles. 248 days at Man Utd. 1 PL title."



JUARA WEIIIII... 20 KALI.
#INIKALILAH #JANJIDITEPATI  

Friday, March 29, 2013

Penangan

Assalamualaikum.

ada terjumpa 1 post ni



Dunhill Sekotak - RM 10.20


Sehari - RM 10.20 (boleh makan kfc satu set)
Seminggu - RM 71.40 (boleh isi minyak kereta penuh tangki)
Sebulan - RM 306.00 (boleh bayar duit kereta viva 9 tahun)
Setahun - RM 3723.00 (boleh bayar duit insuran nyawa)
5 tahun - RM 18615.00 (boleh pergi umrah)
10 tahun - RM 37230.00 (boleh buat duit muka rumah)
20 tahun - RM 74460.00 (boleh nikah 4)




satu je persoalan aku sekarang,
mereka yang sebaya or atas or bawah aku, yang tidak smoking ni,
kenapa tak pernah nampak diaorang kaya pown???
macam sama je dengan aku..

so tak leh la dikira kira2 ni..hehehe

Wednesday, December 19, 2012

KaHwin lebih!!!

Assalamualaikum semua 

POLIGAMI

mesti ramai yang takut dan tak suka dengan perkataan ini. terutama sekali perempuan. keh keh

Dalam antropologi sosial, poligami (dari bahasa Greek, ertinya perkahwinan banyak) merujuk kepada perkahwinan di mana seseorang itu berkahwin dengan beberapa orang sekaligus. Biasanya suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri. Ia merupakan lawan monogami. - sumber wikipedia




Allah Ta'la telah berfirman dalam Surah An Nisa': ayat 3 yang bermaksud:
" Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."

tapi aku bukan nak bincang pasal poligami or kahwin lebih ni..just nak kongsi sesuatu yang lucu 


SURAT UNTUK KAHWIN LAGI :-)




WAKAKAKA

source 

http://penpatah.blogspot.com/2012/12/wtf-surat-minta-kawin-satu-lagi.html



Monday, November 5, 2012

Jenaka LOGIK

Ada dua orang gadis yang cantik. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik(L). Mereka berdua berjalan pulang melalui jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba mereka perasan ada seseorang sedang mengekori mereka...

M : Awak perasan tak ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti kita kira-kira sejak tiga puluh lapan minit yang lalu? Aku kuatir dia bermaksud jahat.

L : Itu hal yang Logik. Aku rasa dia nak merogol kita la.

M : Alamak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15 minit dia akan berjaya tangkap kita. Adoh hai, apa yang harus kita buat?.

L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat.

M : Itu tidak banyak membantu laa, macammana ni.

L : Tentulah tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan berjalan lebih cepat.

M : Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua minit setengah je lagi...

L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Engkau ikut jalan kiri dan aku ikut jalan kanan.

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan kawannya.

Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh Syukur ya Allaaaaah.. Kawan aku tiba dengan selamat, Eh macamana cerita engkau kena ikut oleh lelaki tadi?

L : Yelah, Setelah kita berpisah dia terus mengikuti aku.

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan engkau?

L : Sesuai dengan logik aku, teruslah aku lari sekuat hati dan lelaki itupun lari sekuat tenaga jugak.

M : Dan... dan..

L : Sesuai dengan logik, dia berjaya mendekati aku ditempat yang gelap...

M : Jadik.. Apa yang engkau lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat aku lakukan, iaitu mengangkat kain aku tinggi-tinggi sampai nampak seluar dalam.

M : Alamak... jadik apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik... Dia bukak tali pinggang, bukak zip dan londehkan seluarnya...

M : Alamak... jadi apa yang berlaku?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat dari pada lelaki yang berlari sambil seluarnya terlondeh, langkah aku besar, tapi dia macam orang yang masuk pertandingan lari dalam guni... So akhirnya aku terlepas dari lelaki itu.

M: Ha ha ha ha Memang logik


- sumber

Thursday, May 17, 2012

4 Unsur...

Assalamualaikum
tengah godek-godek FB tetiba  jumpa pasal benda ni..link
so nak kongsi la sket..


anda yang mana??


(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan
(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas





dah tahu ciri anda yang mana?? sila tengok penerangan di bawah ;

Wednesday, April 25, 2012

Harimau Malaya

Assalamulaikum dan Salam 1Malaysia


malas nak sembang pasal isu semasa, 
so hari ini nak update pasal HARIMAU MALAYA,
kalau dekat Bandar Tun Razak,
bila sebut 1, 2, 4...akan bergemala bunyi aummmmmm...
hahaha


antara chant ULTRAS yang aku suka





Ole-Ole..
Ole-Ole-Ole-Ole
Berjuanglah
Pahlawanku…
Satukanlah Tekad Semangatmu
Kami Rela..Korban Nyawa
Demi Daulat Negara Tercinta 

Oooooooooooo MA! LAY! SIA!
Oooooooooooo MA! LAY! SIA!
Oooooooooooo MA! LAY! SIA!
Oooooooooooo MA! LAY! SIA!
Oooooooooooo MA! LAY! SIA!
Oooooooooooo MA! LAY! SIA!

