Ramai Org Melayu yg sedar dirinya Islam tapi kalau mereka bersifat Melayu Islam maka mereka akan jadi insan yg lebih baik kerana sifat Melayu itu sendiri sangat2 rapat dgn Islam.
Menurut Tenas Effendy (2004), nilai-nilai asas kemelayuan terangkum dlm “Pakaian Dua puluh lima” atau “Sifat dua puluh lima”. Nilai-nilai ini meresap dan berakar umbi menjadi sifat masyarakat Melayu. Ini menyebabkan anak Melayu ”menjadi orang” yang sempurna lahiriah dan batiniah.
Nilai-nilai tersebut adalah seperti berikut:
i. Sifat tahu asal mula jadi, tahu berpegang pada Yang Satu.
ii. Sifat tahu membalas budi.
iii. Sifat hidup bertenggangan, mati berpegangan.
iv. Sifat tahukan bodoh diri
v. Sifat tahu diri
vi. Sifat hidup memegang amanah
vii. Sifat benang orang
viii. Sifat tahan menentang matahari
ix. Sifat tahu menyimak, pandai menyimpai
x. Sifat menang dalam kalah
xi. Sifat tahan berkering, mau berbasah
xii. Sifat tahu unjuk dengan beri, tahu hidup bertenggangan
xiii. Sifat timbang dengan sukat
xiv. Sifat tahukan malu
xv. Sifat berpada-pada
xvi. Sifat ingat dengan minat
xvii. Sifat hemat dan cermat
xviii. Sifat tahu harta berpunya, tahu pinjam memulangkan
xix. Sifat tahu hidup meninggalkan, tahu mati mewariskan
xx. Sifat lasak mengekas, tekun mengais.
xxi. Sifat menggulat air setimba
xxii. Sifat merendah menjunjung tuah
xxiii. Sifat lapang terbuka tangan
xxiv. Sifat berbaik sangka
xxv. Sifat yang Pucuk
Nilai-nilai murni ini dikuatkan dengan adanya nilai-nilai yang dipantang oleh orang Melayu. Nilai pantang ini dikenali dengan ”Pantangan anak Melayu”.
Nilai ini juga berjumlah dua puluh lima sebagaimana nilai ”Sifat dua puluh lima”. Kerana itu, nilai ini juga dikenali dengan ”Pantangan yang dua puluh lima.”
Pantangan tersebut adalah seperti berikut:
i. Membelakangi syarak
ii. Durhaka keada orang tua
iii. Membuang adat tembaga
iv. Bermanja-manja
v. Mengada-ada
vi. Berlengah-lengah
vii. Besar kepala
viii. Buta keta atau mata kayu
ix. Bercawat ekor
x. Makan menghabiskan
xi. Bercabang lidah
xii. Jilat menjilat
xiii. Meminta-minta
xiv. Menjilat ludah
xv. Membuang peuah
xvi. Bermegah-megah
xvii. Membabi buta
xviii. Lupakan hutang
xix. Berburuk sangka
xx. Muka tebal atau tebal muka
xxi. Mencampakkan beban di bahu
xxii. Mengoyak baju di badan
xxiii. Menggunting dalam lipatan
xxiv. Menjala angin
xxv. Kerja tak menyudah
Nilai-nilai kemelayuan yang dibentang di atas menggambarkan jatidiri Melayu yang murni dan mantap. Jatidiri ini menjadi masyarakat Melayu mampu menghadapi sebarang cabaran dan kemungkinan.
Wahai bangsa ku pulanglah ke sifat asal mu...
Dipetik dari...
http://asyzsufi.multiply.com/journal/item/96/Kenali_sifat-sifat_melayu
No comments:
Post a Comment
Ini adalah laman peribadi saya, anda berhak komen tapi jangan mengharapkan balasan komen dari saya..sekian