Kawan cuma nak kata sikit saja, "Kalau orang biasa beli no plat mahal dikatakan orang tu kerja keras, Kalau pemerintah beli no plat mahal dikatakan pemerintah tu makan duit rakyat?". Macam tu la pula eh.
Sebenarnya Keluarga Diraja Johor dari dulu lagi ada bisnes sendiri. Semenjak zaman Almarhum Sultan Iskandar lagi kita sudah disajikan dengan cerita yang memeranjatkan seperti Yang Dipertuan Agong Ke-8 mendermakan kesemua elaun kepada badan kebajikan sebanyak RM3.8m sehinggakan Almarhum dilabelkan sebagai "Raja Yang Tak Bergaji".
Sifat ini diwarisi oleh Sultan Ibrahim, contoh yang kita tahu Sultan Johor kurnia 11 kereta, 8 Harley Davidson kepada PDRM. Jika difikir logik, mengapa nak beli kereta atau no plat guna duit rakyat lagi?
Dan anda juga perlu ingat Sultan Johor mempunyai kekayaan mereka sendiri. Malah Sultan Sir Ibrahim moyang Sultan sekarang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia satu masa dahulu.
Dan bila anda baca senarai yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan "Senarai Permohonan Tender Yang Berjaya" anda dapat lihat diatas sekali tertulis "D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM JOHOR". Kawan fikir, Johorean tak terperanjat pun, sebab memang percaya Tuanku mampu. Dan berbalik pada senarai tersebut, itu menunjukkan yang Tuanku menggunakan saluran dan prosedur yang betul apabila berurusan dengan kerajaan. Tuanku tidak menggunakan kedudukan baginda untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.
sumber - FB
p/s - pesanan saya semudah ABC sahaja, guna akal sebelum berkata-kata. DYMM Sultan Johor memang mampu untuk membeli harga dan dia membida sama seperti pembida yang lain. Kalau ditakdirkan yang menang bidaan itu, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Lim Guan Eng, Lee Kuan Yew mahupun Ustaz Haji Hadi sekalipun, adakah tetap dikatakan memakan duit rakyat??? Konsep pemikiran yang semakin sempit. Buka minda jangan tertutup dengan pemikiran parti politik. Guna Minda untuk berfikir sebelum memulakan kata-kata..
boleh ikuti luahan rasa rakyat johor - Paduka Pulai
No comments:
Post a Comment
Ini adalah laman peribadi saya, anda berhak komen tapi jangan mengharapkan balasan komen dari saya..sekian