Selamanya! Selamanya!
Selamanya Harimau Malaya
Takkan ada! Takkan ada!
Takkan ada Harimau Malaysia
Lelelelelelela Oooo Oooo
Lelelelelelela Aaaa Aaaa
Lelelelelelela Oooo Oooo
Lelelelelelelaa Harimau Malayaa Harimau Malayaa




nice kan!!! ada banyak lagi, tapi 3 ni yang aku minat..


ini pulak poster kegemaran aku..tapi aku tak ingat sumber dia dari mana, yang penting GOOGLE is my BESTFRIEND

Tuesday, April 17, 2012

Bila Semuanya Nak Diangkat Sebagai 'Pejuang'

Bila Semuanya Nak Diangkat Sebagai 'Pejuang'.

Saya kadangkala risau dengan situasi terkini keadaan di Malaysia.
Saya faham ada 'sebahagian' masyarakat bersemangat hendak menukar kerajaan.
Tetapi kadangkala saya lihat, hingga terlalu teruja, hingga sesiapa sahaja yang berani 'bersuara' atau 'menentang' kerajaan, dianggap sebagai pejuang dan wira.

Walaubagaimana pun dia.
Walau macam mana pun dia.
Walau bahasanya kotor,
walau akhlaknya tidak senonoh,
asalkan itu ditujukan kepada 'lawan',
semuanya di'halal'kan.

Ini pada saya kurang sihat.
Ini akan memberikan gambaran salah terhadap 'perjuangan'.
Yang melihat akan mula sangsi.
"Begitukah pejuang?"

Apatah lagi apabila diselitkan dengan laungan-laungan ketuhanan,
yang diselang seli dengan makian dan kejian,
nyata itu memburukkan keadaan dan pandangan.
"Begitukah pejuang Islam?" orang menambah.

Tidak salah hendak berjuang,
tidak salah hendak berusaha merubah keadaan.
Bahkan itu adalah perlu, sekiranya benar dan terbukti wujudnya kezaliman.
Tetapi,
apakah segala tindakan buruk kita, dihalalkan dengan niat?
Tidak. 

Bahkan, saya berulang kali menyatakan,
bahawa sekiranya kebenaran ini dibawa dengan akhlak yang buruk,
maka wajah kebenaran akan cacat!
Dan ini mempalitkan arang pada kebenaran,
sekaligus membuatkan orang lain kabur akan yang manakah kebenaran!

Justeru,
berhati-hatilah dalam mengangkat 'pejuang'.
Bukan semua yang lantang itu layak mendapat title itu.
Jangan teruja dengan keberanian seseorang, sesekumpulan.
Perhatikanlah 'akhlak'nya,
'bahasa'nya,
Itu semua adalah yang akan mewarnakan wajah perjuangan kita!

Jangan kerana kita berharap kita segera menang dalam beberapa hari,
hingga merasakan 'tidak mengapa' mengenepikan beberapa 'kebaikan' untuk mencapainya,
maka kita tewas untuk berhari-hari dalam tahun-tahun mendatang,
sambil memikul fitnah atas keburukan-keburukan yang kita rasakan tidak mengapa pada sebelumnya!
------------------------------------------------
Sebab itu pada saya,
perjuangan ini seni.
Seperti anai-anai, tidak berbunyi,
tiba-tiba, runtuhlah almari.

Dan itu nyata lebih menakutkan 'mereka'.



credit  - Facebook

Friday, February 17, 2012

Tangisan



terdapat 10 jenis tangisan dalam dunia ini iaitu:

1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati


2. Menangis kerana rasa takut


3. Menangis kerana cinta


4. Menangis kerana gembira


5. Menangis kerana menghadapi penderitaan


6. Menangis kerana terlalu sedih


7. Menangis kerana terasa hina dan lemah


8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang;


9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis


10. Menangis orang munafik – berpura² menangis..



Mana satu tangisan yang selalu terjadi pada kita dewasa ini?

