Monday, January 30, 2012

Melangkah Pergi

Awak.


Awak ingat lagi tak masa saya melamar awak dahulu?

Masa tu awak tengah tidur

Saya hantar SMS kat awak

Saya kata

Saya nak melamar awak

Melamar untuk menjadi pemaisuri dalam hati saya

Saya tunggu lama msg reply dari awak

Tepat 7.00 pagi

Handset saya berbunyi tanda incoming msg

Saya ambil handset tu dan buka

Saya tengok dalam msg tu awak tulis macam nei

`Awak, saya minta maaf

apa-apapun kita kawan dulu yer`

Hati saya mulai berbunga

Walaupun awak masih belum menerima saya

Saya tunggu dan terus menunggu

Supaya hati awak terbuka untuk menerima saya

Tapi harapan hanya tinggal harapan

Pada 5 September

Awak menghantar SMS kat saya

Awak tulis dalam tu

`Awak, saya minta maaf

saya sudah dimiliki

saya harap awak akan dapat perempuan yang lebih baik daripada saya`

Bila membaca SMS tu

Saya rasa bagaikan hidup saya memang betul-betul dah tak berguna

Saya hantar SMS kat awak

`Tak per, saya tak boleh paksa awak untuk menyintai saya

tak guna kalau hanya saya saja yang bahagia dalam percintaan

saya boleh terima keputusan awak

andai itu kehendak awak`

Walaupun mesej yang saya hantar mengatakan saya mampu menerima

Tapi sebenarnya hati saya hancur ketika itu

Hancur kerana tidak mampu untuk diterima

Namun,

Saya cuba tenangkan hati saya

Saya mula berfikir

Andainya saya betul-betul menyintai awak

kenapa saya perlu kecewa bila awak tidak mampu terima saya?

Kenapa saya perlu bersedih bila awak memilih jalan untuk bahagia?

Layakkah saya untuk bahagiakan hati awak?

Cinta sememangnya memerlukan pengorbanan

Sekurang-kurangnya saya dah cuba bekorban

bekorban untuk kebahagiaan diri awak

Walaupun pedih hati ini menerima

Namun,

Demi kebahagiaan awak di masa hadapan

Mungkin ada baiknya awak memilih jalan awak sendiri

Biarlah diri ini tetap menyayangi awak

Walaupun hanya menyayangi tanpa dibalas

Awak

Saya harap awak bahagia bersama pilihan hati awak

Tentang diri ini

Awak lupakanlah sahaja

Supaya diri ini dapat melangkah pergi

credit - Oh! Umar

Zaman Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

tanggal 3 Februari 2012, genaplah usia aku 27 tahun..
"Ya Allah aku bersyukur kepada-Mu kerana memberi aku peluang untuk terus bernafas di dunia indah ciptaan-Mu ini.. aku amat bersyukur dan terasa diri ini kerdil kerana masih banyak dosa yang dilakukan sedangkan pahala masih lagi kurang. moga aku diberikan iman yang kuat dalam menghadapi kehidupan masa akan datang"

oke, entry kali ini entry aku tak percaya aku dah besar, panjang, tua, bangka dan sebagainya..
entah macam mana dok belek-belek gambar lama, aku terjumpa gamba semasa zaman sekolah..
Ya Allah muda dan rasa tak matang je dulu..walaupun gambar yang ada sangat sedikit, tapi ianya cukup mengamit memori yang sedia ada..

Gambar Zaman Sekolah Rendah

Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh
Kelas 6 Melur
Aku yang berbaju putih sebelah berbaju biru.. :p


Zaman Sekolah Menengah

Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat, Ipoh
 Gambar Makan Malam Pengawas (ceh aku pengawas rupanya dulu!!)
aku yang belakang pakai baju biru..

Gambar dalam perpustakaan (apa motif masa ni, aku pown dah lupa)
aku yang berdiri kiri tepi sekali (baju putih)

Gambar Kelas ( 2 Gigih)
abg botak masa ni, kanan sekali..

Tingkatan 4 Sains 2
aku no 3 dari kiri, barisan paling belakang..


