Tuesday, May 1, 2012

Menipu, ditipu atau tertipu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
buat semua teman-teman, saya doakan andai anda semua berada dalam keadaan aman dan sihat selalu.
topik penulisan saya pada hari ini berkisarkan BERSIH 3.0 yang telah berlangsung pada 28 April 2012.


saya bukan ingin mengulas tentang apa yang telah berlaku, cuma saya tertarik dengan hebahan di setiap ruang media massa seperti "Facebook", "Twitter" dan tidak lupa "BLOG"..
apa yang dihebahkan adalah kenyataan polis (SB) yang membuat provokasi dahulu dan polis lah yang bertanggungjawab dalam kumpulan awal memecah benteng di dataran merdeka serta kumpulan yang terlibat dalam membelasah dan membaling batu ke arah polis lain.


Buktinya, mereka menyiarkan kerata "print screen" saudara Zaharin Moh Yasin. seperti yang saya lampirkan di bawah ini. inilah modal yang digunakan oleh ahli, puak, sekutu Pakatan Rakyat (PR). Ayat yang berbunyi "Polis dah lebih cerdik dari dulu.. Dia bagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju bersih tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi. Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.. Dan saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama.. Saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini.."



namun, nampak ketidakpandaian mereka ini apabila hanya melihat dan mengambil sedikit sahaja tanpa mengikuti hasil nukilan saudara Zaharin tersebut. dalam laman Facebook beliau turut beliau sertakan kenyataan berikut "Ketawa terbahak bahak saya membaca bingung2 yang tak baca tersirat dari tersurat posting saya fasal polis ada dalam kumpulan BERSIH yang buat komen... Buatlah andaian mengikut persepsi kepentingan sendiri. Yang penting polis tahu dari negeri mana datang para demontran dan siapa yang mulakan keganasan. Tunggulah bila rumah diketuk polis dan dibagi menuntun video dan gambar siapa yang mulakan semua kejadian. Polis yang berada dlam demontrasi itulah kerjanya.. Tak akan ada seorang yang akan terlepas."

dan lagi satu kenyataan beliau adalah "Saya telah di maklumkan bahawa Pemuda PAS buat sidang media dan antara dia nak cakap fasal posting dalam wall saya. fasal provokasi saya adanya dua ribu polis berbaju kuning dalam peserta Bersih03.. apa punya otak PAS ni.. maklumat tepi longkang pun dia nak pakai bagi menafikan perbuatannya. Saya gelak kerbau je..baca kenyataan minta Polis siasat kenyataan saya itu... hehehe siasat jangan tak siasat."


Menarik bukan, beliau mengatakan yang beliau sengaja memancing di dalam laman facebook. " Suka juga saya baca komen dlm fb tulisan dalam wall saya fasal saya katakan ada polis berpakai t shirt bersih dalam kumpulan gerombolan demontran. umpan saya dimakan. tiba2 saya jadi glamour.. dan ini memberikan gambaran cara fikir kita belum lagi sampai ke tahap cukup matang.. dan yang peliknya unit media baru UMNO pun ikut sama bodoh. kesimpulannya orang di malaysia ni tak kira melayu, cina dan india.. cukup kuat melatah "

sudah terang lagi bersuluh yang beliau hanya menulis untuk melihat pemikiran rakyat di Malaysia ini. di mana pihak PR menggunakan kenyataan beliau bagi merujuk kepada punca berlakunya kontroversi. Maklumat dari dalam facebook menjadi bukti manakala maklumat melalui CCTV mereka tolak. jenis pemikiran bagaimanakah mereka ini?? 

kelakar sungguh saya melihat keletah puak PR ini, mereka dengan senang dan sewenang-wenangnya percaya apa yang di sampaikan. kalau dahulu mereka senang diperdaya oleh kata-kata Anwar Ibrahim dan Ambiga, sekarang mereka mudah percaya hasil tulisan Zaharin Mohd Yassin. apa yang jelas, mereka ini mudah terpedaya dan senang percaya. Kasihan.

p/s - Guna Hak Berfikir sebelum Hak Bersuara, keh keh keh mereka terperangkap di dalam permainan mereka sendiri. sadis, lagi sadis, mahasiswa turut terikut rentak PR ini. mana laungan Student Power tu. tidak nampak powernya bila anda mudah dipermainkan oleh perkara sebegini..keh keh

TEGUH SETIA BERSATU


No comments:

Post a Comment

Ini adalah laman peribadi saya, anda berhak komen tapi jangan mengharapkan balasan komen dari saya..sekian