Kenapa ada Hindraf
kerana Melayu sudah layu
Melayu tidak kenal Melayunya
pokok mula sejarah Melayu telah terburai
terbarai di pintu kebebalan dan kebodohannya
yang tidak mengenali akar ketamadunan Melayu
dari sumpah setia Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun
".....jika ada antara anak cucu bapa kita yang mengkhianati perteguhan ini, maka akan diterbalikkan kakinya (tiang) ke atas, dan bumbung (kedaulatan) yang memayunginya akan rebah ke bumi"
Itulah sumpah setia waad teguh janji
antara yang memerintah dan pendukung sebuah pemerintahan
Akar kedaulatan Melayu
adalah ketuanan Melayu
terhadap negara Melayunya
yang bernama Tanah Melayu
Bahasa Melayu
budaya Melayu
tidak pernah dituankan, didaulatkan
oleh pemimpin Melayu yang telah berpaling dari Melayunya
maka benih petualang mula berani
memijak-mijak dan bersorak gempita
kerana Melayu sudah malu menjadi Melayu
Itulah yang sedang menganak sungai
dalam benak dan jiwa pemimpin
yang masih mengaku sebagai Melayu
biarkan, biarkan, biarkan....biarkan dia mati sendirikalaupun tidak dipanah petir atau halalintar!
(Khalid Salleh-Rumah Pena KL)
No comments:
Post a Comment
Ini adalah laman peribadi saya, anda berhak komen tapi jangan mengharapkan balasan komen dari saya..sekian