Sunday, January 1, 2012

Ekspedisi Jeram Toi

Assalamualaikum dan Salam perpaduan..

Alhamdulillah, plan yang dirangka secara tiba-tiba berjaya dilaksanakan..
asalnya aku, bob dan sopie berbincang di kedai cendol depan Hitachi tentang plan ini.
balik terus create event then esok pagi terus bergerak.
punca utama nak hilangkan stress nak exam + saja-saja nak main air..
nak pergi gabai, congkak dan tekala tapi semua cakap tak syok..
so we decide to Jeram Toi

tanggal 29 Disember 2011, kitaorang pun mengorak langkah ke jeram toi
asalnya kitaorang nak bergerak pukul 6.30 pagi, tapi disebabkan masalah teknikal,
kami bergerak lewat. jam 8.00 pagi baru bertolak.
7 biji motor berkonvoi dari Universiti Kebangsaan Malaysia menuju ke Jeram Toi.
12 orang kesemuanya.

mereka yang terlibat pergi Ahmad Shazali (panjang), Mohd Zuhdi (bob), Herwanto (ryan), Hafiz zakaria (pisang), Yasir Yusoff (apek), Saufi Mutalib (sopie), Fahmi Malek (Donic), Saiful (epul), Raja Izzul Hazwan (Jambu), Baihaqi mohd amin (aqi), Syazwani (awek raja) dan Nor Najwa (comot).

Sebelum bertolak kami berhenti di Restoran Fariz Maju (Seksyen 15) untuk bersarapan. dan kemudian tepat jam 8.00 kami bergerak menuju ke destinasi. perjalanan yang jauh dan mencabar. macam-macam adegan ada. kejap di depan kejap di belakang. semua kelihatan gembira.. :)

jam 9.00 pagi kami tiba di Jeram Toi..parking motor dan menapak ke atas. akhirnya tempat mandi kelihatan.
tapi ramai yang segan silu nak mandi sebab air yang terlalu sejuk..serius aku menggigil..sejuk dia perghhh sampi ke tulang.. time kami sampai tiada lagi orang nak mandi manda..



main selam, main renang berganti-ganti, main angry bird versi manusia, main gelongsor dan main menara manusia. haha macam-macam karenah ada..

tapi ini lah cabaran kami. budak-budak TSB yang sentiasa open minded dan senang berbincang.
semoga aktiviti ini, dapat diteruskan bersama.


TEGUH SETIA BERSAMA

1 comment:

Ini adalah laman peribadi saya, anda berhak komen tapi jangan mengharapkan balasan komen dari saya..sekian