Friday, October 14, 2011

Masih Ada Lagi


Sahabat

Keris itu masih ada lagi
ku simpan dalam almari ini
ku jadikan lipatan memori
sikap keperwiraan tradisi

Sahabat

Keris itu masih ada lagi
berbelit tersalut oleh legasi
bakal menyentap memori
zaman keberanian diri ini

Sahabat

keris itu masih ada lagi
akan terus tersimpan legenda ini
hingga kini begitu adanya lagi
antara besi dengan karat yang dimakan hari
tapi keris itu masih ada lagi

Sahabat

masih tersimpan keris itu di sini
di tepi dan tersembunyi
tersisih dan mula dibenci
oleh mereka yang lupa diri

Tapi Sahabat

kerana leka kita untuk menyerikan lagi
kerana lupa kita akan jasa dan bakti
kerana lupa pada diri dan bangsa ini
maka melukut tepian gantang maruah ini

Tapi keris itu masih ada lagi..........

TEGUH SETIA BERSATU
DEMI PERJUANGAN ALIF BA TA

credit to - MOHD KAMAL ALI

No comments:

Post a Comment

Ini adalah laman peribadi saya, anda berhak komen tapi jangan mengharapkan balasan komen dari saya..sekian