5 Sains 2..SPM yob..
aku yang bersongkok berdiri paling ensem (tinggi)


lastly, reunion time









serius aku cakap, aku rindukan teman, sahabat, kawan sewaktu aku di IPOH dahulu. rindu zaman aku gila-gila remaja. rindu gurauan kasar manja mereka semua. zaman mengajar aku kehidupan remaja. entah bila aku dapat bersua kembali dengan mereka. 2002 detik aku melangkah pergi dari ipoh, dan terus tidak menjenguk mereka di sana. semoga diberi kesempatan untuk aku kembali ke sana mengamit segala memori dan bersua kembali teman-teman lama. 
Mish u All


cukup la entry zaman sekolah, lepas ini aku update entry zaman poli pulak..nantikan..hehe !!!

Friday, January 27, 2012

Petua Berhenti Rokok

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
entry hari ini, kita lanjutkan daripada entry sebelum-sebelum ini,, 
link 1 dan link 2..


check it out!!!



1. Melengah-lengahkan Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga.

2. Tarik Nafas PanjangTarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya 3 kali dengan perlahan-lahan.

3. Banyak Minum AirMinum air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Buat Sesuatu Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar atau makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Kunyah SesuatuKunyah sesuatu seperti gula-gula getah, lobak merah, buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh TanganSekiranya anda berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman ReganganLakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon DoaMohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

sumber

AUKU - JAWAPAN TUN M UNTUK SISWA YANG TIDAK TAHU JAGA DIRI !!!



Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tetap relevan kepada orang yang tidak tahu menjaga diri dan tidak menghargai peluang yang harus digunakan sebagai seorang mahasiswa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan tidak pernah melarang sekiranya mahasiswa ingin mengadakan sebarang debat dalam kawasan universiti tetapi yang hendak dikawal adalah perbuatan mereka berkempen secara melampau.

"Yang kita larang adalah tindakan nak pergi kempen di sana sini. Orang bayar duit kepada kita. Kita belajar menggunakan orang lain, jadi kena bertanggungjawab dengan orang yang bekalkan kita dengan wang supaya belajar betul-betul.

"Kemasukan (ke universiti) kebanyakan pelajar Melayu bukan kerana pencapaian tinggi, (dan) kalau tak kerja kuat mereka akan ke belakang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi Bicara Tokoh bersama beliau sempena Tahun Koperasi Antarabangsa 2012 di sini, Khamis.

Dr Mahathir berkata mahasiswa seharusnya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran, dan selepas tamat pengajian dan mempunyai pekerjaan serta pendapatan sendiri, barulah mereka bebas melakukan apa saja.

"Kita fikir (jika) tak demonstrate (berdemonstrasi) tak boleh jadi ahli politik yang baik. Saya dulu takdak demonstration pun tapi boleh jadi ahli politik yang ada kebijaksanaan juga," katanya.

Beliau berkata lebih menyedihkan ialah yang sering terlibat dengan demonstrasi membantah Auku adalah mahasiswa Melayu, manakala kaum lain tidak melakukan perkara itu.

"Saya bukan rasis tapi budak Melayu ini kelulusan tak tinggi, orang inilah yang nak sangat hapuskan AUKU. AUKU tidak relevan kalau kita tahu menjaga diri," katanya. - BERNAMA


sumber - click here

Monday, January 23, 2012

NUANG story

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Cerita pada hari ini adalah mengenai perjalanan dan liku-liku sepanjang proses menawan puncak gGUNUNG NUANG. Pada 21 - 23 Januari 2012, Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan (PEMATRA) UKM telah menganjurkan sebuah program Lets FLY 2.0 (hampir sama dengan BERSIH 2.0 kan?? hehe). program ini adalah Ekspedisi Menawan Puncak Gunung Nuang. 


PENGALAMAN
1) Menjadi orang pertama sampai ke puncak Nuang
2) Menjadi orang terakhir tiba di Kem Asal
3) Solat di kawasan cerun ( boleh terbalik tau )
4) solat dalam keadaan badan penuh dengan tanah (nasib baik bukan najis so boleh lagi solat, dah tanya dekat mereka yang kata alim ulama)
5) mencipta jalan sendiri setelah jalan asal tertutup akibat runtuhan pokok buluh (time turun dari puncak)
6) berjalan naik dan turun tanpa khidmat ranger
7) jumpa lipan bara yang sangat besar
8) bunyi beruk/monyet/kera yang aku rasa macam dia ada dekat sebelah je
9) kena tinggal dekat kem pacat (so kena turun sendiri)
10) kawan jatuh akibat jalan licin dan kepala dia terhantuk batu (nasib baik tak berdarah)
11) pokok buluh tumbang betu-betul selepas kitaorg lepasi area tersebut.
12) badan sakit, lutut nak tercabut, kepala pening (apabila selesai menghabiskan aksi turun dan naik)