 Nabi Muhammad Menangis mengenangkan umatnya iaitu KITA.. 
bagaimana pula dengan kita?




credit - OhAduhai

Tuesday, February 14, 2012

Kisah Dua Sahabat Karib


Ini sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir.
Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar, merasa sakit hati, tapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir :
HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENAMPAR PIPIKU.
Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, mencoba berenang namun nyaris tenggelam, dan berhasil diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai siuman & rasa takutnya sudah hilang, dia menulis di sebuah batu:
HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENYELAMATKAN NYAWAKU.
Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, “Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu ?”
Temannya sambil tersenyum menjawab, “Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya diatas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa baik terjadi, kita harus memahatnya diatas batu hati kita, agar takkan pernah bisa hilang tertiup angin.”
Sudahkah anda memaafkan kerabat dekat anda yang pernah menyakiti anda ?

“Never take someone for granted, Hold every person close to your heart, because you might make up one day n realize that you’ve lost a diamond while you were to busy to collect the stones”

Sunday, February 5, 2012

Tolong

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai YangMaha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...



credit - jom berdakwah di FB

Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul.

Salam maulidur rasul . Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim'

Apa itu hari Maulidur Rasul??
ianya merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.. Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah S.W.T.. Maklumat lanjut BACA SINI

Mengapa Kita Menyambut Maulidur Rasul??
Pondok Habib ada jawapannya.. pondok habib

"Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Muhammad), dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya."
(Surah al A’raf 157)




"SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW"

"AKU NAIK SAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH"

Friday, January 27, 2012

Petua Berhenti Rokok

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
entry hari ini, kita lanjutkan daripada entry sebelum-sebelum ini,, 
link 1 dan link 2..


check it out!!!



1. Melengah-lengahkan - Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga.

2. Tarik Nafas Panjang - Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya 3 kali dengan perlahan-lahan.

3. Banyak Minum Air - Minum air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Buat Sesuatu - Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar atau makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Kunyah Sesuatu - Kunyah sesuatu seperti gula-gula getah, lobak merah, buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan - Sekiranya anda berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan - Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa - Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

- sumber

Sunday, January 8, 2012

Mari ber"husnudzon" (bersangka baik).. :)

Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik
Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela

Mana kita tahu ... Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana kita tahu ... Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah
Mana kita tahu ... Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya
Mana kita tahu ... Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana kita tahu ... Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya

cdt - Fahmi Malik

Hidup ini indah jika bersama ALLAH

Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat..
ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya..

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan..
ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..

Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa..
ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..

Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil..
ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..

Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman..
ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki..

Hidup ini indah jika bersama ALLAH

Pantun :)

♥ indahnya hidup bersyariat ♥

BAJU NIPIS NAMPAK BAYANG,
PEHA GEBU SAJA DITAYANG,
LEBIH BAIK TAK PAKAI BAJU LAGI SENANG,
DAH TENTU BOLE TUNJUK TERANG TERANG

BAJU KETAT SELUAR PULAK SENDAT
PAKAI TUDUNG PULA JUST IKAT IKAT
DARI MULA MEMANG SANGAT BUKAN ADAT
DI SUDUT AGAMA PUN GAYA TAK BERKAT

TUDUNG JARANG BAJU NIPIS,
PAKAI SIKIT BOLE NAMPAK "GARIS',
MATA ORANG TERBELIAK, KITA MEMBENGIS,
BILA KENA KUTUK, KENAPA MENANGIS?

LENGAN PENDEK, BLAUS GANTUNG,
JEANS KETAT MELEKAT DI PUNGGUNG,
JADI ORANG ISLAM NI SEBENARNYA BERUNTUNG,
AGAMA TAK PENAH SURUH BERBUNGKUS MACAM POCONG

APA RASANYA, KEPALA BERTUDUNG, KAIN TERBELAH?
KALAU TAKAT RAMBUT ORANG KURANG GHAIRAH,
LAIN KALAU PEHA GEBU, ATAU TERNAMPAK LURAH,
MATA YANG MEMANDANG BOLE KELUAR DARAH

KEBAYA KETAT, KAIN TERBELAH,
IKAT TUDUNG PULA MACAM TAK SUDAH,
NAK IKUT SURUHAN AGAMA MEMANG TAK MUDAH,
TAPI ISLAM ITU SEBENARNYA TERLALU INDAH ♥


crdt to - Nik Ponique (fb)

Wednesday, December 28, 2011

Punca kerosakan akhlak remaja sekarang

Cinderella balik lewat malam..


Pinocchio menipu memanjang..

Aladdin suka mencuri..


Batman memandu 320 km/j..


Superman pakai underwear kat luar..


Sleeping Beauty pemalas asyik tidur..


Snow White tinggal serumah dgn 7 lelaki..



Mcm mana budak2 sekarang tak terpengaruh dgn perbuatan2 tak bermoral macam ni.

Saturday, November 26, 2011

Jika kau

*Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta.

*Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.

*Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.

*Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, maka pertahankanlah Islam dimata dunia


*Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak, maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.

*Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Pencipta.


*Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak, maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.

*Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH itu lebih mewah daripada segala-galanya.


*Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas….



credit - Faris