Assalamualaikum dan SalamSejahtera.
ALHAMDULILLAH. terima kasih kerajaan kerana sudi mendengar suara belia / mahasiswa.
tiada lagi had pembelian untuk telefon pintar.
"Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut Rabu.
Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.
Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communication"
- petikan dari http://www.raisyatim.my/comment.php?pageno=1&field=co_CreateDate&order=Desc&bl_ID=886&Title=Tiada+Had+Harga+Pembelian+Telefon+Pintar+Menggunakan+Rebat+RM200&utm_source=twitterfeed&utm_medium=facebook#.UOQwCG9tj-B
dari laman sosial Twitter milik YB Khairy Jamaluddin.
ps - alhamdulillah boleh la pergi ushar Samsung Galaxy Note 2 or Nokia Lumia 920 or Iphone 5.. fuhhh best best
No comments:
Post a Comment
Ini adalah laman peribadi saya, anda berhak komen tapi jangan mengharapkan balasan komen dari saya..sekian