Saturday, April 30, 2011

1st Tyme

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. 

Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya. Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. 

Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda 

Fakta Lawak

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita
.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Friday, April 29, 2011

Facebook User

Antara contoh2 facebook users...aku rsa ramai kowt yang jenis mcm ni or ada antara frenz list kowg yg suka wat bnd2 cmni...hahhaa now let see it...enjot =)

Couple dan definisinya...

Couple atau pasangan merupakan perkara lazim yang kita leh lihat dalam dunia skrg..dari budak sekolah smpai ke orang tua..mesti akan leh kita nmpk couple yg mcm belangkas..hahahaa now lets enjoy with diz  Couple Dynamics..Thanx to http://akuserabut.blogspot.com


LOL...=)

Energy Saver..

Poster yg diguna pakai di Jepun dalam menggalakkan masyarakat untuk join Earth Hour..Agak stylish ...i like =)...



Thursday, April 28, 2011

KAWAN - KAWAN

kadang2 kawan tuh mcam MAGGI, time susah kita cari
kadang2 kawan tuh mcam CHIPSMORE, sekejap ada sekejap takda
kawan juga kadangkala mcam ASTRO, macam macam ada
tetapi buatku, kawan tuh seperti L'OREAL, *kerana dirimu begitu berharga*


Sesungguhnya persahabatan itu
lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan
berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu
hargailah persahabatan yang terjalin

Seorang sahabat adalah yang dapat
 mendengarkan lagu didalam hatimu dan 
akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa 
akan bait-baitnya


*sambungan dari Kawan 

Kentut dan Najis

Aku jumpa bnd alah ni dkt blog http://belogbagus.blogspot.com..style gak bnd nie...
jom kita usha sama2..
1st kta mula dgn kentut..=) (aku amik direct dari blog 2)

Sperma!

Ilmu yang sesuai dikongsi bersama kaum Adam..=) enjoy it..
ini aku kongsi bkan saja2 tp bnd ni penting gak kowt..=)

The Scoop on Semen

Pesanan buat semua Lelaki, Jangan Bazirkan Sperma anda..
Credit to = http://belogbagus.blogspot.com

Wednesday, April 27, 2011

To My Love

Khas untuk mereka yang bercinta, yang berskandal dan sewaktu dengannya
jumpa dia  - http://blogserius.blogspot.com



and pic last psal prangai lelaki yg sebenar..hahaha

Sex Is No Accident

Adakah Ia Pernah terjadi...Iklan dari MTV Switzerland untuk kempen seks secara selamat. Dengan tagline "Sex Is No Accident; Always Use A Condom". ia memaparkan gambar bagaimana sex berlaku ecara kemalangan..namun ironinya tiada lgsg perkara sebegitu..Sex berlaku dengan perancangan, bukan secara kemalangan.. =) Jauhi diri daripada zina..

Lovely Words



good saying
Always try to help a friend in need





Believe in yourself



Be brave...but it's ok to be afraid sometimes




Tuesday, April 26, 2011

IF I AM RICH

IF I AM RICH . . .!!! 


I will buy Moonlight

Pemikiran Lelaki dan Perempuan

1. MENINGGIKAN SUARA
P=Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

L=Kalau tinggikan suara dikatakan ego.
Kalau rendahkan suara cakap perlahan dikatakan macam cakap dalam kelambu.
Kalau halus suara dikatakan pondan !!

2. MAIN KAYU TIGA
P=Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
L=Yang menggoda lelaki tu…. bukan perempuan ker? Kenapa dah tau lelaki tu ada awek pun pompuan sanggup goda lelaki? Nak salah laki juga ker? Lain ler kalau yang mengoda laki tu si jantan jugak!!

3. SUKA ‘CUCI MATA’

P=Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun
sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
L=macam ler pompuan tak penah cuci mata !! Siap boleh cakap ‘ alamak hensemnya !” depan bf sendiri. Ada lelaki marah ker? Lelaki cool jer la…. tak rasa tercabar pun….

4. MENGONGKONG
P=Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu?
L=Kalau kita tak tanya , tak ambil tau dikatakan tak caring la… tak romantik la…. macam-macam tak lagi la…. Dah ambil tau…dikatakan mengongkong!! Saja nak cari gaduh la tu…!!

Monday, April 25, 2011

Pelajar UNIVERSITI xleh lulus..

Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,

Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…

Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira!

Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.

Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.

Bila dah gila komputer dan internet

Bila Dah Gila Komputer Dan Internet

Bila dah gila komputer dan internet... Kemana sahaja mesti nak bawa komputer.



Bila Dah Gila Komputer Dan Internet
Bila dah gila komputer dan internet...nak tinggalkan komputer sesaat pun tak boleh

Sunday, April 24, 2011

Oh Ibu..

"syurga itu ditelapak kaki ibu" I love you
Orang kata aku lahir dari perut ibu!!
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu!!
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu!!
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu!!
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut..Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. ibu!!
Bila nangis, orang pertama yang datang..ibu!!
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu!!
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu!!
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu!!
Bila nakal, yang memarahi aku …ibu!!
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu!!
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu!!
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu!!
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu!!

Warisan (Anak Kecil Main Api)



Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang


Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman



Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Saturday, April 23, 2011

SamDol

SAM: Kenapa kau cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
 
============ ========= ========= ===== 
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit!! 

