Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
TANGGAL 11 APRIL 2012, SATU RUNDINGAN MEJA BULAT PTPTN ANJURAN BIRO IPT PEMUDA UMNO YANG DIPENGERUSIKAN OLEH YB KHAIRY JAMALUDIN.
SETELAH BERBINCANG BERHUJAH DAN MENELITI FAKTA-FAKTA YANG ADA SERTA SESI SINDIKET YANG DILAKUKAN BERSAMA-SAMA PTPTN MAKA KAMI AHLI-AHLI MEJA BULAT DENGAN INI SEBULAT SUARA MEMUTUSKAN BAHAWA PTPTN HENDAKLAH DIPERTAHANKAN KEWUJUDANNYA SERTA MENAMBAHBAIK FUNGSINYA BAGI PENJAMIN KELANGSUNGAN AGENDA PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA.
DARI ITU KAMI BERPENDAPAT
DARI ASPEK PINJAMAN
1. MEJABULAT MENCADANGKAN BAYARAN PERKHIDMATAN 1% YANG DIKENAKAN KEATAS PEMINJAM PTPTN DIMANSUHKAN
2. BAGI MENAMPUNG KEPERLUAN KOS PENGURUSAN PTPTN MEJABULAT MENCADANGKAN AGAR KERAJAAN MENYEDIAKAN DANA DIBAWAH PERBELANJAAN MENGURUS TAHUNAN ATAU MENDAPATKAN TAJAAN DARIPADA GLC DAN SYARIKAT-SYARIKAT UTAMA DALAM NEGARA
3. SKIM INSENTIF PERTUKARAN PINJAMAN KEPADA BIASISWA YANG DI BERIKAN KEPADA PELAJAR CEMERLANG HENDAKLAH DIHENTIKAN ATAU DIKAJI SEMULA MENGGUNAKAN MEKANISMA YANG LEBIH RASIONAL BAGI MEMASTIKAN KEADILAN KEPADA SEMUA PEMINJAM DISAMPING MENGELAKKAN HAKISAN DANA PTPTN YANG BERKONSEPKAN PINJAMAN
4. KEMUDAHAN PINJAMAN PTPTN JUGA HENDAKLAH DIPANJANGKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG MENYAMBUNG PELAJARAN MEREKA DILUAR NEGARA KHASNYA DITIMUR TENGAH
5. PINJAMAN BAGI PEMINJAM DARI SABAH DAN SARAWAK UNTUK BELAJAR KE SEMENANJUNG DAN SEBALIKNYA HENDAKLAH MELIPUTI HARGA TIKET PENERBANGAN 2 KALI SETAHUN
DARI ASPEK PEMBAYARAN
6. ROMBAKAN TERHADAP SISTEM BAYARAN BALIK PINJAMAN HENDAKLAH DILAKUKAN DENGAN MENGAMBIL KIRA PERKARA-PERKARA BERIKUT :
a)BAYARAN PINJAMAN MULA DIBUAT APABILA PEMINJAM TELAH BERKHIDMAT MELEBIHI 6 BULAN ATAU TELAH MEMPUNYAI PENDAPATAN RM3000 KEATAS YANG MANA TERKEMUDIAN BAGI MENJAMIN TEMPOH KELEGAAN PEMINJAM.
b)KAEDAH BAYARAN BALIK HENDAKLAH DIKAJI SEMULA DENGAN MENGAMBIL KIRA MEKANISMA PEMBAYARAN SEPERTI KWSP DAN LHDN DISAMPING KEMUDAHAN PEMBAYARAN MELALUI SISTEM E-PAYMENT SEDIA ADA.
c)INSENTIF PELEPASAN CUKAI DIPERKENALKAN KEPADA MAJIKAN-MAJIKAN YANG BERSEDIA MENJELASKAN BAYARAN PTPTN PEKERJA MEREKA.
d)KAEDAH MENYENARAI HITAM PEMINJAM YANG MENYEBABKAN KEBEBASAN PEMINJAM SEPERTI URUSAN KELUAR NEGARA ATAU MEMBUAT LAIN-LAIN PINJAMAN HENDAKLAH DIMANSUHKAN.
DARI SEGI TABUNGAN SSPN
7. KERAJAAN HENDAKLAH MENYALURKAN DANA RM 100 YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA MURID-MURID SEKOLAH TERUS KEPADA PTPTN BAGI TUJUAN PEMBUKAAN AKAUN SSPN
DARI ASPEK KOMUNIKASI
8. PEMINJAM DAN PTPTN HENDAKLAH MELAKSANAKAN UPACARA AKAD UNTUK MEMASTIKAN PEMINJAM SEDAR BAHAWA PINJAMAN PTPTN PERLU DIBAYAR SEMULA
9. PTPTN HENDAKLAH MELAKSANAKAN PROMOSI DAN MENYEBARLUAS SEGALA MAKLUMAT YANG TEPAT KEPADA PEMINJAM DAN MASYARAKAT AGAR KEFAHAMAN TERHADAP FUNGSI DAN KEDUDUKAN PTPTN DAPAT DIFAHAMI
10. PTPTN HENDAKLAH MENGGUNAKAN SECARA MAKSIMA MEDIA BARU AGAR SEGALA AKTIVITI PROMOSI DAN PENYEBARLUAS MAKLUMAT AKAN LEBIH BERKESAN
11. PTPTN PERLU BERSEDIA UNTUK MENYEDIAKAN PINJAMAN BAGI SARA HIDUP SEANDAINYA KERAJAAN MEMUTUSKAN UNTUK MEMBERIKAN PENDIDIKAN PERCUMA DI PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI
p/s - alhamdulillah, rundingan dan hasil resolusi ini lebih relevan berbanding dengan kaedah penghapusan terus PTPTN. tahukah anda bahawa disebabkan oleh PTPTN, maka lebih ramai graduan profesional yang dilahirkan berbanding sebelum wujudnya PTPTN. PTPTN bukan bertujuan membebankan mahasiswa, ianya adalah alternatif terbaik kerajaan dalam melahirkan lebih ramai graduan yang mampu menjejaki menara gading. terpulanglah kepada anda untuk menerima atau menolak pinjaman PTPTN pada awal kemasukan ke peringkat pengajian.
TEGUH SETIA BERSATU