Monday, January 2, 2012

Mahasiswa dan Rusuhan

Sejak aku menjejaki alam universiti, aku dipanggil mahasiswa..
apa itu mahasiswa??aku sendiri tidak tahu..
aku masuk atas tiket pelajar yang mahu mengikuti pengajian peringkat Ijazah..
dari tahun 1 hingga tahun 3, apabila sebut mahasiswa mesti aku ingat rusuhan..
hahaha
siapa ahli rusuhan? yang pasti ynag menggelarkan diri mereka Pro-M (Pro Mahasiswa)..
kadang-kadang ada SMM, BEBAS, KAMI, ABU, GMUKM, GAMIS, dan yang seangkatan dengannya.
siapa dalangnya?? mereka yang menggelarkan diri mereka PR (pakatan rakyat)
kadang-kadang dalamnya ada PAS, DAP, PKR, BEBAS, PEGUAM dan yang seangkatan..
hahaha PRO -M anak didik PR

Rentetan rusuhan mahasiswa

UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia)





yang ini bukan rusuhan, (ini adalah solat yang diadakan bertempat di sebelah masjid).. kenapa tidak dibuat di dalam masjid??

UPM (Universiti Putra Malaysia)







UIA (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)










UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris)








RUSUHAN PALING HANGAT (BERSIH 2.0)







Masihkah anda ingat dengan rusuhan di UKM?
Masihkah anda ingat rusuhan di UPM?Masihkah anda ingat rusuhan di UIA?Tentu ada masih ingat rusuhan di UPSI? Semuanya melibatkan mahasiswa..
Katakan tidak pada rusuhan..
Mahasiswa anti rusuhan..
We are silent majority

KATAKAN TIDAK PADA PRO-M
 (PRO MAHASISWA JALANAN)
KATAKAN TIDAK PADA PR 
(PEROSAK REMAJA DAN MAHASISWA)

Sunday, January 1, 2012

Ombak Rindu


IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


Read more: http://www.enciknakal.com/2011/11/novel-ombak-rindu.html#ixzz1iEdB8Eut

Ekspedisi Jeram Toi

Assalamualaikum dan Salam perpaduan..

Alhamdulillah, plan yang dirangka secara tiba-tiba berjaya dilaksanakan..
asalnya aku, bob dan sopie berbincang di kedai cendol depan Hitachi tentang plan ini.
balik terus create event then esok pagi terus bergerak.
punca utama nak hilangkan stress nak exam + saja-saja nak main air..
nak pergi gabai, congkak dan tekala tapi semua cakap tak syok..
so we decide to Jeram Toi

tanggal 29 Disember 2011, kitaorang pun mengorak langkah ke jeram toi
asalnya kitaorang nak bergerak pukul 6.30 pagi, tapi disebabkan masalah teknikal,
kami bergerak lewat. jam 8.00 pagi baru bertolak.
7 biji motor berkonvoi dari Universiti Kebangsaan Malaysia menuju ke Jeram Toi.
12 orang kesemuanya.

mereka yang terlibat pergi Ahmad Shazali (panjang), Mohd Zuhdi (bob), Herwanto (ryan), Hafiz zakaria (pisang), Yasir Yusoff (apek), Saufi Mutalib (sopie), Fahmi Malek (Donic), Saiful (epul), Raja Izzul Hazwan (Jambu), Baihaqi mohd amin (aqi), Syazwani (awek raja) dan Nor Najwa (comot).

Sebelum bertolak kami berhenti di Restoran Fariz Maju (Seksyen 15) untuk bersarapan. dan kemudian tepat jam 8.00 kami bergerak menuju ke destinasi. perjalanan yang jauh dan mencabar. macam-macam adegan ada. kejap di depan kejap di belakang. semua kelihatan gembira.. :)

jam 9.00 pagi kami tiba di Jeram Toi..parking motor dan menapak ke atas. akhirnya tempat mandi kelihatan.
tapi ramai yang segan silu nak mandi sebab air yang terlalu sejuk..serius aku menggigil..sejuk dia perghhh sampi ke tulang.. time kami sampai tiada lagi orang nak mandi manda..



main selam, main renang berganti-ganti, main angry bird versi manusia, main gelongsor dan main menara manusia. haha macam-macam karenah ada..

tapi ini lah cabaran kami. budak-budak TSB yang sentiasa open minded dan senang berbincang.
semoga aktiviti ini, dapat diteruskan bersama.


TEGUH SETIA BERSAMA

Adam Adli : Kebebasan Berakademik

Adam Adli satu nama baru dalam dunia baru..
Siapa dia Adam Adli ni?? meh story sket..

Adam Adli merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mengambil jurusan TESL.
Dia menjadi terkenal hanya kerana keberanian dia membawa gerakan "BEBAS" yang memperjuangkan "KEBEBASAN AKADEMIK(MANSUH AUKU)"..Dia bertindak menurunkan bendera Dato Seri Najib Tun Razak dihadapan bangunan UMNO dekat dengan Putra World Trade Center (PWTC)..

Wajah Adam Adli

Bendera yamg diturunkan.

Hebat dia ni, kerana dia berani menurunkan bendera PM..(bak kata sorg kawan, dia adalah LELAKI).

Hari ini, tepat 1 Januari 2012, dia dan sekutunya telah menggegarkan Malaysia dan UPSI..
dia dengan bangga membawa rakan-rakannya berdemontrasi di hadapan UPSI..
perghh lu memang power beb..wa salute sama lu..
tapi tak lama selepas itu, dia di tahan di LOKAP BALAI POLIS TANJUNG MALIM
(bakal cikgu masuk lokap??contoh terbaik untuk anak didik dia nanti)
Dalam Lokap

akibat dari rusuhan itu, kawan dia saudara Safwang Anang telah cedera (koma dan nazak katanya)..

ni la yg nazak.!!!

satu lagi gambar "nazak"

akhirnya yang nazak kembali senyum..

hahaha itulah cerita si adam adli..cerita dia di adaptasi dari cerita anwar ibrahim

bukti 1 adam n anwar

2nd prove.

so disini nampak bukan kebebasan akademik yang dibawa tapi politik akademi..
menarik bukan?? mahasiswa digunakan untuk politik songsang anwar..
Anwar cuba mengaburi mata semua tentang dirinya pada 9 Januari nanti..
minta simpati rakyat la tu..huhuuhu

p/s - Adam Adli anda tidak mewakili suara majoriti mahasiswa, anda hanya mewakili suara rakan-rakan seangkatan anda.. ramai mahasiswa tidak bersetuju dengan cara anda..so sila lah berhenti nak perjuangkan mahasiswa.. mahasiswa tak perlukan pejuang macam anda.