Assalamualaikum dan Salam Perpaduan..
Entry kali ini aku nak berbicara mengenai Himpunan Malaysia Bangkit..
himpunan yang berlangsung di Dataran Merdeka pada 14 April 2012, isu yang di bawa adalah mereka menggesa Pendidikan Percuma dan Mansuhkan PTPTN.
baiklah, aku tiada nak ulas apa pasal himpunan ini cuma aku tertarik apabila muka rakan aku waktu di PSIS masuk dalam akhbar UTUSAN MALAYSIA. perghhh power seyh member aku sebab dapat keluar akhbar kerana himpunan ini..wa bangga sama lu..
bangga sebab ape nak tahu?
1) Masa kita sama-sama belajar di PSIS dulu, duit yang ko guna untuk bayar yuran semua, ko minta pinjaman PTPTN..kenapa masa itu ko tak minta yayasan KUOK ke? yayasan Bukhari ke? MARA ke? JPA ke? sedangkan ramai je teman kita minta biasiswa lain, tapi ko keras gak nak ambil PTPTN. sebab PTPTN la pinjaman yang paling senang nak dapat, tak perlu interview, tak perlu jaga pointer..duit masuk je janji lepas 2.0.. betul tak??
2) ko minta mansuh PTPTN, sebab ko rasa charge dia mahal kan?? ko ingat tak duit yang ko pakai masa ko belanja awek ko dulu pakai duit PTPTN..masa ko bertukar-tukar awek dulu, duit PTPTN ni la yg ko jaja nak pikat gadis dulu. siap bawak keluar ke sana sini..siap guna bawak tengok wayang lagi..jangan kata tiada, sebab benda itu yang ko hebohkan dulu..so kenapa sekarang minta mansuh??dah cukup kaya nak belanja awek-awek ko tu?? dan masih ingatkah ko, waktu ko susah, ko minta pinjam wang daripada kawan2 ko dulu?? duit yg kawan2 ko bagi pinjam yang sampai sekarang ko tak bayar lagi tu adalah duit PTPTN ko taw tak??bukan duit simpanan kerja diorg tapi duit pinjaman PTPTN..
3) ko kata kerajaan sekarang tidak perjuangkan agama ISLAM sepenuhnya..aku tanya balik ko perjuangkan ke ISLAM sepenuhnya?? waktu ko usung anak dara orang ke hulur hilir dulu, ada ko cakap pasal ISLAM??tiada pown..yang ko cakap layan doh dapat peluk2..sedangkan waktu tu lagi ko dah tunjuk ko sokong parti yang memperjuangkan ISLAM.. dan waktu himpunan tu, kenapa ko tak tegur mereka yang mengkalungkan bunga pada potret pemimpin kita, tiada langsung unsur ISLAM disitu??so apakah perjuangan ko yang sebenar???
4) last sekali, wah hebat aku tengok ko boleh bercamping bersama mereka di dataran merdeka yerk..dulu waktu kita belajar, program yang ada camping-camping ni abes ko cantas, nak wat pgrm camp je mesti ko kata tak nak,.lagi syok layan dok hostel or bilik berhawa dingin..tapi sekarang dah boleh camp bagai..tahniah ada kemajuan untuk ko..cuma aku pelik camping dkt dataran merdeka tu apa ko dapat??tak dapat rasa pown suasana camping sebenar..baik ko ikot aku g hiking..lagi layan beb..
p/s - aku bukan nak aibkan ko, tapi aku nak ko sedar, apa yang ko buat tu tak sepadan dengan apa yang ko dah buat.. ko pinjam PTPTN, tapi ko tak nak bayar PTPTN. ko terlompat-lompat waktu duit PTPTN masuk, sekarang ko terkinja-kinja nak mansuhkan PTPTN. sedarlah wahai kawan. ko tu MELAYU..jangan sampai jadi MELAYU yang mudah LUPA.
No comments:
Post a Comment
Ini adalah laman peribadi saya, anda berhak komen tapi jangan mengharapkan balasan komen dari saya..sekian