============ ========= ========= ===== 
SAM: Kau kata ikan emas peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku jumpa ia mati dalam air!
 
============ ========= ========= ===== 
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku. 

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
 
============ ========= ========= ===== 
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal? 

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!
 
============ ========= ========= ===== 
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: kena marah adalah! Api rumah aku dah kena potong lah, lupa nak bayar bil elektrik!
 
============ ========= ========= ===== 
DOL: Ko ada AIDS kan?
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu... 

============ ========= ========= ===== 
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat Batuk dengan lebih baik lagi.
 
============ ========= ========= ===== 
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"...degil!
 

Friday, April 22, 2011

Melayu


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Surat Untuk Ayang

“Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang. Time tu kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan kite, kite dah penat nak layan. Ayang call kat kite kite malas nak jawab. Tang mane erk kite sayang kat ayang? Semalaman kite duk pk soalan tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kite kat ayang sangatla kerdil. Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? Tak tahula, setahu kite: 

1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap sem kite dapat Anugerah Dekan. 
Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem kite repeat paper.

Sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang, 
keluar makan lagi nak mintak duit ngan emak kite. 

Cool And Creative Idea

 diz is style!!


 Unic,,

Thursday, April 21, 2011

25 Jenis Perempuan Yang Lelaki Menyampah.

1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..kau nak jadi pornstar eh?

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..bodoh

4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam shit kau tahu tak

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying taek!

6. Kau pakai baju nampak lurah tetek kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa sial.

7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett

8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..lagi-lagi kalau lepas duduk, terselit 'celapong' (celah ponggong a.k.a pungkoq)

9. Macam shit bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^'

10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'

11. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri..padahal 2 3 plastik je..tu pun nak suruh balak kau..balak kau nyampah ok..bukan suka pun

12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..ape doh perangai kau



20 Senarai Lelaki Bajet Malaya


  1. Kau yang cakap dirty dengan kawan-kawan & kuat-kuat konon nampak kool & sempoi padahal kau nampak bodoh
  2. Kalau text ngan laki, bahasa rilex & ok..tapi bile text ngan gadis, "macam manew niew..i segan lew nark kuar ngan u..hukhuk..^__^" macam shit doh konon menepati citerase gadis itu
  3. Rambut kau menjadi masalah disamping keutamaan..payah lah kalau berangin sikit kau pegi sliding door or cermin kereta cepat-cepat semata-mata nak repair rambut kau..kalau jalan tepi bende bercermin pun nak jeling tengok rambut..ape doh
  4. Kau dah famous ngan sikap sempoi..tapi kau agak-agak lah kalau nak kuar g tengok wayang pun pakai short..kemas sikit pakai jeans pun ok lah..asal? bulu kaki kau rebonding eh? aq tengok sendiri pun jijik
  5. Tak payah budget nak sempoi & kool sangat lah bile kau pakai beg,accessories pink konon kau ni jambu & metroseksual tapi kulit hitam berminyak..wekks
  6. Kau kutuk kawan lelaki sendiri yang muka berjerawat konon kulit kau bersih pakai Fair&Lovely..lelaki lagi awesome bile ada jerawat
  7. Bila kau lepak ngan gadis, kau steady..tapi bila member lalu depan selamba "i tak kenal dia"..kalau angkat pun muka macam nak tak nak je
  8. Sopan ngan girls hot..tapi kurang ajar ngan yang lain..tak kira lah lelaki sendiri or gadis yang gemok & tak cun..cam aram
  9. Menggelabah nak belanja gadis gebu kat fastfood..bila kawan sendiri mintak belanja Coke alasan kau macam shit
  10. Pakai barang branded..Adidas, COnverse, Top Man, Levis, Casio, Okley..lepastu kau nak gampang-gampang ngan member kau yang pakai sliper Sufian ngn baju pagoda

PeLiK TaPi BeNaR!!

Pelik ya,
 duit RM50 kelihatan begitu besar bila di bawa ke kotak derma masjid,

Tapi
 begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.



Pelik ya,
 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir,
Tapi 
betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.



Pelik ya
betapa lamanya satu jam berada di masjid,
Tapi
betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.



Pelik ya
tak sampai 30 minit dengar khutbah jumaat, dah rasa jemu,
Tapi 
tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali – kali.



Pelik ya,
dengar iklan jualan murah dalam TV, rasa tak sabar – sabar nak pergi beli belah,
Tapi
dengar laungan azan tak sabar – sabar nak tukar channel lain.



Pelik ya
pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi,
Tapi
masjid dekat dengan rumah rasa berat pula kaki nak melangkah pergi.



Pelik ya
susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat,
Tapi 
betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan – kawan.



Pelik ya,
 betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita,
Tapi
betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.



Pelik ya,
 rasa susah sungguh untuk habiskan al – Quran walau satu halaman,
Tapi 
majalah hiburan dan novel best – seller 100 halaman pun habis dilahap.



Pelik ya,
 ramai orang berebut paling depan untukmenonton bola atau konsert,
Tapi 
berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.



Pelik ya
susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
Tapi
mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gossip.



Pelik ya,
 kita begitu percaya pada yang dikatakan di email yang terpampang di internet,
Tapi
kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al– Quran.



Pelik ya
kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai dalam email,
Tapi
 bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.



Pelik tak kita…?



Tepuk dada… tanyalah iman di hati.