Sedikit kata-kata perangsang "Anda Cabar diri anda, maka anda akan cuba untuk menjayakannya" dan "Jangan sesekali kata tidak boleh, selagi anda belum berusaha untuk mencapainya"


Hasil dapatan aku selepas program ini.
"Untuk sampai ke puncak, kita perlu harungi pelbagai dugaan dan cabaran. Banyak selekoh perlu dilalui, banyak duri dalam perjalanan, banyak halangan yang akan menghalang dan perasaan akan mengganggu perjalanan ini. apabila diadaptasikan ke dalam dunia sebenar, untuk kita mencapai kejayaan, banyak halangan dan dugaan yang menanti. selekoh boleh diumpamakan sebagai perjalanan ke kelas, duri boleh disamakan dengan kesakitan/kepayahan, halangan diertikan sebagai masalah dan perasaan merupakan permainan minda yang menjadikan kita malas dan menjadi lemah"


Dekat Bawah ini, aku cerita perjalanan aku dalam proses menawan puncak nuang. Selamat membaca :)



Thursday, January 19, 2012

Magnificient 7

Manchester United sebuah nama besar di kalangan peminat bola sepak eropah. Jagoan 19 kali liga perdana Inggeris ini yang diberi jolokan nama "The Red Devil". Aku salah seorang peminat Kelab ini..


Bukan pasal Man Utd yang aku nak cerita, tapi tentang lagenda manchester United yang memakai jersey no 7.. jersi keramat 7 ini biasanya akan dipakai oleh lagenda bola sepak.

THE BEST MANCHESTER UNITED WEARING SHIRT 7

1) George Best

Born : 22 May 1946
Career : 1963 - 1974
Appearance : 470
Goal : 179
Position : Forward


2) Bryan Robson

Born : 11 Jan 1957
Career : 1981 - 1984
Appearance : 461
Goal : 99
Position : Midfielder


3) Eric Cantona

Born : 24 May 1966
Career : 1992 - 1997
Appearance : 144
Goal : 64
Position : Forward


4) David Beckham

Born : 2 May 1975
Career : 1993 - 2003
Appearance : 265
Goal : 62
Position : Midfielder


5) Cristiano Ronaldo

Born : 5 February 1985
Career : 2003 - 1974
Appearance : 292
Goal : 118
Position : Forward


AND

who will be next??


Hahahaha entry menghilangkan stress akibat exam

Monday, January 16, 2012

Aku ketika memberi ucapan

Assalamualaikum
entry kali ini berkisar tentang berucap
Nampak mudah tapi sebenarnya susah..
aku merupakan seorang yang gugup..
memang sangat gugup.
aku tidak boleh atau tidak berani untuk berucap di khalayak ramai
tapi atas tanggungjawab dan amanah yang diberi 
aku cabar diri untuk berucap

Masa program Al-Falah (kem Lembah Pangsun)
aku dilantik sebagai penghulu kem
berucap di hadapan TNC HEPA USIM
"Takkan Melayu Hilang Di Dunia - Hang Tuah"
quote aku guna masa berucap



Masa Konvensyen Tindakan Siswa Bersatu (Akademi Kenegaraan)
sebagai presiden TSB
berucap di hadapan perasmi, Tengku Mohammad Shaharil Tengku Mansor
Presiden Persatuan Rakan Anti Dadah Malaysia (PERSADA)
"Takkan Melayu Hilang Di Dunia, tapi apa guna tidak hilang di dunia kalau kewujudan tidak dirasa - Layu, Malique"
petikan dalam ucapan aku

Majlis Makan malam dan sesi dialog bersama Menteri
sebagai Presiden TSB
berucap di hadapan Engku Mohd Salleh, Pegawai Khas DS Noh Omar
dan beberapa lagi orang besar yang datang dari NGO-NGO
Pergi ke kedai membeli baju,
Singgah sebentar membeli jamu
Sampai bila melayu tidakkan maju
Andai diri malas menguasai ilmu
rangkap pantun dalam ucapan aku.

