p/s - gua try test pakai adobe and photoscape..still newbie still in learning process
Thursday, May 31, 2012
Wednesday, May 30, 2012
Kenapa Ada Hindraf
Kenapa ada Hindraf
kerana Melayu sudah layu
Melayu tidak kenal Melayunya
pokok mula sejarah Melayu telah terburai
terbarai di pintu kebebalan dan kebodohannya
yang tidak mengenali akar ketamadunan Melayu
dari sumpah setia Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun
".....jika ada antara anak cucu bapa kita yang mengkhianati perteguhan ini, maka akan diterbalikkan kakinya (tiang) ke atas, dan bumbung (kedaulatan) yang memayunginya akan rebah ke bumi"
Itulah sumpah setia waad teguh janji
antara yang memerintah dan pendukung sebuah pemerintahan
Akar kedaulatan Melayu
adalah ketuanan Melayu
terhadap negara Melayunya
yang bernama Tanah Melayu
Bahasa Melayu
budaya Melayu
tidak pernah dituankan, didaulatkan
oleh pemimpin Melayu yang telah berpaling dari Melayunya
maka benih petualang mula berani
memijak-mijak dan bersorak gempita
kerana Melayu sudah malu menjadi Melayu
Itulah yang sedang menganak sungai
dalam benak dan jiwa pemimpin
yang masih mengaku sebagai Melayu
biarkan, biarkan, biarkan....biarkan dia mati sendirikalaupun tidak dipanah petir atau halalintar!
(Khalid Salleh-Rumah Pena KL)
Tuesday, May 29, 2012
Monday, May 28, 2012
Budak Baru Belajar :)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia.
Dah tak tahu nak tulis pasal apa..so aku buat keputusa nak show off gambar aku dalam keadaan yang ada blazer, kot, jaket..haha saksikan..
tak hensem mana pown :P
Dinner
Program
Parlimen
Parlimen
Blur~
Program Himpunan Bintang
Media Sosial
Program TSB
Pasport style
Presentation
Dinner
Pasport style
PSIS
p/s - lepas ni kerja aku nak bergaya then tangkap gambar banyak2...:p
WWW 1
Kawan cuma nak kata sikit saja, "Kalau orang biasa beli no plat mahal dikatakan orang tu kerja keras, Kalau pemerintah beli no plat mahal dikatakan pemerintah tu makan duit rakyat?". Macam tu la pula eh.
Sebenarnya Keluarga Diraja Johor dari dulu lagi ada bisnes sendiri. Semenjak zaman Almarhum Sultan Iskandar lagi kita sudah disajikan dengan cerita yang memeranjatkan seperti Yang Dipertuan Agong Ke-8 mendermakan kesemua elaun kepada badan kebajikan sebanyak RM3.8m sehinggakan Almarhum dilabelkan sebagai "Raja Yang Tak Bergaji".
Sifat ini diwarisi oleh Sultan Ibrahim, contoh yang kita tahu Sultan Johor kurnia 11 kereta, 8 Harley Davidson kepada PDRM. Jika difikir logik, mengapa nak beli kereta atau no plat guna duit rakyat lagi?
Dan anda juga perlu ingat Sultan Johor mempunyai kekayaan mereka sendiri. Malah Sultan Sir Ibrahim moyang Sultan sekarang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia satu masa dahulu.
Dan bila anda baca senarai yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan "Senarai Permohonan Tender Yang Berjaya" anda dapat lihat diatas sekali tertulis "D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM JOHOR". Kawan fikir, Johorean tak terperanjat pun, sebab memang percaya Tuanku mampu. Dan berbalik pada senarai tersebut, itu menunjukkan yang Tuanku menggunakan saluran dan prosedur yang betul apabila berurusan dengan kerajaan. Tuanku tidak menggunakan kedudukan baginda untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.
sumber - FB
p/s - pesanan saya semudah ABC sahaja, guna akal sebelum berkata-kata. DYMM Sultan Johor memang mampu untuk membeli harga dan dia membida sama seperti pembida yang lain. Kalau ditakdirkan yang menang bidaan itu, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Lim Guan Eng, Lee Kuan Yew mahupun Ustaz Haji Hadi sekalipun, adakah tetap dikatakan memakan duit rakyat??? Konsep pemikiran yang semakin sempit. Buka minda jangan tertutup dengan pemikiran parti politik. Guna Minda untuk berfikir sebelum memulakan kata-kata..
boleh ikuti luahan rasa rakyat johor - Paduka Pulai
Sunday, May 27, 2012
31 8 57
Rahsia Tarikh Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
31 08 57 - Rahsia Angka 857 adalah tahun pembukaan Kota Konstantinople oleh Raja Muhammad Al Fateh iaitu tahun 857 Hijrah/1453M. Rahsia Angka 108 adalah 10 Ramadhan 8 Hijrah iaitu pembukaan kota Mekah. Rahsia Angka 31 pula adalah nilai numerik Alfabet Arab iaitu AL ( Alif dicampur dengan Lam nilainya ialah 31).
Selain daripada itu rahsia angka 857 dalam nilai numeric Arab ialah Baldatun Toyyibatun. Ba + Lam + Dal + Ta, + Tho + Ya + Ba + Ta (2 + 30 + 4 + 400 + 9 + 10 + 2 + 400 = 857) Rahsia angka 31 adalah nilai AL. Alif + Lam ( 1 + 30 = 31)
Maka maknanya tanggal 31 bulan 08 tahun 57 ialah AL-Baldatun Toyyibatun (Si Negeri yang baik aman dan makmur).
sumber - FB
p/s - semoga Malaysia akan terus kekal aman makmur sentosa sentiasa. Kepada petualang negara, hentikan menghancur gugatkan keamanan negara. Rakyat mahukan negara yang aman makmur bukan negara yang penuh dengan skandal, penipuan dan LGBT.
Selain daripada itu rahsia angka 857 dalam nilai numeric Arab ialah Baldatun Toyyibatun. Ba + Lam + Dal + Ta, + Tho + Ya + Ba + Ta (2 + 30 + 4 + 400 + 9 + 10 + 2 + 400 = 857) Rahsia angka 31 adalah nilai AL. Alif + Lam ( 1 + 30 = 31)
Maka maknanya tanggal 31 bulan 08 tahun 57 ialah AL-Baldatun Toyyibatun (Si Negeri yang baik aman dan makmur).
sumber - FB
p/s - semoga Malaysia akan terus kekal aman makmur sentosa sentiasa. Kepada petualang negara, hentikan menghancur gugatkan keamanan negara. Rakyat mahukan negara yang aman makmur bukan negara yang penuh dengan skandal, penipuan dan LGBT.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















