Monday, January 9, 2012

HANGAT 901 : Anwar Ibrahim, Adam Adli dan Hasan Ali

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DISABITKAN TIDAK BERSALAH

Terkini : Hakim Mohamad Zabidin, sebentar tadi membuat pengumuman mengenai keputusan kes liwat dalam keputusan yang mengejutkan apabila mahkamah memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.

Ribuan rakyat Malaysia yang menunggu di luar Mahkamah Tinggi Jalan Duta menyambut berita gembira ini dengan laungan Allahuakhbar, reformasi dan menitiskan air mata menangis serta berpelukan.



quotes menarik sempena pembebasan Anwar


Perlakuan seks luar tabie yg berlaku kpd saudara Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah atas dasar suka sama suka.. (Karpal Singh, 2011 )
Mahkamah memutuskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah kerana kedua-dua bukti iaitu DNA dan keterangan lisan Saiful tidak boleh mensabit kesalahan (
Hakim Mohamad Zabidin, 2012)


adakah betul Anwar tidak meliwat ??
Wallahu'alam....



ADAM ADLI, MAHASISWA UPSI DIGANTUNG TIGA SEMESTER


Pengesahan keputusan perbicaraan Adam Adli telah dikeluarkan.

Setelah satu jam perbicaraan, Adam Adli telah didapati bersalah atas dua pertuduhan yang dibaca dan pihak berkuasa tatatertib UPSI telah memutuskan menggantung pengajian Adam Adli selama tiga semester berkuat kuasa semester hadapan.

Adam Adli sekarang merupakan pelajar semester kelima dan berbaki satu semester pengajian.



dua pertuduhan yang dikenakan adalah mencemarkan nama baik universiti dan mengancam keselamatan awam


DATUK HASAN ALI DIPECAT


Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS



 Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. Sebentar tadi saya menerima berita pemecatan saya sebagai ahli PAS dengan serta merta. Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu. Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa. Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama' mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil. Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini.

YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
ADUN Gombak Setia



p/s - Anwar dilepas, Adam digantung, Hasan dipecat. Transformasi politik akan berlaku..2012 akan menunjukkan perubahan drastik politik di Malaysia. Mungkinkah akan berlaku perubahan tampuk politik di Malaysia.. bersama kita menunggu detik PRU 13.. TUNAIKAN KEWAJIPAN ANDA, UNDI ANDA AMAT PENTING.. 

No comments:

Post a Comment

Ini adalah laman peribadi saya, anda berhak komen tapi jangan mengharapkan balasan komen dari saya..sekian