Saturday, November 26, 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru (1433H)

Assalamualaikum...
Salam Maal Hijrah 1433Hijrah..

Kepada umat muslimin semua berdoalah kalian kepada Allah SWT kerana telah diberi peluang sekali lagi untuk menempuhi liku-liku kehidupan setelah kita mengharunginya selama setahun..Peluang yang ada jangan lah dipersiakan..Perjuangan kita dalam menjadi khalifah dimuka bumi masih lagi belum selesai..

Disini saya sertakan doa akhir tahun dan doa awal tahun..
Selamat menambah amalan di tahun baru ini..

‘Doa Akhir Tahun’ dibaca tiga kali tatkala menjelang berakhir tahun baru Islam, boleh dilakukan sesudah Asar atau sebelum masuk waktuMaghrib di hari terakhir bulan Zulhijjah, sama ada pada tarikh 29 atau 30 Zulhijjah sesuatu tahun tersebut.


Dengan doa ini, kita memohon agar ketika akan mengakhiri perjalanan setahun yang bakal ditinggalkan, moga akan mendapat keampunan daripada Allah SWT atas segala perbuatan kita yang dilarang oleh-Nya; Dan jika dalam tahun yang akan ditinggalkan, terdapat amal perbuatan yang kita lakukan diredhai oleh Allah SWT, maka mohon supayaamal soleh tersebut diterima oleh Allah Ta’ala.



Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun terbelakang.

‘Doa Awal Tahun’ dibaca ketika menjelang masuknya tarikh 1 Muharam. Doa ini adalah rentetan daripada ‘Doa Akhir Tahun’ yang telah dibaca di penghujung waktu Asar hari terakhir pada 29 atau 30 Zulhijjah tahun sebelumnya.

Doa Awal Tahun boleh dibaca tiga kali yang dilakukan selepas Maghrib, sesudahnya ataupun pada malam 1 Muharam.
Dengan doa ini kita sebagai Mu’min, memohon kepada Allah SWT agar dalam memasuki tahun baru ini, kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepada-Nya.

Fadilat Doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Sesiapa yang membaca doa ini, InsyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun mendatang

InsyaAllah semoga perjalanan kita selaku hamba dimuka bumi ini akan mendapat berkat dan rahmat daripada Allah SWT... Semoga tahun ini, kita semua mampu menghindari daripada melakukan dosa-dosa dan semoga kita dapat melipat gandakan amalan sebanyak mungkin.. Sedarilah kita selaku umat akhir zaman hanya menunggu waktu tibanya kiamat.. 
SELAMAT BERAMAL.. PERJUANGAN PERLU DITERUSKAN..

credit - http://shafiqolbu.wordpress.com/tag/doa-akhir-tahun-dan-awal-tahun-hijrah-dalam-rumi/

No comments:

Post a Comment

Ini adalah laman peribadi saya, anda berhak komen tapi jangan mengharapkan balasan komen dari saya..sekian