alhamdulillah..
walaupun gugup
walaupun keberanian kurang
aku terima cabaran ini sebagai satu usaha untuk memperbaiki diri ini
ya, memang susah memang payah 
tapi sekiranya tidak cuba, maka kita tidak akan mampu mengubah
berani, berusaha, berserah
itulah pegangan aku ketika ingin memberi ucapan
supaya aku menjadi lebih tabah selepas ini
insyaAllah

Sunday, January 15, 2012

untuk melayu

Terkenal dengan budaya malas dan lesu

Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

Saturday, January 14, 2012

Wahai Melayu

Wahai Melayu,
Hadirmu melengkapkan putaran dunia,
Asalmu bukanlah tanah di sini,
Dirimu dikatakan dari asal pelbagai bangsa dunia,
Mengalir darah Cina, India, 'Arab, Inggeris, Jawa, dan sebagainya,
Masih engkau dipanggil Melayu walaupun kacukan,
Asalmu dari seberang, bukan di Tanjung Emas ini (Golden Khersonese)
Engkau dihimpunkan di sini membentuk bangsa Melayu (orang Tanjung Emas)
Asal cara hidupmu bukan seperti kini,
Engkau pegang Hindu, kemudian Buddha,
Tiba Islam menyinari ruang qalbumu,
Sebaik-baik pedoman menuju Allah,
Engkau bertatih membina tamadun,
Hingga berusia 450 tahun sudah,
Ah, singkatnya usia dirimu Melayu,
Saudara bangsamu lain kini telah bangka lagi tua,
Umur mereka ratusan ribuan tahun lamanya,
Pada mereka, engkau hanya anak kecil,
Masih bertatih, belum dapat berlari,
Belum putus menyusu,
Belum kenal ragam rencah dunia,
Walau begitu engkau masih nekad,
Mahu duduk semeja dengan mereka,
Ingin dipandang tinggi oleh mereka,
Walaupun engkau masih kecil,
Apa jasamu selama ini wahai Melayu?
Umur peradabanmu menghampiri Qiyamat,
Tiada banyak yang engkau dapat lakukan,
Baru layak digelar gemilangnya Melayu,
Ingin engkau lakukan seperti saudaramu yang lain,
Tiada engkau mampu,
Mahu mengharungi seperti yang pernah mereka lalui,
Tiada engkau berdaya,
Engkau war-warkan dirimu SATU bangsa bermaruah,
Lihatlah dirimu kini,
Bagaimanakah keadaan maruahmu?
Koyak-rabak laksana kain perca,
Dek kerana bersalahan kefahaman,
Engkau katakan saudaramu bangsa lain yang mengoyaknya,
Bahkan ENGKAULAH yang mengoyakkannya dengan tanganmu,
Engkau anggap dirimu pewaris panji Islam seantero Nusantara,
Cermin dahulu situasi Islammu kini,
Islam dihinjak-hinjak dan dipijak-pijak semahunya,
Ku tahu engkau tidak akan biarkannya berterusan,
Tapi siapakah yang memijak Islam yang engkau pegang itu?
Bangsa lainkah? 
Andai bangsa lain, mengapa demikian?
Mereka tiada tahu apa nilainya Islam itu,
Allah kurniakan khas buatmu Melayu,
Allah Maha Tahu nilai keislamanmu,
Lantas apakah yang menyebabkan Islammu diejek-ejek?
Dihina-hina dan dipermainkan selama ini?
Apa yang salah telah engkau lakukan terhadap Islam?
Engkau masih bermimpi,
Malah bagai orang yang berjalan ketika tidur (jalu),
Tiada sedar apa yang berlaku terhadapmu,
Saudara bangsa lain melihat ENGKAU sendiri memijak Islammu itu,
Mereka mengganggap engkau sudah cukup berani,
Memijak pegangan hidup mati engkau sendiri,
Islam yang engkau junjung di jiwamu,
Kata mereka "Cakap tak selupa bikin"
"Suruh olang buat baik, tapi dia sendili buat jahat"
Mereka memperlekehkan tindakanmu,
Mereka anggap engkau Melayu mudah disuruh apa sahaja,
Disuruh ikut mereka, 
Engkau turut mereka tanpa membantah,
Diminta tinggalkan agama andai mahu bersama mereka,
Bagai dipukau dan disihir engkau lakukannya,
Benarlah sangkaanku,
Melayu mudah lupa apa yang berlaku,
Apakah jati diri Melayu kini?
Bagaimanakah disiplin Melayu?
Apakah dengan membuang dan memijak Islam,
Engkau dimuliakan orang?
Apakah jawabmu nanti di hadapan Allah Maharaja segala Raja-raja,
Di kala perbicaraan yang amat ngeri lagi dahsyat berlaku,
Ketika itu engkau ditanya mengapa engkau membuang Islam, amanah Allah yang mulia?
Apakah kerana mahu disanjung sebagai bangsa yang berani di mata manusia?
Ataukah mahu merebut mata benda habuan dunia yang fana?
Mahukah Allah menyoalmu begitu?
Jangan tunggu saat itu tiba,
Kerana engkau pasti menyesal tiada sudah,
Sebab perbuatanmu di dunia dahulu,
Jawablah sekarang juga wahai Melayu,
Engkau yang tahu apa jawapannya,
Engkau boleh mengubah apa yang telah berlaku kini,
Kerana pabila tamat bicaramu di Yaumul Hisab,
Jawapannya tinggal DUA...
Syurga keredhoan Allah,
Atau,
Neraka kemurkaan Allah yang tidak terhingga ngerinya...
Fikirlah wahai Melayu,
Allah telah kurniakan 'aqal fikiran yang masih waras,
Belum jatuh mereng mahupun gila...  

