Cerita pada hari ini adalah mengenai perjalanan dan liku-liku sepanjang proses menawan puncak gGUNUNG NUANG. Pada 21 - 23 Januari 2012, Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan (PEMATRA) UKM telah menganjurkan sebuah program Lets FLY 2.0 (hampir sama dengan BERSIH 2.0 kan?? hehe). program ini adalah Ekspedisi Menawan Puncak Gunung Nuang.
PENGALAMAN
1) Menjadi orang pertama sampai ke puncak Nuang
2) Menjadi orang terakhir tiba di Kem Asal
3) Solat di kawasan cerun ( boleh terbalik tau )
4) solat dalam keadaan badan penuh dengan tanah (nasib baik bukan najis so boleh lagi solat, dah tanya dekat mereka yang kata alim ulama)
5) mencipta jalan sendiri setelah jalan asal tertutup akibat runtuhan pokok buluh (time turun dari puncak)
6) berjalan naik dan turun tanpa khidmat ranger
7) jumpa lipan bara yang sangat besar
8) bunyi beruk/monyet/kera yang aku rasa macam dia ada dekat sebelah je
9) kena tinggal dekat kem pacat (so kena turun sendiri)
10) kawan jatuh akibat jalan licin dan kepala dia terhantuk batu (nasib baik tak berdarah)
11) pokok buluh tumbang betu-betul selepas kitaorg lepasi area tersebut.
12) badan sakit, lutut nak tercabut, kepala pening (apabila selesai menghabiskan aksi turun dan naik)
Sedikit kata-kata perangsang "Anda Cabar diri anda, maka anda akan cuba untuk menjayakannya" dan "Jangan sesekali kata tidak boleh, selagi anda belum berusaha untuk mencapainya"
Hasil dapatan aku selepas program ini.
"Untuk sampai ke puncak, kita perlu harungi pelbagai dugaan dan cabaran. Banyak selekoh perlu dilalui, banyak duri dalam perjalanan, banyak halangan yang akan menghalang dan perasaan akan mengganggu perjalanan ini. apabila diadaptasikan ke dalam dunia sebenar, untuk kita mencapai kejayaan, banyak halangan dan dugaan yang menanti. selekoh boleh diumpamakan sebagai perjalanan ke kelas, duri boleh disamakan dengan kesakitan/kepayahan, halangan diertikan sebagai masalah dan perasaan merupakan permainan minda yang menjadikan kita malas dan menjadi lemah"
Dekat Bawah ini, aku cerita perjalanan aku dalam proses menawan puncak nuang. Selamat membaca :)
Pintu Utama
Gunung Nuang adalah gunung yang tertinggi di Selangor. 1493 m atau 2898 kaki tinggi. Tahap kesukaran gunung ini adalah pada tahap II (advance). Gunung yang terletak di Hulu Langat, selangor ini mempunyai beberapa check point. Yang pertama adalah dari Gerbang Nuang. diikuti oleh Kem LOLO, Kem PACAT, Puncak Pengasih (puncak khayalan) dan akhir sekali puncak Nuang.
Perjalanan ke Puncak Nuang
Setibanya di sana, program pertama adalah Ice Breaking (macam biasa sesi suaikenal). kami dipecahkan mengikut kumpulan hasil cabutan undi. Kami akan mengambil komponen-komponen komputer iaitu CPU, Processor, Monitor, Keyboard, Mouse dan Connector. maka satu kumpulan terdiri daripada 6 orang. nasib aku dapat satu kumpulan dengan geng sendiri. hahaha Kumpulan 1 (kumpulan aku) terdiri daripada Mohd Azlan Ismail (JKAS 3), Amirul Afzam (JKAS 3), Hafizi Ghazali (JKAS 3), Mohd Baihaqi (JKMB 3) dan Amalina (FST 1).. Amalina adalah satu-satunya peserta yang bukan dari fakulti kejuruteraan..macam mana dapat masuk pun aku tak tau..
