1. Aku mencintaimu bkn kerana kecantikanmu, aku mencintaimu bkn kerana kehangatan cintamu, aku mencintaimu bkn kerana cintamu, aku mencintaimu kerana cinta itu kamu
2. Aku membencimu kerana mencintaiku dan kamu mencintaiku kerana aku membencimu, kini aku sedar yang aku tidak boleh membencimu jika aku tidak mencintaimu..
3. Kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak cantik? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak pandai? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku gemuk? tetapi lebih teruk lagi kenapa aku juga boleh mencintaimu?
4. Seluruh dunia aku pergi tetapi hanya kau seorang sahaja yang ku temui berjaya menawan hatiku. tidak ada 2 dan 3 biarpun kamu hanya manusia biasa..
6. Jauh itu ada ruang yang memisah, jauh itu ada 2 hati yang terpisah.. apabila jauh itu ada rasa yang resah, apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah, apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah.. sumber: here
Assalamualaikum..
Teruja dan menarik melihat video lagu bangkit ni.
Memaparkan tulisan jawi. Lama rasanya tak melihat anak muda generasi sekarang mengguna pakai tulisan jawi.
Selamat menonton. Enjoy it :)
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit
Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka
Siap gerak gempur
Siap rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur
Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segorombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan ada yang berlobang
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar
Sabit kau umpama cahaya
Yang menyinari bumi
Kau umpama Hang Jebat
Yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata
Yang melindungi tanah
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa
Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman
Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langakah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak
Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar
Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Saya dengan rasa rendah diri mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat. Ribuan ampun maaf saya pohon. Sepuluh jari disusun mengharapkan keampunan.
Ahmad Shazali nama diberi, orangnya segak tinggi bertenaga, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Maaf zahir batin dari saya sekeluarga.
Assalamualaikum dan Salam Perjuangan semua sudah lama rasanya tidak menulis di blog sendiri ini. almaklumlah kesibukan tahap tinggi kian melanda, hari tu sibuk menghadapi peperiksaan akhir, dan sekarang sibuk dengan latihan industri namun, dalam kesibukan ini, aku masih mencari ruang dan masa dalam memantapkan lagi pergerakan nanti. memang aku lama mendiam, tiada khabar berita namun diamku bukan bererti aku berundur bukan bermakna aku menyerah kalah. pada aku, lebih baik kita diam, daripada kita melalak, kita menyalak tapi satu kerja pown tak jalan "cakap lebih, habuk pown tarak" so, insyaAllah kemenangan akan bersama kita semula Teguhkan kembali perjuangan Satukan kembali ikatan persaudaraan Bersama kita memastikan kemenagan ini milik kita Teguh Setia Bersatu