Tuesday, April 17, 2012

Bila Semuanya Nak Diangkat Sebagai 'Pejuang'

Bila Semuanya Nak Diangkat Sebagai 'Pejuang'.

Saya kadangkala risau dengan situasi terkini keadaan di Malaysia.
Saya faham ada 'sebahagian' masyarakat bersemangat hendak menukar kerajaan.
Tetapi kadangkala saya lihat, hingga terlalu teruja, hingga sesiapa sahaja yang berani 'bersuara' atau 'menentang' kerajaan, dianggap sebagai pejuang dan wira.

Walaubagaimana pun dia.
Walau macam mana pun dia.
Walau bahasanya kotor,
walau akhlaknya tidak senonoh,
asalkan itu ditujukan kepada 'lawan',
semuanya di'halal'kan.

Ini pada saya kurang sihat.
Ini akan memberikan gambaran salah terhadap 'perjuangan'.
Yang melihat akan mula sangsi.
"Begitukah pejuang?"

Apatah lagi apabila diselitkan dengan laungan-laungan ketuhanan,
yang diselang seli dengan makian dan kejian,
nyata itu memburukkan keadaan dan pandangan.
"Begitukah pejuang Islam?" orang menambah.

Tidak salah hendak berjuang,
tidak salah hendak berusaha merubah keadaan.
Bahkan itu adalah perlu, sekiranya benar dan terbukti wujudnya kezaliman.
Tetapi,
apakah segala tindakan buruk kita, dihalalkan dengan niat?
Tidak. 

Bahkan, saya berulang kali menyatakan,
bahawa sekiranya kebenaran ini dibawa dengan akhlak yang buruk,
maka wajah kebenaran akan cacat!
Dan ini mempalitkan arang pada kebenaran,
sekaligus membuatkan orang lain kabur akan yang manakah kebenaran!

Justeru,
berhati-hatilah dalam mengangkat 'pejuang'.
Bukan semua yang lantang itu layak mendapat title itu.
Jangan teruja dengan keberanian seseorang, sesekumpulan.
Perhatikanlah 'akhlak'nya,
'bahasa'nya,
Itu semua adalah yang akan mewarnakan wajah perjuangan kita!

Jangan kerana kita berharap kita segera menang dalam beberapa hari,
hingga merasakan 'tidak mengapa' mengenepikan beberapa 'kebaikan' untuk mencapainya,
maka kita tewas untuk berhari-hari dalam tahun-tahun mendatang,
sambil memikul fitnah atas keburukan-keburukan yang kita rasakan tidak mengapa pada sebelumnya!
------------------------------------------------
Sebab itu pada saya,
perjuangan ini seni.
Seperti anai-anai, tidak berbunyi,
tiba-tiba, runtuhlah almari.

Dan itu nyata lebih menakutkan 'mereka'.



credit  - Facebook

No comments:

Post a Comment

Ini adalah laman peribadi saya, anda berhak komen tapi jangan mengharapkan balasan komen dari saya..sekian