Aktiviti ke 2 adalah ceramah. ceramah disampaikan oleh Prof Hazani dan Dr Nordin. ceramah tentang MUKMIN Engineer..Sumpah aku tak tipu ceramah ni bosan. mungkin masanya tidak sesuai iaitu time tengah hari (time tido) then buat pulak time semua baru lepas exam. memang tak nak layan la ceramah ni. dalam pukul 5 kalau tak silap, kitaorang pon pasang la khemah. terletak sebelah tandas. Lelaki je tido dalam khemah yang perempuan tido dekat chaler (dorm). Slot 3 waktu malam pun ceramah. yang ini aku tak tau best ke tidak sebab aku tido je dekat belakang. malas nak layan apa-apa. tido simpan tenaga lagi bagus..hahaha pukul 4.30 pagi hari Ahad, kami bersiap sedia untuk menawan puncak gunung Nuang.
Permandangan dari dalam khemah
Gerbang Nuang ke Kem Lolo, ianya mengambil masa 2jam bagi perjalanan biasa. di kem lolo, ianya merupakan tempat paling strategik untuk berkhemah. mempunyai kawasan yang lapang dan terdapat sumber air. Sewaktu kami tiba di kem lolo, dapat diperhatikan ramai yang berkhemah di kawasan ini. menarik kerana semuanya seperti berjiran antara satu sama lain.
Pintu Gerbang Nuang
kemudian kami teruskan perjalan ke kem pacat. masa yang diambil juga adalah 2 jam. kat sini pada aku, sesuai untuk jadi tempat rehat sementara je. mana taknya, nak pergi ambil air dekat bawah sana pon ambil masa 20 minit untuk turun, dengan jalan yang curam dan licin lagi tambah ada banyak pacat. so memang tak sesuai la untuk berkhemah pada aku.
Kem Pacat
selepas hampir setengah jam berehat, kami meneruskan lagi perjalan untuk menawan puncak. kat sini la baru aku tau ada 2 puncak sebenarnya. Puncak pengasih (puncak khayalan or puncak tipu) akan dilalui dahulu sebelum sampai ke puncak sebenar. kat puncak khayalan ini, kita dapat tengok betapa curamnya perjalanan kita. sampai aku boleh terfikir sendiri macam mana aku boleh naik ni, sikit punya curam rupanya.
Team pertama tiba di puncak Khayalan
Puncak pengasih (puncak Khayalan)
selepas tiba di puncah pengasih, ianya memakan masa hampir 1 jam sebelum tiba ke puncak sebenar. perjalan kali ini lebih mencabar, kena panjat sana, gayut sini. macam-macam aksi kena buat. tercabar ketahanan aku. akhirnya segala penat lelah terbalas apabila tiba di puncak nuang. dan yang paling best sekali adalah aku orang pertama menjejakkan kaki di puncak nuang. antara ramai-ramai pesera yang join, aku yang sampai dulu. dah la kitaorang (7 orang lelaki) bergerak tanpa ranger, memang syok habis.
Puncak Nuang
First Team at puncak
Posing sikit dari pendaki pertama puncak nuang..hehe
Siapa yang naik ke puncak, inilah signature aku di sana..sila cari ok.. : p
Memang menarik perjalan ini, masa untuk aku habiskan adalah 16 jam setengah.. naik aku ambil masa sekejap je.. dalam 7 jam campur waktu rehat, solat dan sebagainya (4.30 pagi - 11.30 pagi).. masa dekat puncak dihabiskan dengan bergambar, lihat permandangan dan tidur..keh keh (11.30 pagi - 1.30 petang). masa turun yang lama sikit, sebab hujan, jalan licin,ada yang injured dan sebagainya (1.30 petang - 9.00 malam). time turun ni pown aku gerak sendiri tanpa ranger. group akhir (8 orang). kisahnya sebab kena tinggal time kitaorg turun pergi ambil air dekat kem pacat. Damn sedih, tak pasal-pasal aku kena jadi leader untuk team ini.
Gambar Kenangan
Pelajar JKAS yang terlibat dengan FLY 2.0
Aksi ROCKSTAR warga KIY yang join (gaya Wanto)
Pen Sumbangan JPPEL (dah purple sekarang) hehe
Sekian - XaLy
No comments:
Post a Comment
Ini adalah laman peribadi saya, anda berhak komen tapi jangan mengharapkan balasan komen dari saya..sekian