Friday, January 13, 2012

Front Mahasiswa UKM

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan.


Selalu menjadi tanda tanya kepada semua pihak di UKM ini, siapakah Aspirasi? dan Siapa pulak GMUKM?
Di sini saya lampirkan pengenalan kelab tersebut


Aspirasi UKM


Kelab Aspirasi merupakan sebuah kelab yang bertanggungjawab mewujudkan masyarakat kolej yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah serta memupuk semangat bersatu padu antara semua pelajar tanpa mengira bangsa dan agama. Kelab ini berperanan penting dalam usaha menyemai rasa cintakan universiti kearah merealisasikan aspirasi universiti tidak kira diperingkat kolej,universiti mahupun di peringkat yang lebih tinggi. - Aspirasi Kampus


Aspirasi merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan di atas kesedaran Mahasiswa untuk terus mendokong Aspirasi Universiti. Membawa mahasiswa ke arah Kecemerlangan akademik dan sahsiah diri melalui semangat serta ideologi yang dibawa selaras dengan Misi, Visi dan Matlamat Universiti Kebangsaan Malaysia - MPP aspirasi


Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM)




GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM)merupakan sebuah badan induk utama pro-mahasiswa di UKM kampus Bangi, Cheras dan Kuala Lumpur. Bergerak secara komited memperjuangkan suara mahasiswa sejak awal penubuhannya pada 22 Ogos 2005 dengan menjadikan tiga elemen di bawah sebagai teras perjuangan GMUKM.
(i) Kebajikan mahasiswa
(ii) Keilmuan & Keintelektualan
(iii) Penghayatan Falsafah UKM



TINDAKAN SISWA BERSATU (TSB)



tindakan siswa bersatu adalah satu gerakan pelajar aliran nasionalisme islam yang berjuang demi kebajikan serta perjuangan mahasiswa melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia. gerakan ini telah bermula sejak awal penubuhan UKM iaitu sekitar lewat 70-anTSB




KAUKUS SISWA MELAYU (KSM)


 Penubuhan Kaukus ini adalah bagi menyatakan pendapat dan pendirian bebas mahasiswa. KSM SANGAT AKTIF DALAM MEMBERIKAN PANDANGAN DAN PENDAPAT MENGENAI PERLUNYA SISWA-SISWI MELAYU BERJUANG DAN BERSAMA-SAMA BAGI MENENTUKAN HALA TUJU MELAYU.



untuk maklumat, ketiga-tiga ini merupakan front utama dikalangan mahasiswa UKM di mana Aspirasi memperjuangkan visi, misi dan falsafah universiti, GMUKM lebih tertumpu kepada gerakan islam-nasional dan TSB pula lebih kepada Nasionalisme Islam. dan pada tahun 2010 2011, telah lahir satu lagi kumpulan kecil yang dipanggil KSM yang lebih tertumpu kepada semangat melayu. Keempat persatuan ini menjadi wakil kepada mahasiswa UKM dalam menjaga kebajikan secara amnya.


p/s - adakah PRK kali ini akan memperlihatkan pertandingan 4 penjuru di kalangan persatuan-persatuan ini?? 


di sini saya sertakan lampiran perbezaan antara Aspirasi dan GMUKM. - sumber




Bersama lah kita mengundi mereka yang boleh memimpin kita, menggunakan nama mahasiswa dan menjayakan nama UKM di mata dunia..


Terus Setia Bersama ASPIRASI dan TSB

TEGUH SETIA BERSATU

Thursday, January 12, 2012

Di "HACK" atau Sengaja "HACK"

Assalamualaikum dan Salam perjuangan..
Menarik isu pada hari ini, 
Facebook milik saudari Aida Rahayu, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (MPP UKM) telah dihack..
Facebook lama beliau (Aida Rahayu) sudah hilang sama sekali..


Hasil search menggunakan nama aida.rahayu89

Ini memaksa beliau membuat satu lagi akaun baru..(Aida Rahayu Original)
Hasil daripada hack tersebut, beberapa group telah berubah admin atau admin lama semuanya telah dibuang..
Antara group yang menjadi mangsa kekejaman tersebut adalah PMUKM 2010/2011 dan Sumber Maklumat untuk pelajar baru UKM, (untuk makluman kedua-dua group digunakan sebagai salah satu saluran untuk menyebarkan segala aktiviti dan hebahan di UKM dan akhir-akhir ini group ini menjadi medan perang POLITIK di kalangan mahasiswa UKM)


Okay, kerja siapakah ini??siapa hacker tersebut??
masih lagi menjadi persoalan kerana ianya menggunakan nama samaran iaitu Suhaila Yasmin..
Siapakah dia ini?? wakil ASPIRASI kah?? atau Kroni mereka sendiri (GMUKM).. masih menjadi persoalan..




Saudara Ezuan Saad di dalam laman FB beliau mengeluarkan satu statement ringkas selaku Setiausaha Agung PMUKM..beliau memperihalkan apa yang telah berlaku..


Namun ini semua tidak penting.. Ini lagi penting
Saudari Noraini Jumahir di dalam laman FB telah mengeluarkan satu statement ringkas..Beliau dengan slumber yaya nyer menulis Mengapa PUAK2 ini suka membuat fitnah. Adakah ingin kemenangan dengan fitnah?? menarik bukan..

Semua warga UKM mesti kenal siapa Noraini Jumahir ini. Mantan Timbalan Exco Lajnah Kegiatan Luar Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM)10/11. Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM sesi 10/11... hehehe orang Kuat GABUNGAN MAHASISWA UKM.. so sekiranya dia mengatakan gendang PRK sudah bermula, hanya ada dua parti yang akan bertembung..Samaada ASPIRASI atau GMUKM..

Nah fitnah yang dimainkan oleh mereka yang bergelar alim ulama ini..dengan penuh penghayatan mereka mengatakan ASPIRASI yang menfitnah dan hack mereka.. wah wah wah hebat kan alim ulama sekarang..

Persoalan daripada saya, adakah benar ASPIRASI yang membuat onar tersebut??jika ya, tunjukkan la bukti...atau adakah ini hanya salah satu UNDI SIMPATI yang ingin puak2 GMUKM ini raih sempena Pilihan Raya Kampus kali ini??Adakah pihak GMUKM hendak menang dengan meraih simpati warga UKM?? tidak mungkin itu sahaja "STUDENT POWER" yang boleh dibawa?? 



“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu mushibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”.




“Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: “Ini adalah suatu berita bohong yang nyata”. Juga firman Allah yang artinya, “(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar. Dan mengapa kamu tidak berkata, diwaktu mendengar berita bohong itu: “Sekali-kali tidaklah pantas bagi kita memperkatakan ini. Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), ini adalah dusta yang besar”. [QS. An-Nuur : 15-16]